13 ANGKASA
JUN 2022
Menurutnya, menggalakkan koperator memberi tumpuan kepada program pelancongan luar bandar dan pelancongan berasaskan komuniti kerana konsep ini menjadi tarikan kepada ‘backpackers’ dan ‘solo traveller’ mencari kelainan ketika melancong. “Justeru, kami mengharapkan Koperasi ANGKASA Homestay Kg. Walai Tokou Berhad; Koperasi Pelancongan North Borneo Semporna Berhad; Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah Berhad tidak kekok dan lokek berkongsi ilmu dan pengalaman kepada koperasi lain,” katanya. Seramai 75 koperator seluruh negara termasuk Indonesia; Vietnam dan China menyertai webinar
Moderator, Encik Uzaidi Udanis (bawah sekali berbaju hitam) berinteraksi dengan ahli panel iaitu Cik Khairoliza dan Encik Ajizan.
Datuk Haji Mohamed Ali berucap merasmikan penutupan program.
Sebahagian 75 peserta yang mengikuti webinar.
ini yang turut disiarkan menerusi Facebook LIVE ANGKASA. Program ini bermatlamat membuka peluang pemasaran perniagaan kepada koperasi pelancongan; mempromosikan produk pelancongan koperasi di mata dunia serta berkongsi pengalaman mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan koperasi. Turut serta ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ahli-ahli Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (JSPPDK) ANGKASA iaitu Haji Mansor Ab Rahman dan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Dr. Zhamriee Gulam Rasul; Pengerusi-Pengerusi JPAN dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin. Webinar yang dikendalikan oleh moderator iaitu Presiden Malaysia Inbound Tourism Associations (MITA), Encik Uzaidi Udanis menampilkan dua ahli panel mewakili koperasi di Lahad Datu dan Semporna yang menerangkan keunikan lokasi pelancongan dan peluang-peluang dalam industri pelancongan yang boleh direbut sektor koperasi. Mereka terdiri daripada Cik Khairoliza Mohd Amirol dari Koperasi Perniagaan Akuakultur Sabah Berhad yang memperkatakan mengenai ‘Buta Island Eco-Tourism Highlights’ dan Pengurus Grand Dive Resort Koperasi Pelancongan North Borneo Semporna Berhad, Encik Ajizan Julharun dengan tajuk ‘Hidden Mirror of Sabah’. Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Pengerusi JSPPDK ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan penutupan menjelaskan bahawa webinar tersebut mampu menjadi platform terbaik kepada industri pelancongan koperasi di Sabah khususnya dalam
Pakej yang ditawarkan di Pulau Buta, Lahad Datu.
membincangkan keistimewaan Semporna dan Lahad Datu untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. “Semporna dan Lahad Datu memiliki keunikan dan daya tarikan laut, pantai dan pulau-pulau kecil yang cantik untuk dikunjungi dan sesuai untuk aktiviti laut seperti menyelam; snorkeling dan berenang. ANGKASA memberi pelbagai inisiatif seperti e-baucer kepada para pengusaha mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka selain bersedia menyediakan bantuan kepakaran khususnya berkaitan pembangunan digital dan latihan
kemahiran kepada kakitangan koperasi; spa; hotel; farmasi; dialisis dan pengusaha inap desa," katanya. ANGKASA melalui SPPDK juga menjalankan pelbagai kerjasama dengan agensi berkaitan demi menjayakan agenda membantu koperasi bangkit semula selepas pandemik. Antara agensi terlibat ialah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC); Islamic Tourism Center (ITC); MITA; Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC); Pejabat Tourism Malaysia; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut koperasi Malaysia (IKMa),
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease