WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2022

SEPTEMBER 2022 JILID: WP04 /9

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Keutamaan Terhadap Pembangunan Modal Insan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar bersama para wakil koperasi yang telah bertukar memorandum persefahaman (MoU) Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar bersama para wakil koperasi yang telah bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

( premier dan 100 terbaik) perlu memberi sokongan terhadap usaha penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa). “Penubuhan universiti tersebut adalah tepat pada masanya. Saya menyeru semua koperasi yang berkemampuan untuk menjalankan

Oleh NADIAH KAMARUDIN

melahirkan barisan pemimpin pelapis koperasi yang lebih kompeten, profesional dan berdaya saing. Demikian ditegaskan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap dalam Majlis Malam Jalinan Mesra ‘Inspirasi Mencipta Aspirasi’ pada 15 Ogos 2022 di Kuala Lumpur. Katanya, dalam usaha merealisasikan hasrat itu, koperasi dalam kalangan dua kelompok tersebut

Koperasi Premier dan 100 koperasi terbaik di seluruh negara diseru supaya dapat bersama- sama dalam sebuah ‘keluarga koperasi’ dengan memberikan keutamaan terhadap usaha membangunkan modal insan koperasi. Usaha tersebut sangat penting demi

BERSAMBUNG DI MUKA 2

ANGKASA

2

SEPTEMBER 2022

ANUGERAH TOKOH KOPERASI NEGARA 2022

DARI MUKA 1

kerjasama strategik dengan UKKM dalam lima perkara utama,” ujar Tan Sri Noh. Lima perkara tersebut katanya adalah merangkumi, menjadi pelabur utama dalam UKKM, memberi penajaan dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dan menghantar anggota, anak anggota atau kakitangan koperasi untuk menuntut di UKKM dan membuka peluang bagi graduan universiti itu menjalankan latihan industri selain menawarkan pekerjaan kepada graduan UKKM. Tambah beliau, hasrat KUSKOP adalah supaya UKKM mampu melahirkan graduan yang lebih bersemangat untuk bekerja sendiri dan mencipta peluang pekerjaan serta tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. UKKM yang dijangka mula beroperasi di kampus IKMa di Petaling Jaya pada bulan September 2022, akan menerima kemasukan seramai 500 pelajar selepas mendapat kelulusan Agensi

Kelayakan Malaysia (MQA). Universiti tersebut akan menawarkan sebanyak 15 program bermula daripada peringkat Diploma sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran dan keusahawanan koperasi. Majlis yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bersempena sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia itu turut dihadiri Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad dan Timbalan KSU (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh dan lebih 350 tetamu undangan yang terdiri daripada Pengerusi dan Ketua Eksekutif koperasi dalam kalangan 100 koperasi terbaik negara. Hadir sama dalam majlis ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato' Haji Zazali Haron; Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Wira (Dr) Rosli Mat Hassan; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA

Tetamu kehormat yang hadir ke majlis. kehormat yang hadir ke majlis.

merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Barisan kepimpinan ANGKASA lain yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dr. Mohd. Azlan Yahya serta Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Di majlis yang sama, Tan Sri Noh turut menyampaikan Anugerah

Lestari Modal Insan Koperasi 2022 kepada koperasi di bawah kluster besar, sederhana, kecil dan mikro. Turut berlangsung adalah majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara IKMa dengan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dan Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Majlis Bicara Ketua Eksekutif bertemakan Persona Mencipta Jaya menampilkan Pengarah Urusan Kumpulan Dagang NeXchange Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Bicara Ketua Eksekutif bertemakan Persona Mencipta Jaya menampilkan Pengarah Urusan Kumpulan Dagang NeXchange Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (berdiri, tengah) sebagai panel jemputan. (Kredit gambar: Facebook rasmi Institut Koperasi Malaysia).

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi

Muat Turun Aplikasi

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

3 ANGKASA

SEPTEMBER 2022

ANUGERAH LESTARI MODAL INSAN KOPERASI

e d

r

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad

r

r

Koperasi Pembangunan Wakaf Bharu Berhad

Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad

Dari Meja Presiden

Kita mahu memastikan supaya rantaian pemasaran barangan asas dapat diurus dan disalurkan ke kedai runcit koperasi dengan stok yang mencukupi. Melalui program pemerkasaan kedai runcit koperasi juga, kita akan dapat membantu mengatasi masalah ketirisan bekalan dan kenaikan harga barangan keperluan asas secara memdadak. Usaha tersebut disifatkan sebagai tepat pada masanya demi kemakmuran bersama dan kelestarian sosioekonomi seluruh anggota koperasi, masyarakat serta negara. Sokongan yang berterusan wajar diberikan oleh setiap pihak termasuklah anggota koperasi demi memastikan kedai runcit koperasi terus beroperasi secara aktif dan dapat memberikan manfaat seperti yang diharapkan.

Ruang dan peluang yang luas untuk koperasi mempelopori perniagaan runcit semakin terbuka dengan kerjasama kuat oleh kerajaan. Menerusi sokongan dan bantuan yang disediakan, koperasi boleh membentuk dan mencorakkan semula perniagaan dengan kaedah pelaburan ekonomi baharu bagi memperkasakan lagi sektor peruncitan. Selain boleh bergabung secara konsortium, jalinan kerjasama juga boleh merangkumi perkongsian kepakaran, kemudahan infrastruktur dan khidmat nasihat kepada mana-mana koperasi yang berhasrat untuk membuka kedai runcit.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

PKKM Semarakkan Aspirasi Keluarga Malaysia melalui Pendekatan Koperasi

Gimik Pelancaran Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park oleh Tan Sri Noh Haji Omar.

Tan Sri Noh Omar menerima cenderahati daripada pengusaha nurseri KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

persefahaman antara Konsortium Indah Water dengan KOBUNITI dalam kajian penyelidikan untuk tujuan pembangunan biopepejal IWK sebagai baja organik dan pelantikan KOBUNITI sebagai penyedia latihan serta hab urban farming . KOBUNITI juga turut menerima bantuan pembangunan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membiayai kos ubah suai pusat latihan sebanyak RM80,000. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (KUSKOP), Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Haji Zazali Haron; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Pengarah SKM Negeri Selangor, Encik Rozdeen Mohd Jaafar dan Pengerusi KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. PKKM yang dimulakan oleh KOBUNITI sejak Mac 2021 menyediakan plot tanaman kon­ tan untuk diusahakan oleh go­ longan B40 dan asnaf. PKMM juga boleh disertai oleh penduduk sekitar dengan tujuan untuk menjana pendapatan atau sebagai hobi selain memberi peluang kepada syarikat swasta atau korporat untuk menaja ruang tanaman bagi diusahakan oleh golongan terbabit.

Inovasi baharu Plot Kebun Keluarga Malaysia (PKKM) yang dibangunkan oleh Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) adalah contoh terbaik dalam usaha menyemarakkan Aspirasi 'Ke­ luarga Malaysia' melalui pen­ dekatan koperasi. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap melancarkan Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor 2022 pada 21 Ogos lalu, di Shah Alam. Katanya, pelaksanaan prog­ ram tersebut juga adalah satu bentuk pengiktirafan kepada gerakan koperasi yang mampu menghidupkan semangat beker­ jasama, selain membuktikan kecemerlangan perniagaan khu­ susnya dalam aspek pertanian bandar. Menurut beliau, konsep pertanian bandar bukan sahaja dapat memberi pulangan ekonomi baharu yang baik kepada pengusaha, malah dapat membantu kerajaan untuk menangani masalah kekurangan dan kenaikan harga produk asas tani yang tinggi. Turut berlangsung dalam majlis pelancaran tersebut adalah penyerahan surat lantikan strategik antara Gransea dengan KOBUNITI untuk kolaborasi import dan eksport baja; pertukaran perjanjian

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar di perkarangan kebun KOBUNITI . Turut sama ialah Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (paling kanan).

Tan Sri Noh melawat salah sebuah kebun yang terdapat di KOBUNITI.

5 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

Pembiayaan KOPSYA Rancakkan Aktiviti Koperasi

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan pembiayaan KOPSYA berjumlah RM30 juta kepada wakil Koperasi Sujana Malaysia Berhad (KSMB), Encik Zamzuki Ab.Lah @ Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan pembiayaan KOPSYA berjumlah RM20 juta kepada wakil Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB), Encik Ong Tien Kai.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) akan terus menggarap potensi lebih besar melalui perkhidmatannya bersama gerakan koperasi khususnya dalam aspek pasaran kewangan menerusi inisiatif pembiayaan bagi merancakkan aktiviti ekonomi koperasi. Usaha KOPSYA yang memberi tumpuan kepada aktiviti utamanya iaitu pembiayaan dapat membantu meningkatkan kepentingan ekonomi anggota koperasi seluruh Malaysia. Demikian disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam Majlis Penyampaian Mock-up Cheque Pembiayaan KOPSYA kepada koperasi di Auditorium ANGKASA, pada 5 Ogos 2022. Dalam majlis tersebut, sebanyak tujuh (7) koperasi telah menerima pembiayaan berjumlah RM121.26 juta daripada KOPSYA iaitu Koperasi Sujana Malaysia Berhad (KSMB) sebanyak RM30 juta; Koperasi Borneo Malaysia Berhad (KOBOR) berjumlah RM30 juta; Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB) sebanyak RM20 juta; Koperasi COOP2U Berhad (RM10 juta); Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOPUSAMAJU) bernilai RM20 juta; Koperasi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan Berhad (KNUCW) berjumlah RM10 juta dan Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad (KKMARB) sebanyak RM1.26 juta. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam (6) buah koperasi kredit telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM120 juta, manakala sebuah (1) koperasi menerima pembiayaan bagi projek hartanah berjumlah RM1.26 juta. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata, dana pembiayaan KOPSYA dapat membantu koperasi yang terlibat untuk menjalankan aktiviti koperasi seterusnya menjana pendapatan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota. Sehingga Ogos 2022, sebanyak RM484 juta pembiayaan telah dikeluarkan oleh KOPSYA kepada koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama penerima pembiayaan KOPSYA. Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama penerima pembiayaan KOPSYA.

Perkembangan dan prestasi positif yang memberangsangkan itu juga telah menarik minat institusi perbankan untuk menawarkan penambahan dana baharu modal kerja kepada KOPSYA iaitu sebanyak RM90 juta pada tahun 2022. KOPSYA yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 11 tahun lalu mempunyai keanggotaan sebanyak 1,528 buah koperasi dengan saham terkumpul berjumlah RM52.7 juta.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA yang juga merangkap Timbalan Pengerusi KOPSYA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Anggota Lembaga KOPSYA iaitu Dato’ Haji Ismail Haji Nordin dan Dato’ Nik Hassan Fauzi Haji Nik Abdullah.

SENARAI KOPERASI MENERIMA PEMBIAYAAN KOPSYA 2021/2022

NO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

NAMA KOPERASI

JUMLAH PEMBIAYAAN RM30 Juta RM30 Juta RM20 Juta RM10 Juta RM20 Juta RM10 Juta RM1.26 juta RM121.26 Juta

Koperasi Sujana Malaysia Berhad (KSMB), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Koperasi Borneo Malaysia Berhad (KOBOR), Sabah

Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Koperasi Coop2U Berhad (COOP2U), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOPUSAMAJU), Sabah Koperasi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan Berhad (KNUCW), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad (KKMARB), Negeri Sembilan JUMLAH KESELURUHAN

6 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

Reaksi Penerima Pembiayaan KOPSYA

Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOPUSAMAJU) Pembiayaan KOPSYA berjumlah RM20 juta adalah satu penghargaan besar kepada KOPUSAMAJU untuk terus bergerak maju pada masa akan datang khususnya dalam memberi pembiayaan kepada anggota. Pembiayaan ini sekali gus memberi peluang kepada koperasi kami untuk terus komited dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota.

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad (KKMARB) Alhamdulillah dan terima kasih kepada KOPSYA yang telah meluluskan permohonan KKMARB untuk membeli sebidang tanah pertanian seluas tiga (3) ekar. Harga tanah tersebut bernilai RM1.4 juta dan KOPSYA telah meluluskan pembiayaan sebanyak 90 peratus iaitu RM1,260,000.00. Tanah tersebut kelak akan dimajukan sebagai projek perumahan .

Encik Ridzuan Khamis Pandak Abdul Samad Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U) Koperasi COOP2U akan menggunakan peluang terbaik melalui pembiayaan KOPSYA ini untuk menjalankan aktiviti operasi seterusnya menjana pendapatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kini COOP2U adalah pembekal perkhidmatan yang unggul dan sedang berkembang pesat dalam telekomunikasi mudah alih, pakej pelancongan dan teknologi maklumat (IT).

Encik Jil Afril Jamaluddin Koperasi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan Berhad (KNUCW) Kami akan terus menyokong usaha KOPSYA untuk meningkatkan pencapaian yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang. Diharapkan lebih banyak koperasi dapat menikmati pembiayaan ini seterusnya dapat merancakkan aktiviti yang dirancang serta melonjakkan prestasi ekonomi koperasi ke tahap yang lebih tinggi.

( W-6-0717)

KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD (KOPSYA) UNIT 209 - 509, BLOK C, GLOMAC BUSINESS CENTRE, NO. 10, JALAN SS 6/1, KELANA JAYA 47301, PETALING JAYA, SELANGOR Tel : +603-7803 1214 Faks : +603-7803 1204 I E-mel : info@kopsya.coop I www.kopsya.coop

7 RENCANA

SEPTEMBER 2022

KOPSYA Perkukuh Perkukuh Institusi Kewangan Islam Koperasi

Pejabat KOPSYA yang beralamat di Bangunan Glomac Business Centre, No.10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

syariah sebanyak RM21.46 juta berbanding RM18.3 juta pada tahun 2020, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 17.3 peratus. Perkembangan dan prestasi yang positif ini turut menyaksikan sokongan daripada institusi perbankan meningkat melalui penambahan kemudahan dana kepada KOPSYA. Ini terbukti apabila institusi kewangan turut menyokong operasi KOPSYA dengan memberikan dana baharu berjumlah RM90 juta pada tahun 2022. KOPSYA akan terus memberi tumpuan kepada aktiviti utama iaitu pembiayaan yang dapat meningkatkan kepentingan ekonomi Koperasi Anggota seluruh Malaysia. Usaha menyediakan dana untuk keperluan kredit Koperasi Anggota dan seterusnya kepada anggota koperasi adalah satu keperluan dan harus diusahakan menjadi realiti. Menyedari akan usaha menjaga kepentingan kebajikan bersama, Anggota Lembaga dan pengurusan KOPSYA sedia maklum bahawa wujud keperluan untuk menyediakan pasaran produk dan perkhidmatan dengan harga berpatutan, menggerakkan peluang rangkaian perniagaan untuk koperasi dan anggota koperasi; menyediakan kemudahan kewangan dan perbankan koperasi syariah secara meluas dengan kemudahan teknologi digital. KOPSYA juga akan terus meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang serta berkeyakinan penuh bahawa prestasi kewangan untuk tahun kewangan 2022 dan seterusnya akan mencatat peningkatan keuntungan yang memberangsangkan.

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) komited dalam melakar kejayaan pada masa hadapan dengan merealisasikan misi dan visinya ke arah menyediakan perkhidmatan kewangan berasaskan patuh syariah dalam sektor koperasi. Bertepatan dengan objektif utama KOPSYA iaitu mewujudkan struktur berskala besar yang dapat memperkasakan potensi gabungan koperasi dari segi kewangan, tabungan, projek, kebajikan Koperasi Anggota, pendidikan dan keperluan asasi, KOPSYA berusaha menggarap potensi kapasiti besar melalui permodalan bersama gerakan koperasi yang efisien serta akses kepada pasaran kewangan yang komprehensif. Sebagai ‘Koperasi Menengah Kewangan Nasional yang Memacu Kemajuan Gerakan Koperasi dan Negara’, KOPSYA bertekad untuk mendaulatkan nilai keadilan, kesaksamaan dan usaha sama berasaskan prinsip koperasi. KOPSYA yang ditubuhkan pada 7 Julai 2011 kini telah mempunyai anggota berjumlah 1,528 koperasi dari seluruh negara dengan jumlah syer bernilai RM52 juta. Pada tahun kewangan 2021, KOPSYA merekodkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak RM7.8 juta dan telah berjaya mengatasi kerugian kumpulan yang dicatatkan pada tahun 2020 sebanyak kira-kira RM1.51 juta. KOPSYA juga telah memperolehi pendapatan daripada aktiviti utama iaitu pembiayaan patuh

Komitmen tinggi warga kerja teras kecemerlangan KOPSYA.

8 ANGKASA

SEPTEMBER 2022

Gerai BA100 Tawar Harga Barangan Keperluan Asas Lebih Murah

Oleh RAHMAT MOHD DID

JAKM Negeri Selangor disertai 26 reruai kaunter perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan selain 100 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 10 gerai Cita Rasa Keluarga Malaysia, 40 trak jualan makanan dan tujuh reruai Jualan Keluarga Malaysia. BA100 merupakan projek yang melibatkan platform jimatbiz.com dan jimatshop.com menerusi laman web digital yang diperkenalkan oleh ANGKASA khusus kepada kedai koperasi dan pelanggan dalam aspek jual beli secara dalam talian. Menerusi platform perniagaan yang dibangunkan iaitu www.jimatbiz.com dan www.jimatshop.com ini, peruncit dan pengguna boleh memesan atau mendapatkan barangan pengguna pada harga yang lebih berpatutan, lebih kompetitif dan seimbang. Di samping itu, platform ini juga dapat memberi pendedahan kepelbagaian produk keluaran koperasi sekali gus membantu usahawan koperasi dalam meningkatkan kapasiti perniagaan runcit yang dijalankan.

Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor yang berlangsung selama tiga hari di perkarangan Stadium Shah Alam bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos 2022, ANGKASA melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) telah menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga jualan yang lebih murah. JAKM yang bertemakan 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar serta Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad. Perdana Menteri telah mengunjungi gerai jualan BA100 dan merasmikan jualan lima barangan keperluan asas di bawah jenama COOP iaitu gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku, pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Dato’ Seri Ismail Sabri meninjau barangan keperluan asas di gerai jualan Seri Ismail Sabri meninjau barangan keperluan asas di gerai jualan BA100 sambil diiringi Tan Sri Noh, Dato’ Suriani dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Platform JIMATBIZ dan JIMATSHOP : Bantu KOPERKASA Tingkatkan Prestasi Jualan

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan kerja ke Pasar Mini Perkasa Coop Mart (KOPERKASA) milik Koperasi Perkasa Ummah Berhad di Temerloh, Pahang pada 13 Ogos 2022. Wakil KOPERKASA yang hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha, Rohana Puasa yang mewakili Pengerusi KOPERKASA; Bendahari, Puan Zarina Moidin dan Anggota Jawatankuasa iaitu Cik Nurfadhilah Mohd Yunos selain barisan kakitangan Perkasa Coop Mart. Pasar mini tersebut yang mula beroperasi sejak 6 Oktober 2020 turut berdaftar di bawah projek BA100 ANGKASA dan aktif menjalankan perniagaan peruncitan termasuk produk basah. Platform Jimatbiz.com dan Jimatshop.com merupakan laman web digital yang diperkenalkan oleh ANGKASA khusus untuk kedai koperasi dan pelanggan dalam aspek jual beli secara dalam talian. Menerusi platform perniagaan yang dibangunkan iaitu www.jimatbiz.com dan www.jimatshop.com ini, peruncit dan pengguna boleh memesan atau mendapatkan barangan pengguna pada harga yang berpatutan, lebih kompetitif dan seimbang. Di samping itu, platform ini juga dapat memberi pendedahan kepada kepelbagaian produk keluaran koperasi sekali gus membantu usahawan koperasi dalam meningkatkan kapasiti perniagaan runcit yang dijalankan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama wakil KOPERKASA di hadapan Pasar Mini Perkasa Coop Mart.

Pasar Mini Perkasa Coop Mart milik KOPERKASA di Temerloh, Mini Perkasa Coop Mart milik KOPERKASA di Temerloh, Pahang.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, selain meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan kedai runcit, platform digital tersebut juga mampu membantu koperasi menjana peningkatan jumlah jualan. Katanya menerusi platform tersebut, ANGKASA dapat membantu koperasi yang terlibat meningkatkan prestasi tadbir urus serta jualan barangan di kedai runcit masing-masing.

Barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi yang terlibat dalam aktiviti peruncitan digalakkan supaya berdaftar dengan projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA selain meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan platform jimatbiz.com serta jimatshop.com. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN

9 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

Pengalaman Berkoperasi Sebagai Bekalan Ilmu Masa Depan Pelajar

Bergambar bersama pelajar dan guru di perkarangan kedai koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menanam pokok jenis asam gelugur di kawasan sekolah.

Sebahagian guru dan pelajar yang terlibat dalam program penanaman pokok.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

komprehensif dengan memberi latihan kepada pelajar dan pada masa yang sama, menyokong setiap usaha serta aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekolah. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Peringkat Sekolah Anjuran Bersama ANGKASA Kedah bersama-sama para guru dan pelajar Sekolah Menengah Tunku Temenggung, Pendang (SMKTT) pada 20 Ogos 2022. Sebanyak 200 batang anak pokok asam gelugur akan ditanam di sekitar kawasan sekolah tersebut yang bakal mengeluarkan buah selepas tiga tahun. Buah tersebut kelak akan diproses oleh pihak koperasi sekolah untuk menghasilkan produk asam keping. Beliau turut mengalu-alukan semua koperasi sekolah supaya menyokong dan menyertai program tersebut menerusi penanaman pokok yang dijangka akan disertai oleh kira-kira dua ribu buah koperasi sekolah di seluruh negara. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji

Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan Anggota JPAN Kedah; Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Haji Rozaini Ahmad; Pengetua Cemerlang SMK Tunku Temenggung merangkap Pengerusi Koperasi SMKTT, Encik Jafri Din; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim; Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri III Kedah, Encik Wan Abdullah Lutfi Wan Muda yang mewakili Pengarah SKM Negeri Kedah dan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Pendang, Haji Wan Khalim Ahmad. Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA dalam mengintegrasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Program di bawah payung COOPCARE ini menyasarkan penanaman sejuta pokok dengan melibatkan koperasi di seluruh negara.

Anggota Lembaga koperasi sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar dalam membimbing golongan muda khususnya pelajar sebagai bekalan ilmu yang kukuh untuk dibawa ke alam pekerjaan mereka kelak. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, proses pembelajaran yang dilalui menerusi koperasi sekolah seperti pengurusan akaun, pemasaran dan inventori mampu menjadi asas yang sangat berguna bagi membentuk jati diri selain pengalaman berguna kepada pelajar dalam berhadapan dengan dunia pekerjaan mahu pun perniagaan sebenar. "Anggota koperasi sekolah mampu menjadi pemain atau pemimpin dalam lapangan kerjaya kelak sekiranya mampu menerapkan konsep dan mengadaptasi pendekatan latihan menerusi koperasi sekolah," ujar beliau. Justeru, beliau berharap agar pemimpin koperasi sekolah dapat memberi tunjuk ajar secara lebih

10 ANGKASA

SEPTEMBER 2022

ANGKASA Salur RM21.8 Juta Peruntukan Pendidikan Anggota

YB Ahmad Saidi (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.

YB Ahmad Saidi menyampaikan cenderahati kepada Konsultan Program, Ustaz Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat).

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Kerajaan Negeri Perak menghargai usaha murni ANGKASA membuka laluan ke arah kecemerlangan anak anggota dengan menyediakan pembiayaan pendidikan boleh ubah kepada biasiswa. Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud, Yayasan ANGKASA telah berperanan memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat amnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022 bertempat di Sentosa Eco Park , Tapah, Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, ANGKASA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM21.8 juta, sejak penubuhan Yayasan ANGKASA yang dahulunya dikenali sebagai TAPAK untuk pendidikan anak dan anggota koperasi melalui Yayasan ANGKASA. “Sehingga Disember lalu, Yayasan ANGKASA telah mengagihkan pembiayaan sejumlah RM16.2 juta kepada 1,316 orang pelajar. Sejumlah RM6 juta pembiayaan telah diubah kepada biasiswa yang melibatkan hampir 600 orang pelajar. Yayasan ANGKASA juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta untuk pelaksanaan pembangunan pendidikan. Ini merupakan tanda sokongan ANGKASA terhadap sektor pendidikan negara,” jelasnya. Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

2022 disertai oleh seramai 80 orang pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA dan program itu berlangsung selama empat hari bermula 19 Ogos 2022 bagi memberi motivasi selain menerapkan nilai kerohanian kepada para pelajar. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Jamil Hashim, Datuk Haji Md Yusoff Shamsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad; Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad dan Konsultan Program, Ustaz Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat).

Antara aktiviti sepanjang Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2022 di Sentosa Eco-Park Tapah, Perak.

11 ANGKASA

SEPTEMBER 2022

Kerjasama Strategik ANGKASA-NAFAS : Rancakkan Sinergi Ekonomi Industri Ayam

Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH Dato' Haji Zamri Yaakob dan barisan anggota Jemaah Pengarah serta pengurusan NAFAS bergambar bersama delegasi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sebelum memulakan perbincangan.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

mengalu-alukan kerjasama daripada ANGKASA bagi menjayakan industri ayam berasaskan akses pasaran dan rantaian nilai dan bekalan yang luas. Menurut beliau, inisiatif itu juga adalah selaras dengan usaha untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan salah satu daripada Lima Tekad Utama NAFAS berkaitan industri ayam. Perkara tersebut adalah memberi fokus untuk melengkapkan rantaian nilai ayam bermula daripada makanan ayam, ternakan ayam hingga kepada pemprosesan ayam bagi membolehkan rangkaian Pertubuhan Peladang menjadi pemain utama industri ayam halal untuk keperluan domestik dan antarabangsa. Wakil ANGKASA yang hadir dalam kunjung hormat tersebut ialah Timbalan Presiden, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Anggota Lembaga iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa;

Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Haji Abdullah Jusoh; Penasihat Undang-Undang, Dato' Haji Mohamad Shariff Haji Abu Samah; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik, Encik Mohd Ismail Ibrahim dan Pengurus Kanan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin. NAFAS yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 berperanan sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara. Selaras dengan visinya untuk menjadi sebuah institusi yang menerajui pergerakan pertubuhan peladang sebagai badan perniagaan yang berdaya maju, kini NAFAS dianggotai oleh 14 Pertubuhan Peladang Negeri, 279 Pertubuhan Peladang Kawasan serta dianggotai hampir sejuta ahli di seluruh negara.

ANGKASA komited untuk meningkatkan sinergi ekonomi koperasi berasaskan pertanian khususnya industri ayam segar melalui kerjasama strategik ekosistem dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, banyak manfaat yang boleh diperoleh berdasarkan kepada kekuatan sektor koperasi di Malaysia dan bilangan anggotanya yang melebihi tujuh juta orang. Menurut beliau, selaras dengan usaha untuk menjadikan sektor koperasi sebagai pemain industri utama, ANGKASA menyasarkan pengeluaran sehingga 30 juta ekor ayam setahun melalui koperasi yang terlibat. Sasaran tersebut adalah berasaskan kepada matlamat pembangunan ekosistem koperasi iaitu menstabilkan harga ayam dalam pasaran melalui penglibatan koperasi, mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah dan membantu konsistensi bekalan dengan kerjasama agensi. "Namun apa yang lebih penting, kerjasama tersebut akan dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor koperasi yang terlibat sekali gus memberi manfaat kepada ekonomi negara, anggota dan masyarakat," ujar beliau. Beliau berkata demikian sewaktu mengetuai kunjung hormat ANGKASA kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 18 Ogos 2022 di Ibu Pejabat NAFAS, Petaling Jaya Selangor. Sesi kunjungan tersebut lebih menjurus kepada perbincangan mengenai langkah-langkah susulan yang bakal direalisasikan secara bersama dalam menjayakan industri ayam dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memenuhi keperluan pasaran ayam segar. Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Haji Zamri dalam ucapannya berkata, NAFAS amat

Matlamat Pembangunan Ekosistem Koperasi

Menstabilkan harga ayam di pasaran melalui penglibatan gerakan koperasi dalam ekosistem

Gerakan Koperasi sebagai PEMAIN INDUSTRI UTAMA

Mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah

30,000,000 ayam setahun

Membantu memastikan bekalan ayam dalam pasaran konsisten dengan kerjasama agensi

Pengeluaran ayam konsisten dan mewujudkan STOK PENIMBAL Gerakan Koperasi

Sumber: Sektor Pertanian Industri & Asas Tani ANGKASA

12 KURSUS

SEPTEMBER 2022

Kursus Mesra Malaysia: “Empowering Tourism with Positive Mindset”

Oleh NORLAILI MANSOR

Penolong Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA

Industri pelancongan di Malaysia memerlukan seluruh sokongan masyarakat untuk menerapkan sikap dan sifat positif terhadap persekitaran demi kelangsungan dan impak pelancongan yang baik terutama selepas pandemik COVID-19.

Sektor Pelancongan, Penjagaan

mengenai industri pelancongan Malaysia yang terkini: hala tuju

Pelancongan dan Sukan Thailand dan sebuah agensi dikenali sebangai NTO, Singapura. Thailand mencatatkan angka 10.8 juta orang pelancong, Singapura sebanyak 4.7 juta orang. Manakala, Vietnam, Indonesia dan Filipina masing- masing mencatatkan jumlah pelancong seramai 4.5 juta, 3.8 juta dan 2.2 juta orang sahaja Pelancong berkunjung ke Malaysia atas pelbagai tujuan seperti bercuti, melawat ahli keluarga, membeli-belah, men­ dapatkan rawatan kesihatan, urusan perniagaan, persidangan dan mesyuarat, berbulan madu dan lain-lain. Peratusan tertinggi perbe­ lanjaan pelancong di negara ini tertumpu kepada faktor membeli- belah dengan kadar 32.9% daripada 12 kategori keutamaan perbelanjaan para pelancong di Malaysia. Perbelanjaan yang ketara juga hanya dilihat pada

kemudahan penginapan sebanyak 24%, makanan 11%, pengangkutan darat sebanyak 7.6% manakala pengangkutan udara khususnya penerbangan antarabangsa se­ banyak 5.4% berbanding pener­ bangan domestik sebanyak 3.3% sahaja. Perkara tersebut jelas membuktikan bahawa Malaysia perlu mengekalkan budaya mesra secara lebih menyeluruh dalam kalangan rakyatnya. Jika kita melihat ke negara Jepun misalnya, kita sangat mudah menemui para sukarelawan pelan- congan mereka dalam kawasan tarikan pelancong terutamanya di tengah-tengah kota metropolitan Tokyo. Mereka sangat membantu para pelancong asing khususnya mengenali selok-belok perjalanan di kota tersebut. Agenda seperti itu wajar dicontohi dan dilaksanakan secara menyeluruh demi memak- murkan lagi industri pelancongan negara.

Diri

dan

Kesihatan

(SPPDK)

ANGKASA menjayakan Kursus Mesra Malaysia dengan Bahagian Industri dan Latihan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai telah sebahagian daripada persediaan semua kakitangannya dan juga ahli jaringan SPPDK untuk menjayakan agenda kebangkitan semula industri pelancongan di Malaysia. Bertempat di Homestay Kam­ pung Banghuris di Sepang, Selangor pada 14 Jun 2022, seramai 40 peserta telah mengikuti kursus tersebut yang dikendalikan oleh penceramah panel MOTAC, Encik Mohd Syamil Haji Yusoff.

Memahami kepentingan dan meningkatkan kemahiran khidmat pelanggan yang unggul bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik; Memahami proses komunikasi, halangan dan penggunaan teknik komunikasi yang lebih berkesan; dan Memberikan kesedaran dan berkongsi maklumat mengenai Tourism Produc t yang terkini.

l

l

l

MENGAPA PERLU KURSUS MESRA MALAYSIA? Kita perlu bersedia. Malaysia kini telah meletakkan industri pelancongan sebagai penyumbang ekonomi kedua terbesar negara. Sebaik sahaja sempadan negara dibuka semula selepas pandemik berakhir, pasaran negara dijangka kembali melonjak dan pulih sedikit demi sedikit. Pengunjung Singapura menca­ tatkan kelompok tertinggi berbelanja di negara ini dalam siri kunjungan mereka dengan jumlah sebanyak RM6.17 bilion. Ini diikuti pelancong dari negara China sebanyak RM3.71 bilion, Indonesia sebanyak RM2.83 bilion, Thailand sebanyak RM0.85 bilion dan Korea Selatan sebanyak RM0.83 bilion. Apa yang menariknya, Malaysia menjadi negara kedua selepas Thailand mencatatkan jumlah kunjungan tertinggi sekitar rantau ASEAN iaitu sebanyak 6.7 juta orang pelancong. Catatan Badan Pusat Statistik Indonesia, Kementerian

APAKAH

KURSUS

MESRA

MALAYSIA? Kursus

Mesra Malaysia merupakan modul baharu bagi menggantikan modul We Are The Host (WATH) yang telah diguna pakai sejak tahun 2014. Modul tersebut dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan latihan secara komprehensif kepada kakitangan barisan hadapan (frontliner) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri pelancongan dan kursus itu juga merupakan prasyarat yang wajib dihadiri oleh pemandu pelancong sebelum dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kursus Mesra Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada penggiat dan barisan hadapan industri pelancongan

Peserta sedang mendengar taklimat daripada penganjur MOTAC. sedang mendengar taklimat daripada penganjur MOTAC.

13 KURSUS

SEPTEMBER 2022

menyediakan “the first impression tourism looks” itu sebagai infra tidak langsung bagi menarik minat dan mengikat hati pelancong untuk kekal ingat dan berkunjung kembali ke Malaysia. Sikap positif juga merangkumi aspek komunikasi. Jika komunikasi gagal dilaksanakan dengan penyampaian yang betul dan sopan, secara tidak langsung sebarang tarikan yang ditawarkan akan gagal. Pelancong meletakkan keutamaan dalam industri ini dengan keselamatan dan keselesaan di tempat teratas. Mereka membayar dengan sejumlah wang yang diharapkan demi mendapatkan semua elemen tersebut selain pakej-pakej menarik yang lain. Pengusaha pula perlu meletakkan sabar, empati, fokus dan komunikasi sebagai elemen tertinggi menghadapi kerenah pelancong yang datang. SMILING WITH YOUR EYES! COVID-19 memberi banyak hikmah kepada seluruh alam. Maka belajarlah sesuatu waima belajar tersenyum hanya melalui mata, intonasi suara dan lenggok tubuh. Perkara ini juga mengundang rasa selesa dan mesra. Itu yang kita pelajari daripada virus berbahaya ini. Itu juga salah satu skil baharu komunikasi yang wajar dipelajari. Tidak salah mencuba sesuatu yang baharu asal sahaja memanfaatkan diri, masyarakat dan negara. Jika kita isyaratkan bahasa kepada pelancong kelainan upaya (pekak bisu) contohnya, pasti bahasa isyarat menggunakan tangan dan lenggok badan menjadi pilihan terbaik. Komunikasi itu sangat luas dan universal, unik dan tersendiri. Menguasainya mungkin sedikit payah tetapi hasilnya dapat memanfaatkan pelbagai pihak dan menyelamatkan situasi yang di luar jangka.

Kursus Mesra Malaysia men­ dedahkan sebuah dimensi bahawa perlunya sikap positif rakyat negara ini sama-sama meraikan tetamu yang datang ke negara kita dengan ramah mesra dan sopan. Sikap positif menggambarkan siapa dan bagaimana corak kehidupan sesebuah masyarakat. Sewajarnya perkara itu dijadikan sebagai satu cara hidup. Layanan terhadap tetamu mengikut ajaran adat resam budaya orang Timur dan yang dianjurkan Islam sangat menepati keperluan industri. Justeru, Kursus Mesra Malaysia menerapkan keperluan terhadap sifat positif. Kesan positif terhadap komuniti memberi keyakinan kepada pelancong untuk datang berkunjung. Konsep “walk the talk” akan berlaku dan dengan sendirinya pelancong mengenali keistimewaan dan keunikan negara ini. Kelebihan tersebut dengan sendirinya akan menyumbang kepada pertambahan jumlah pelancong ke negara ini. Pertumbuhan idea baharu dengan kesanggupan masyarakat kita meneroka dimensi baharu dunia pelancongan pastinya dapat membuka peluang pasaran dengan lebih luas. Industri pelancongan juga sangat memerlukan para pemainnya untuk bersikap positif terutama selepas fasa pandemik COVID-19. Keperluan memakai pelitup muka sepanjang masa di lokasi tertentu dengan SOP yang ketat memerlukan persefahaman bersama antara pengusaha dengan pelancong. Tanggapan pertama yang dilihat oleh pelancong terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan kita seharusnya menjadi suatu pandangan positif yang dapat melekat dalam ingatan mereka. Kajian menunjukkan “first impression react” terhadap orang mahupun situasi akan dapat melekat di ingatan selama dua tahun. Seharusnya kita perlu

Peserta yang menjayakan Kursus Mesra Malaysia bertempat di Homestay Banghuris, Sepang, Selangor pada 14 Jun 2022.

dan Portugal biasanya mereka mencium pipi kiri dan kanan sebanyak tiga kali berselang- seli. Orang Jerman, United Kingdom pula sekadar berjabat tangan dan tersenyum. Orang Thailand pula merapatkan kedua-dua tapak tangan dan sedikit menunduk tanda hormat.

Mari kita kenali dan pelajari sesuatu. Berikut adalah kaedah- kaedah sapaan daripada pelbagai masyarakat seluruh dunia. Pendekatannya mungkin berlainan tetapi unik dan berguna untuk kita sekiranya pada suatu masa nanti, kita akan berkunjung ke negara tersebut.

l

l

Menghidu kelakuan masyarakat

wajah

(seperti

l

Tingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk serta bersedialah untuk berubah menjadi lebih positif. Sentiasa berikan yang terbaik dan letakkan lebih empati terhadap orang lain terutama kepada tetamu. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berikrar untuk menjadi masyarakat yang mesra terhadap semua tetamu yang berkunjung ke negara ini. Bukan itu sahaja, semua rakyat Malaysia sepatutnya berazam untuk sentiasa bersikap positif, mengamalkan komunikasi yang baik, sopan dan memastikan semua pelancong asing merasa seronok setiap kali berkunjung ke Malaysia. Pastinya mereka akan berkunjung lagi tanpa ragu-ragu.

anjing)

bagi dan

Greenland

Tuvalu.

Menjelirkan lidah adalah cara masyarakat Tibet mengalu- alukan kedatangan anda. Melagakan hidung merupakan cara biasa masyarakat Yaman, Oman, Qatar dan sebahagian Arab menyapa anda. Bertepuk tangan adalah cara sambutan orang Zimbabwe dan Mozambique meraikan anda.

l

l

l

Orang

Jepun

dan

Korea

l

menundukkan sebahagian

kepala

dan

badan

mereka

( bow ).

Bagi Belanda, Belgium, Switzerland, Sepanyol orang Itali,

l

14 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat Berhad (COOPBPJ) COOPBPJ Bijak Cipta Peluang Perniagaan

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Usaha untuk mengatasi masalah penyakit ekzema yang dihadapi oleh sebilangan murid di MRSM Batu Pahat, Johor telah mendorong kepada idea untuk menghasilkan sendiri produk bersifat anti penyakit tersebut oleh Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat Berhad (COOPBPJ). Pelembap tangan ‘Cassia Senna’ yang diperkenalkan oleh COOPBPJ pada tahun 2019 dihasilkan sendiri oleh murid-murid yang merupakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dengan bimbingan guru penasihat, Puan Hanis Nabila Kasmani bawah seliaan rakan strategik, Bio Star Resources Sdn. Bhd. Nama ‘Cassia Senna’ di­ inspirasikan daripada bahan utama produk tersebut iaitu pati daun gelenggang atau nama saintifiknya ‘Senna’. Hasil penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan daun tersebut berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Produk itu juga mengandungi bahan-bahan organik seperti madu kelulut dan minyak kelapa dara serta memiliki keharuman bau daripada minyak pati dewberry yang diperolehi daripada sumber Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Pengerusi Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad (COOPBPJ), Encik Ade Sukma Kamarudin, berkata, penghasilan pelembap itu bertepatan dengan sistem pendidikan di MRSM

Selain boleh mencegah jangkitan bakteria dan kulat, daun gelenggang turut kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri antidiabetes serta boleh membersihkan usus.

Pelembap tangan ‘Cassia Senna’ diperakui oleh Melaka Biotechnology Corporation.

yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Sistem pendidikan tersebut bukan sahaja memfokuskan pada akademik, tetapi juga merangkumi aspek kreativiti dan inovasi, kemahiran berfikir dan insaniah serta pembelajaran melalui pengalaman. “Selain membancuh adunan dan membungkus produk, mereka (ALK) juga didedahkan dengan pengalaman mengutip sendiri daun gelenggang dan menyedut madu kelulut. Aktiviti tersebut adalah untuk anak-anak muda itu memahami konsep ‘berusaha dari bawah’ dan supaya mereka tahu tiada jalan pintas untuk berjaya,” ujar Encik Ade Sukma. Tambah beliau, penglibatan pelajar dalam pembuatan ‘Cassia Senna’ sedikit sebanyak akan menarik minat mereka terhadap bidang

Pengerusi Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad, Encik Ade Sukma Kamarudin.

Anggota Lembaga Koperasi COOPBPJ mempromosi ‘Cassia Senna’ pada Hari Koperasi Negara 2022 di Mines International Exhibition & Convention Centre , Seri Kembangan, Selangor pada 29 Jun hingga 2 Julai 2022.

Ahli Lembaga Koperasi COOPBPJ bergambar di hadapan kedai runcit 'COOP mart' yang diusahakan oleh koperasi.

15 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

keusahawanan pada masa hadapan dan usaha tersebut selaras dengan matlamat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera menjelang tahun 2025. Penerimaan yang baik dalam kalangan warga sekolah terhadap ‘ Cassia Senna’ memberi keyakinan kepada ALK untuk menyertai Konvensyen Young Entrepreneurs Strive for Success (YESS) 2019 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam usaha bagi meluaskan potensi dan mempromosi manfaat produk itu. Selepas memenangi tempat ketiga dalam konvensyen tersebut, COOPBPJ telah menerima geran khas daripada SKM sebanyak RM17,000 pada tahun yang sama dan geran itu digunakan untuk membangun serta menambah baik kualiti produk. Pada tahun 2021, COOPBPJ telah mendapat geran khas pembungkusan produk sebanyak RM8,000 daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa). COOPBPJ juga akan mempromosikan produk ‘Cassia Senna’ di media massa dengan menggunakan bantuan geran Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat) yang telah diterima pada tahun 2022. Ketika negara sedang melalui fasa pandemik, koperasi banyak bergantung pada promosi dalam talian untuk menghebahkan manfaat produk seperti menyertai Program Virtual Tourism yang dianjurkan oleh IKMa. Koperasi tersebut yakin ‘Cassia Senna’ mampu dipasarkan di kedai kecantikan dan kesihatan

Pelajar mempelajari cara membancuh adunan pada sesi pembelajaran bawah seliaan rakan strategik, Bio Star Resources Sdn. Bhd.

terkemuka seperti Watsons dan Guardian serta kedai farmasi, malah menembusi pasaran negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Dalam usaha ke arah merealisasikan hasrat itu, COOPBPJ sentiasa memerlukan sokongan sama ada dalam bentuk latihan dan kewangan yang berterusan daripada SKM, IKMa dan ANGKASA.

Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat Berhad (COOPBPJ)

MRSM Batu Pahat, KM.14, Jalan Simpang Lima, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim +607-4101029

Alamat

No. Telefon

E-mel

koperasimrsmbp0402@gmail.com

@kop.bat.545

Facebook

Instagram

@koopmrsmbpj

2002

Tarikh ditubuhkan

Aktiviti perniagaan

Kedai serbaneka, kafeteria, kedai dobi, ejen Bank Simpanan Nasional, khidmat penghantaran pesanan makanan, penghasilan produk kecantikan kulit badan dan produk hiliran kreatif serta perkhidmatan bilik permainan video (PS4).

COOPBPJ turut menghasilkan ‘Aliss’, iaitu pembersih muka berasaskan bahan-bahan semula jadi.

COOPBPJ memenangi tempat ketiga pada Konvensyen Young Entrepreneurs Strive for Success (YESS) 2019 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

COOPBPJ giat mempromosi pelbagai produk hiliran keluaran mereka di program- program besar anjuran koperasi.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease