WADAH PELANCAR EDISI JUN 2022

14 KOPERASI

JUN 2022

Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) Perkukuh Sekuriti Makanan Negara Jadi Agenda Utama KOGAHAD

KOGAHAD mengusahakan ladang cili dengan bantuan sistem IoT yang dibangunkan sendiri oleh koperasi itu.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Usaha memperkukuh sekuriti makanan negara menjadi agenda utama Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD) yang kini mengawal 70 peratus pasaran sayur-sayuran di daerah tersebut. Koperasi yang ditubuhkan pada tahun 2017 itu mengusahakan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Kampung Talang Dusun, Mukim Sayong di mana bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan dari beberapa daerah sekitar negeri Perak dikumpulkan. KOGAHAD turut menerima bekalan daripada petani dari negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Menurut Pengerusinya, Encik Muhammad Muizzudin Din, KOGAHAD telah dilantik sebagai Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membolehkannya untuk menawarkan perjanjian jaminan beli kembali (buyback guarantee) kepada petani. “Sebagai contoh, harga lantai cili adalah RM4.50 dan sekiranya harga cili jatuh kepada RM2.50, kita tetap bayar petani, sama ada mereka anggota KOGAHAD atau tidak, pada harga RM4.50,” katanya. Tambahnya, dengan adanya sebuah pusat pengumpulan, petani tidak perlu risau mengenai pemasaran kerana perkara itu diuruskan oleh KOGAHAD. Koperasi itu membekalkan sayur-sayuran kepada 20 kedai runcit, 19 kedai makan dan hampir keseluruhan pasar di Kuala Kangsar selain menghantar hasil tani seminggu sekali kepada pemborong di Pulau Pinang dan dua kali seminggu ke Lembah Klang. KOGAHAD juga menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jualan Terus Dari Ladang anjuran FAMA. Tambah Encik Muizzudin,

Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd. Rosli Haji Basri (tiga dari kanan) turut sama melawat ladang cili yang diusahakan oleh KOGAHAD.

kelebihan koperasi itu adalah sistem Internet benda (IoT) yang dibangunkan sendiri oleh pasukannya dan ditawarkan pada kos lebih rendah serta mampu milik. “Saya tahu ada syarikat yang menjual sistem IoT mereka mengikut keluasan tanah ladang, sebagai contoh untuk tanah seluas 0.1 hektar, kos IoT adalah RM20 ribu. Walau bagaimanapun,

Isu tenaga kerja yang memakan kos yang tinggi menjadi batu penghalang untuk orang ramai khususnya anak muda menceburi bidang pertanian selain tanggapan bahawa bidang tersebut sebagai renyah dan memenatkan. Sistem IoT oleh KOGAHAD mampu mengurangkan keperluan tenaga kerja sehingga 50 peratus.

kami (KOGAHAD) menjual IoT pada harga RM15 ribu sehingga RM20 ribu untuk tidak kira berapa pun keluasan tanahnya,” ujarnya.

Satu polibeg mampu menghasilkan hingga 3 kilogram cili.

Pengerusi KOGAHAD, Encik Muhammad Muizzudin Din.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease