18 KOPERASI
JUN 2022
Koperasi Pacu Kebangkitan Ekonomi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama pemimpin dan anggota Koperasi Rakan Rangkaian Selangor.
Oleh RAHMAT MOHD DID
menyarankan PMKS untuk beralih daripada pasaran domestik kepada pasaran global selain memanfaatkan gerakan koperasi dalam pembangunan usahawan. Menurut beliau, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk pelaksanaan program utama iaitu Pembangunan Perniagaan Koperasi 2.0 dan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE). “Langkah ini sangat penting untuk meningkatkan lagi daya saing dan ekosistem perniagaan koperasi sekali gus meningkatkan sumbangan koperasi kepada KDNK,” katanya. Beliau turut memuji usaha kakitangan HudHud Technologies
Berhad dan Awfatech Global Sdn. Bhd yang membina kesepakatan bekerjasama dalam medium koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan bersama. “Fenomena menubuhkan koperasi daripada kalangan kakitangan adalah sangat baik dan mampu membina rasa kekitaan serta meningkatkan kesetiaan kepada organisasi,” jelasnya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Koperasi Rakan Rangkaian Selangor di Shah Alam pada 7 Jun 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif HudHud Technologies merangkap Pengerusi Koperasi Rakan Rangkaian Selangor Berhad, Encik Razali Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Halal
Development Berhad, Encik Hairol Ariffien Shaari; Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor, Dato’ Haji Mat Ghazali Abd Rakim dan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia Selangor (DPIMS), Haji Mohamad Yahya Haji Mat Shaari. Rancangan perniagaan koperasi: i) Perkhidmatan Sistem Pengurusan Koperasi (IntelCoop) ii) Hudhud.my marketplace iii) Panel solar iv) Pertanian pintar v) Rangkaian kedai koperasi bersepadu
Peranan koperasi amat penting dalam membantu kerajaan menggerakkan kembali sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) selepas dilanda pandemik COVID-19. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, koperasi merupakan salah satu enjin yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mampu mentransformasi dan memperkasakan ekonomi masyarakat setempat. Katanya, penekanan terhadap pembangunan gerakan koperasi juga turut digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease