19 KOPERASI
JUN 2022
Demi mencapai kepentingan bersama, Bekerja bersama kekallah selama. KOPERASI UNTUK SEMUA Gurindam
Coop Sky Wedding City Peluang Koperasi Ceburi Bidang Pengurusan Acara
Koperasi berasas nilai berdikari, Terus berusaha memajukan diri.
Koperasi menyatu rasa perpaduan, Berjuang atas cinta keadilan.
Maju bersama dalam perniagaan, Teguh bersatu teras kejayaan.
Pacu pemikiran ke arah keusahawanan, Berdaya saing berakal kebijaksanaan.
Beli barang di kedai berdekatan, Kedai koperasi sedia kemanfaatan.
Maju membangun koperasi sekolah, Terus bersatu mendapat faedah.
Lakaran artis untuk Kondominium Rencana Royale, Taman Tun Dr. Ismail.
Koperasi masjid menyatukan ummah, Setiap kariah mendapat hikmah.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan ANGKASA dana pendidikan, Maju dan berilmu demi kebaikan.
ANGKASAmenyokongusahaKoperasiAlumni MKM Kuala Lumpur Berhad (KOPAMA) untuk menubuhkan sebuah konsortium bagi Projek Coop Sky Wedding City yang berperanan sebagai pusat penganjuran majlis perkahwinan, seminar, kursus, persidangan dan acara berskala besar. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, projek tersebut mampu menjadi kebanggaan dan mercu tanda pemilikan gabungan koperasi seterusnya berupaya menjana pendapatan yang lebih baik kepada anggota. “Saya merasakan penubuhan konsortium ini mampu memberi pulangan besar kepada koperasi yang terlibat memandangkan setelah berakhirnya pandemik Covid-19 dan bermulanya fasa endemik, penganjuran majlis perkahwinan di dewan dan tempat eksklusif semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan yang inginkan majlis mengikut tema tertentu. Sudah tiba masanya untuk koperasi yang berminat dengan pengurusan acara untuk mengambil peluang ini. Selain majlis perkahwinan, koperasi juga berpeluang menawarkan pakej-pakej lain yang dirasakan sesuai dan menyasarkan pelanggan korporat, orang persendirian, syarikat swasta, NGO mahupun jabatan kerajaan dengan kadar sewaan berpatutan,” katanya.
Bersatu tenaga bersama ANGKASA, Ekonomi ahli terus diperkasa.
Muhammad Fawwaz M. Fitri, Yayasan ANGKASA Nukilan
Dato’ Abd Rahim Haji Hashim Pengerusi KOPAMA
Tambahnya lagi, pemilihan Rencana Royale, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) sebagai pusat acara adalah sangat tepat memandangkan ia mudah diakses oleh penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan sekitar serta dikelilingi lebuh raya dan kemudahan pengangkutan awam. “Walaupun begitu, visi ini perlulah dikaji dengan lebih teliti terutamanya dalam aspek pengurusan risiko selain menuntut strategi, komitmen dan pengorbanan yang tinggi supaya projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya,” ujar beliau.
Sebelum itu, Pengerusi KOPAMA, Dato’ Abd Rahim Haji Hashim dalam ucapannya menyatakan bahawa sehingga kini, 38 buah koperasi telah menunjukkan minat untuk menyertai konsortium tersebut. “Kami berharap projek ini berjaya dan mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM26,000 setiap bulan sekali gus menaikkan lagi status koperasi dalam bidang perniagaan berimpak tinggi,” jelasnya. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Norazila Mohd Zainol dan Pengerusi KOPAMAJA, Datuk Yunus Rahmat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease