10 ANGKASA
SEPTEMBER 2022
ANGKASA Salur RM21.8 Juta Peruntukan Pendidikan Anggota
YB Ahmad Saidi (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.
YB Ahmad Saidi menyampaikan cenderahati kepada Konsultan Program, Ustaz Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat).
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Kerajaan Negeri Perak menghargai usaha murni ANGKASA membuka laluan ke arah kecemerlangan anak anggota dengan menyediakan pembiayaan pendidikan boleh ubah kepada biasiswa. Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud, Yayasan ANGKASA telah berperanan memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat amnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022 bertempat di Sentosa Eco Park , Tapah, Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, ANGKASA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM21.8 juta, sejak penubuhan Yayasan ANGKASA yang dahulunya dikenali sebagai TAPAK untuk pendidikan anak dan anggota koperasi melalui Yayasan ANGKASA. “Sehingga Disember lalu, Yayasan ANGKASA telah mengagihkan pembiayaan sejumlah RM16.2 juta kepada 1,316 orang pelajar. Sejumlah RM6 juta pembiayaan telah diubah kepada biasiswa yang melibatkan hampir 600 orang pelajar. Yayasan ANGKASA juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta untuk pelaksanaan pembangunan pendidikan. Ini merupakan tanda sokongan ANGKASA terhadap sektor pendidikan negara,” jelasnya. Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
2022 disertai oleh seramai 80 orang pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA dan program itu berlangsung selama empat hari bermula 19 Ogos 2022 bagi memberi motivasi selain menerapkan nilai kerohanian kepada para pelajar. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Jamil Hashim, Datuk Haji Md Yusoff Shamsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad; Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad dan Konsultan Program, Ustaz Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat).
Antara aktiviti sepanjang Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2022 di Sentosa Eco-Park Tapah, Perak.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease