WADAH PELANCAR EDISI JUN 2022

6

Sepanjang tahun 2021, AURA telah berjaya melaksanakan 33 webinar AURA yang berfokus pada perkembangan terkini dan isu semasa berkaitan koperasi, lima Kursus Kepimpinan, lima Kursus Keusahawanan dan 11 program syarahan secara dalam talian dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan. Pada tahun 2022, fokus program adalah khidmat perundingan sebagai perunding bagi penyediaan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, Program Pemerkasaan Kepimpinan Koperasi, webinar dan memperbanyakkan penyelidikan dalam bidang koperasi selaras dengan usaha menjadikan AURA sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan koperasi. Selaras dengan maklum balas daripada program yang telah dijalankan pada tahun 2021 dan diikuti pula program secara berfasa pada tahun 2022, satu analisis berkaitan dengan penganjuran program telah dilakukan dan dijadikan sebagai penanda aras untuk penambahbaikan dan juga cadangan pada tahun seterusnya. Analisis tersebut penting bagi memastikan pengisian modul program bertepatan dengan permintaan koperasi. Selain itu, program tersebut selari dengan polisi dan standard yang telah ditetapkan supaya koperasi mengikut laluan yang betul bagi mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Bagi memantapkan sesi program yang dirancang, latihan juga diberikan untuk memastikan koperasi mendapat pendedahan secara teori dan praktikal untuk pembangunan koperasi secara menyeluruh. Kajian rintis juga telah dilakukan kepada beberapa koperasi yang terdiri daripada koperasi besar, sederhana, kecil dan mikro untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk pengurusan dan operasi dalam koperasi. Melalui program dan latihan yang diberikan, koperasi dapat mewujudkan satu ekosistem dan sistem sokongan bersama secara bersepadu untuk memartabatkan pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Kesimpulannya, AURA yang kini memasuki tahun kedua penubuhannya dengan pelaksanaan aktiviti awal lebih berfokus kepada usaha pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang keusahawanan selari dengan aspirasi kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030).

Ahli Jawatankuasa Pemandu AURA Wakil ANGKASA:

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Pengerusi Bersama)

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Dr. Mohd Azlan Yahya

Encik Hasnan Haji Mustapha (Setiausaha Kerja)

Haji Anuar Bulin

Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh

Wakil UMK:

Prof. Dr. Razli Che Razak (Pengerusi Bersama)

Prof.Dr. Ts. Arham Abdullah

Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi

Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff

Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah Dr. Noor Raihani Zainol

Prof. Dr. Mohammad Ismail

Sejajar dengan pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKoM 2021-2025), AURA mempunyai matlamat untuk membantu koperasi sebagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Secara tidak langsung, usaha tersebut dapat membantu kerajaaan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG’s). AURA bersama ANGKASA juga turut menganjurkan program yang mengupas isu-isu dan cabaran dalam koperasi dengan pendedahan dan topik terkini yang disampaikan oleh panel yang berpengalaman. Program tersebut termasuklah webinar; siri syarahan; seminar; latihan kepimpinan dan latihan keusahawanan. Tujuan utama program adalah untuk membantu koperasi mentadbir urus operasi dan juga pengurusan dengan lebih efisyen yang bukan sekadar bergantung kepada teori semata-mata. Program tersebut bukan hanya menyasarkan anggota koperasi, malah turut melibatkan Anggota Lembaga Koperasi di Malaysia. Kebanyakan peserta terdiri daripada wakil koperasi daripada pelbagai sektor di seluruh negara. Panel jemputan atau penceramah pula terdiri dalam kalangan industri koperasi itu sendiri, ahli akademik dan juga daripada agensi yang berkaitan dengan koperasi. Pengisian modul program juga padat dengan maklumat yang terkini dan lebih inovatif untuk pemodenan koperasi yang merangkumi operasi; pengurusan; kepimpinan dan teknologi.

Ahli Jawatankuasa Pelaksana AURA

Wakil ANGKASA: 1. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik – Pengerusi Bersama 2. Dr. Mohd. Azlan Yahya 3. Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah 4. Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh 5. Encik Hasnan Haji Mustapha (Setiausaha Kerja) 6. Haji Anuar Bulin 7. Haji Rahim Abdul Rahman 8. Encik Halim Haji Ibrahim 9. Encik Ahmad Marzuki Ismail 10. Encik Mohd Ismail Ibrahim Wakil UMK: 1. Prof. Dr. Ts. Arham Abdullah – Pengerusi Bersama 2. Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi 3. Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff 4. Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah 5. Dr. Noor Raihani Zainol (Setiausaha Kerja) PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN KOPERASI AURA merupakan sebuah pusat penyelidikan yang menjadi pusat rujukan dan pemindahan ilmu yang berasaskan penyelidikan, penerbitan, latihan dan perundingan dalam bidang koperasi dan keusahawanan sosial. AURA juga berperanan sebagai pusat rujukan bagi pembangunan koperasi yang beroperasi di UMK.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease