WADAH PELANCAR EDISI JUN 2022

16 RENCANA

JUN 2022

Koperasi Usahawan Pemangkin Aktiviti Keusahawanan Anggota

Oleh MOHAMAD HANIFF MOHAMAD HASHIM Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

KONSEP MODEL KOPERASI USAHAWAN Sebahagian besar Koperasi Usahawan ini mempunyai perniagaan kedai runcit, Coop Mart dan Pasar Mini. Dengan adanya perniagaan sebegini, koperasi akan bertindak untuk mengumpul, memasar, mempromosi dan menjual barangan dan perkhidmatan milik koperasi itu sendiri, koperasi/syarikat pembekal lain, anggota dan masyarakat. Ini akan memperkasakan aktiviti keusahawanan secara keseluruhan sekali gus memenuhi barangan keperluan harian masyarakat setempat. Berikut ialah konsep model Koperasi Usahawan yang memasarkan produk dan perkhidmatan sebagai aktiviti perniagaannya iaitu: i. Koperasi sebagai Pengeluar Produk dan Penyedia Perkhidmatan Terdapat Koperasi Usahawan yang mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan sendiri. Produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan merupakan usaha, inisiatif dan milik koperasi itu sendiri. Hak milik dan jenama produk ini akan menggunakan nama koperasi itu sendiri untuk dijual. ii. Koperasi sebagai Penjual dan Pemasar Produk dan Perkhidmatan Koperasi/Syarikat Koperasi ini bertindak menjual produk dan perkhidmatan koperasi dan syarikat lain. Koperasi memperoleh keuntungan dengan menaikkan harga yang diperoleh daripada pembekal. iii. Koperasi sebagai Penjual dan Pemasar Produk dan Perkhidmatan Anggota Koperasi ini bertindak mengumpul produk dan perkhidmatan milik anggota untuk diniagakan. Anggota yang mempunyai produk

dan perkhidmatan akan menggunakan koperasi sebagai platform untuk menjual barangan mereka. Kebiasannya, koperasi bertindak sebagai ejen jualan dan memperoleh komisen sebagai keuntungan.

Keusahawanan merupakan aktiviti yang penting dalam membangunkan sosioekonomi negara. Ia membantu meningkatkan pendapatan, memberi peluang pekerjaan dan meluaskan peluang perniagaan. Banyak agensi terlibat dalam memperkasakan aktiviti keusahawanan ini seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN, MARA, SMIDEC, MDEC dan sebagainya. Komitmen dan iltizam kerajaan diterjemahkan dengan pengenalan Dasar Keusahawanan Nasional (2030) yang bertujuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan memperkasakan aktiviti keusahawanan kepada masyarakat. Aktiviti keusahawanan koperasi juga boleh ditingkatkan dengan penglibatan anggota dalam koperasi. Setakat Jun 2021, terdapat 668 buah koperasi mengikut Kumpulan Sasar Usahawan dengan jumlah anggota seramai 281,000. Angka ini menunjukkan Koperasi Mengikut Kumpulan Sasar Usahawan ataupun singkatannya Koperasi Usahawan berpotensi besar untuk berkembang. Ini disebabkan oleh bilangan usahawan yang bertambah saban tahun dan menggunakan koperasi sebagai platform mengumpul, memasar, mempromosi dan menjual produk. Berdasarkan Jadual 1, didapati terdapat peningkatan yang ketara terhadap pertambahan bilangan koperasi, bilangan anggota, jumlah syer/ yuran, jumlah aset, dan perolehan berdasarkan Kumpulan Sasar Usahawan yang direkodkan sepanjang tahun interim 2017-2021.

MANFAAT

PENUBUHAN

KOPERASI

USAHAWAN Terdapat beberapa kelebihan apabila koperasi, syarikat, anggota dan masyarakat menjual barangan dan mempromosikan perkhidmatan mereka melalui koperasi. Ia termasuklah: i. Memperkasakan Aktiviti Keusahawanan Anggota Koperasi bertindak sebagai institusi untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan khususnya dalam kalangan anggota. Koperasi menjadi pemudah cara untuk para usahawan memasar dan menjual produk dan perkhidmatan yang ditawarkan anggota. Ini membantu anggota memperoleh pendapatan sampingan dan menjadikan mereka sebagai anggota yang aktif berkoperasi. ii. Mengurangkan Kos Ditanggung Usahawan Terdapat pelbagai jenis kos ditanggung oleh peniaga jika mereka berniaga secara sendirian. Ini termasuklah kos sewaan kedai, pekerja, utiliti, faedah dan sebagainya. Oleh itu, dengan adanya koperasi, kebanyakan kos yang ditanggung ini berkurang kerana ia ditanggung oleh koperasi. iii. Mengukuhkan Jaringan Kerjasama Melalui berkoperasi, jaringan kerjasama antara usahawan, koperasi, agensi dan kementerian berkaitan dapat diperkukuhkan. Sebagai contoh, koperasi usahawan boleh menyertai program seperti 'Satu Daerah

Jadual 1: Bilangan Koperasi Mengikut Kumpulan Sasar (Usahawan) Tahun Interim 2017-2021 Tahun Interim Anggota Bil. Koperasi

Syer/Yuran (RM) 95,226,617 127,604,211 175,144,998 75,882,316 281,330,000

Aset (RM)

Perolehan (RM) 65,617,803 63,015,155 89,353,020 123,149,361 165,400,000

2017 2018 2019 2020 2021

513 538 629 669 668

159,524 157,655 168,470 169,638 281,150

585,158,673 513,377,863 823,265,822 620,755,201 1,114,120,000

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease