WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2022

13 KURSUS

SEPTEMBER 2022

menyediakan “the first impression tourism looks” itu sebagai infra tidak langsung bagi menarik minat dan mengikat hati pelancong untuk kekal ingat dan berkunjung kembali ke Malaysia. Sikap positif juga merangkumi aspek komunikasi. Jika komunikasi gagal dilaksanakan dengan penyampaian yang betul dan sopan, secara tidak langsung sebarang tarikan yang ditawarkan akan gagal. Pelancong meletakkan keutamaan dalam industri ini dengan keselamatan dan keselesaan di tempat teratas. Mereka membayar dengan sejumlah wang yang diharapkan demi mendapatkan semua elemen tersebut selain pakej-pakej menarik yang lain. Pengusaha pula perlu meletakkan sabar, empati, fokus dan komunikasi sebagai elemen tertinggi menghadapi kerenah pelancong yang datang. SMILING WITH YOUR EYES! COVID-19 memberi banyak hikmah kepada seluruh alam. Maka belajarlah sesuatu waima belajar tersenyum hanya melalui mata, intonasi suara dan lenggok tubuh. Perkara ini juga mengundang rasa selesa dan mesra. Itu yang kita pelajari daripada virus berbahaya ini. Itu juga salah satu skil baharu komunikasi yang wajar dipelajari. Tidak salah mencuba sesuatu yang baharu asal sahaja memanfaatkan diri, masyarakat dan negara. Jika kita isyaratkan bahasa kepada pelancong kelainan upaya (pekak bisu) contohnya, pasti bahasa isyarat menggunakan tangan dan lenggok badan menjadi pilihan terbaik. Komunikasi itu sangat luas dan universal, unik dan tersendiri. Menguasainya mungkin sedikit payah tetapi hasilnya dapat memanfaatkan pelbagai pihak dan menyelamatkan situasi yang di luar jangka.

Kursus Mesra Malaysia men­ dedahkan sebuah dimensi bahawa perlunya sikap positif rakyat negara ini sama-sama meraikan tetamu yang datang ke negara kita dengan ramah mesra dan sopan. Sikap positif menggambarkan siapa dan bagaimana corak kehidupan sesebuah masyarakat. Sewajarnya perkara itu dijadikan sebagai satu cara hidup. Layanan terhadap tetamu mengikut ajaran adat resam budaya orang Timur dan yang dianjurkan Islam sangat menepati keperluan industri. Justeru, Kursus Mesra Malaysia menerapkan keperluan terhadap sifat positif. Kesan positif terhadap komuniti memberi keyakinan kepada pelancong untuk datang berkunjung. Konsep “walk the talk” akan berlaku dan dengan sendirinya pelancong mengenali keistimewaan dan keunikan negara ini. Kelebihan tersebut dengan sendirinya akan menyumbang kepada pertambahan jumlah pelancong ke negara ini. Pertumbuhan idea baharu dengan kesanggupan masyarakat kita meneroka dimensi baharu dunia pelancongan pastinya dapat membuka peluang pasaran dengan lebih luas. Industri pelancongan juga sangat memerlukan para pemainnya untuk bersikap positif terutama selepas fasa pandemik COVID-19. Keperluan memakai pelitup muka sepanjang masa di lokasi tertentu dengan SOP yang ketat memerlukan persefahaman bersama antara pengusaha dengan pelancong. Tanggapan pertama yang dilihat oleh pelancong terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan kita seharusnya menjadi suatu pandangan positif yang dapat melekat dalam ingatan mereka. Kajian menunjukkan “first impression react” terhadap orang mahupun situasi akan dapat melekat di ingatan selama dua tahun. Seharusnya kita perlu

Peserta yang menjayakan Kursus Mesra Malaysia bertempat di Homestay Banghuris, Sepang, Selangor pada 14 Jun 2022.

dan Portugal biasanya mereka mencium pipi kiri dan kanan sebanyak tiga kali berselang- seli. Orang Jerman, United Kingdom pula sekadar berjabat tangan dan tersenyum. Orang Thailand pula merapatkan kedua-dua tapak tangan dan sedikit menunduk tanda hormat.

Mari kita kenali dan pelajari sesuatu. Berikut adalah kaedah- kaedah sapaan daripada pelbagai masyarakat seluruh dunia. Pendekatannya mungkin berlainan tetapi unik dan berguna untuk kita sekiranya pada suatu masa nanti, kita akan berkunjung ke negara tersebut.

l

l

Menghidu kelakuan masyarakat

wajah

(seperti

l

Tingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk serta bersedialah untuk berubah menjadi lebih positif. Sentiasa berikan yang terbaik dan letakkan lebih empati terhadap orang lain terutama kepada tetamu. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berikrar untuk menjadi masyarakat yang mesra terhadap semua tetamu yang berkunjung ke negara ini. Bukan itu sahaja, semua rakyat Malaysia sepatutnya berazam untuk sentiasa bersikap positif, mengamalkan komunikasi yang baik, sopan dan memastikan semua pelancong asing merasa seronok setiap kali berkunjung ke Malaysia. Pastinya mereka akan berkunjung lagi tanpa ragu-ragu.

anjing)

bagi dan

Greenland

Tuvalu.

Menjelirkan lidah adalah cara masyarakat Tibet mengalu- alukan kedatangan anda. Melagakan hidung merupakan cara biasa masyarakat Yaman, Oman, Qatar dan sebahagian Arab menyapa anda. Bertepuk tangan adalah cara sambutan orang Zimbabwe dan Mozambique meraikan anda.

l

l

l

Orang

Jepun

dan

Korea

l

menundukkan sebahagian

kepala

dan

badan

mereka

( bow ).

Bagi Belanda, Belgium, Switzerland, Sepanyol orang Itali,

l

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease