15 KOPERASI
JUN 2022
KOGAHAD menyertai Jualan Terus Dari Ladang yang dianjurkan oleh FAMA.
Kedai ‘RM2 Freshmart’ yang dibuka oleh KOGAHAD pada awal tahun 2022.
Usaha koperasi untuk membantu kerajaan daripada aspek sekuriti makanan, penglibatan lebih ramai belia perlu diberi penekanan. Isu kenaikan harga barang juga membuka mata kepimpinan KOGAHAD untuk menghasilkan produk baja kompos yang diberi nama ‘Bumiku’ yang diperbuat daripada hasil buangan sayur dan buah yang rosak. Walaupun baja itu sedang dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), KOGAHAD telah menggunakannya hampir setahun di beberapa ladang pertanian milik mereka dan hasilnya amat memuaskan. Selain menguruskan PPL, KOGAHAD juga memberikan perkhidmatan perunding ( consultation) dan bimbingan (coaching) kepada individu, koperasi, agensi kerajaan dan syarikat swasta. Mereka akan dibantu bermula dengan penyediaan tapak projek sehinggalah hasil tani dibeli oleh koperasi tersebut. Koperasi itu turut mengusahakan projek pertanian mereka sendiri yang berkeluasan 11 hektar di Sayong dan Bukit Chandan di mana lebih 11 jenis sayuran ditanam secara kaedah fertigasi. Pelbagai usaha yang dilakukan KOGAHAD selama ini telah berjaya mengurangkan kebergantungan penduduk Kuala Kangsar terhadap bekalan hasil tani dari daerah atau negeri lain. “FAMA Daerah Kuala Kangsar melaporkan jumlah kebergantungan tersebut menurun daripada 82 peratus ke 62 peratus,” kata En. Muizzudin.
Projek tanaman timun yang menggunakan kaedah fertigasi.
Sayur-sayuran dan buah-buahan segar dari PPL Kampung Talang Dusun dihantar terus ke kedai.
PPL Kampung Talang Dusun.
No.1177(A), Persiaran Putri 3/2, Taman Chandan Putri 3, 33000 Kuala Kangsar, Perak +605 – 776 9988 kogahadkk@gmail.com Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar-Kogahad 2017 Pusat Pengumpulan Ladang, pertanian & perikanan, peruncitan, perunding dan bimbingan Alamat: Telefon: E-mel: Facebook: Tarikh ditubuhkan: Aktiviti : Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad (KOGAHAD)
Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan di ladang.
Sayur-sayuran yang rosak diperam untuk menghasilkan baja yang sesuai bagi tanam-tanaman.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease