17 RENCANA
SEPTEMBER 2022
PENGURUSAN RISIKO DALAM
c) Proses
kawalan
dalaman mengukur,
•
GP17 menetapkan Lembaga Pengarah subsidiari hendaklah tidak lebih daripada satu pertiga jumlah anggota Lembaga koperasi (GP17, 2011). ●GP25 menetapkan jumlah pemberian pembiayaan Ar- Rahnu oleh koperasi kepada setiap penggadai hendaklah tidak melebihi RM50,000.00 atau tidak melebihi 70% daripada nilai marhun, mengikut mana yang rendah (GP25, 2013).
Audit Dalaman (JAD) (GP5 SKM). Seterusnya, ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia telah memperkenalkan Pengurusan Risiko Rasuah kepada gerakan koperasi. Pengurusan Risiko Rasuah bertujuan untuk menangani isu-isu tidak berintegriti dalam gerakan koperasi. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat peningkatan tangkapan oleh SPRM terhadap Anggota Lembaga Koperasi. Pada tahun 2020, terdapat empat tangkapan yang dibuat dan meningkat kepada tujuh pada tahun 2021 (SPRM, 2022). ANGKASA bertindak menyediakan program taklimat dan konsultansi kepada koperasi yang hendak membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah. Dengan itu, ANGKASA telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan SPRM pada tahun 2017 bagi menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan integriti kepada koperasi termasuk Pe ngurusan Risiko Rasuah. Dalam aktiviti perniagaan, ANGKASA memperkenalkan prog ram inkubasi iaitu satu program di bawah peranan ANGKASA untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi. Program tersebut adalah pelan kawalan bagi mengurangkan risiko kerugian kepada koperasi dalam suatu aktiviti perniagaan. Menerusi program tersebut, ANGKASA perlu menceburi suatu bidang perniagaan terlebih dahulu sebelum bidang perniagaan tersebut dipromosikan kepada koperasi. Ini bertujuan untuk ANGKASA mengetahui dan membangunkan modul termasuk Pelan Pengurusan Risiko bagi aktiviti perniagaan tersebut dan akan menjadi rujukan kepada koperasi apabila mereka melaksanakan aktiviti tersebut.
KOPERASI OLEH AGENSI
untuk
menilai,
mengawal,
memantau
dan
Dalam koperasi, pengurusan risiko boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat tadbir urus koperasi oleh SKM, peringkat pengurusan dalaman agensi dan juga peringkat pentadbiran koperasi. Dalam peringkat tadbir urus gerakan koperasi, SKM mempunyai kuasa di bawah Seksyen 86B Akta Koperasi 1993 untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling, atau notis berkenaan dengan mana- mana peruntukan Akta koperasi 1993. Sehubungan itu SKM telah mengeluarkan 29 Garis Panduan (GP) bagi menjelaskan secara terperinci peruntukan Akta. Daripada 29 GP itu, terdapat 11 GP yang secara terus menerangkan hal berkenaan pengurusan risiko yang perlu dilaksanakan oleh koperasi.
melaporkan segala jenis risiko.
Dalam GP 27 pula iaitu Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi menerangkan tentang strategi dan dasar pengurusan risiko. Selain itu, terdapat kaedah bagi mengenal pasti risiko mengikut kategori seperti mana yang terdapat dalam Prinsip Pertama Pengurusan Risiko. GP 27 ini juga menekankan supaya koperasi mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang akan mengawasi aktiviti pihak pengurusan kanan dalam pengurusan kredit, pelaburan, pasaran, likuiditi, operasi, perundangan dan risiko lain serta memastikan proses pengurusan risiko diwujudkan dan berfungsi. Selain itu, terdapat juga GP yang menggariskan perkara yang boleh dijadikan sebagai kawalan untuk menangani risiko yang timbul
•
Selain daripada ketetapan yang digariskan, SKM juga mengawal risiko dengan mewajibkan perkara- perkara berikut mendapat kelulusan SKM sebelum pelaksanaan dibuat. Perkara tersebut termasuklah: • GP16 menetapkan pelaburan dalam bon atau debentur mana-mana koperasi lain, mana-mana sekuriti lain atau subsidiari perlu kelulusan (GP16, 2011).
Jadual 2: Garis Panduan Pengurusan Risiko
1. GP 6 : GARIS PANDUAN MENGENAI KEMUDAHAN KREDIT OLEH KOPERASI 2. GP 7 : GARIS PANDUAN MENGENAI PEMBIAYAAN ISLAM OLEH KOPERASI 3. GP 9 : GARIS PANDUAN MENGENAI PENGAMBILAN SIMPANAN KHAS DAN DEPOSIT ATAU PENERIMAAN PINJAMAN 4. GP 10 : GARIS PANDUAN MENGENAI SKIM PELABURAN KHAS 5. GP 15 : GARIS PANDUAN MENGENAI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI 6. GP 16 : GARIS PANDUAN PELABURAN WANG KOPERASI DI BAWAH SEKSYEN 54 AKTA KOPERASI 1993 7. GP 17 : GARIS PANDUAN MEMBENTUK, MEMPUNYAI, MEMPEROLEH ATAU MENUBUHKAN SUBSIDIARI 8. GP 20 : GARIS PANDUAN MENGENAI FEDERASI KOPERASI KREDIT 9. GP 24 : GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 10. GP 25 : GARIS PANDUAN AKTIVITI PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU) 11. GP 27 : GARIS PANDUAN TADBIR URUS KOPERASI Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Jadual 2 menunjukkan kesemua GP yang berteraskan kepada aktiviti telah pun mempunyai maklumat berkaitan dengan pengurusan risiko yang boleh dirujuk oleh koperasi bagi menjalankan aktiviti. Pengurusan Risiko adalah ber kaitan dengan kemudahan pem biayaan, pelaburan, pelaburan dalam harta tak alih, Ar-Rahnu, penubuhan federasi dan penubuhan subsidiari. Aktiviti ini adalah aktiviti yang memberi kesan yang besar kepada perubahan hala tuju koperasi yang juga melibatkan pengaliran dana yang besar. Namun begitu, panduan risiko yang terdapat dalam GP yang dinyatakan di atas sebahagian besarnya memberi fokus kepada bagaimana untuk melaksanakan pelan kawalan. Sebagai contoh dalam GP 6,7,9,10,16,17,24 dan 25 yang menekankan pewujudan tiga perkara iaitu: a) Rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal risiko; b) Prosedur operasi pembiayaan yang mencukupi dan berkesan; dan
dalam pentadbiran termasuk aktiviti perniagaan koperasi. GP berikut dengan jelas menetapkan had bagi suatu perkara untuk memastikan koperasi tidak terdedah kepada risiko kerugian, kecairan tunai dan integriti. Antaranya adalah seperti berikut:
•
GP17 menetapkan koperasi perlu mendapat kelulusan SKM bagi membentuk, mempunyai, memperoleh dan menubuhkan sesuatu subsidiari (GP17, 2011).
RUMUSAN
Pelan Pengurusan Risiko adalah untuk membantu koperasi menangani risiko integriti dari sudut perniagaan, pentadbiran dan juga integriti. Bagi memastikan pengurusan risiko dijalankan dalam tadbir urus koperasi, penambahbaikan boleh dibuat dengan menjadikan laporan Pengurusan Risiko dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Koperasi setiap tahun. Perkara ini sesuai dengan contoh yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mewajibkan syarikat membentangkan perihal risiko dan ketidakpastian yang dihadapi syarikat sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 252, Akta Syarikat 2016. Selain itu, pihak agensi juga perlu menyediakan satu format untuk digunakan oleh koperasi terutama koperasi sederhana dan kecil bagi membolehkan pengurusan koperasi menguruskan risiko mengikut lima prinsip pengurusan risiko yang telah ditetapkan oleh Standard.
Dalam pentadbiran, SKM telah memperkenalkan PRISKOP atau Penyelia Risiko Koperasi pada tahun 2012. PRISKOP adalah bertujuan menerangkan Rangka Kerja Penyeliaan Koperasi yang berkonsepkan pemeriksaan PRISKOP kepada anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, pegawai, pihak pengurusan koperasi dan pihak-pihak yang berkepentingan (Penyeliaan Risiko Koperasi PRISKOP, 2012). Selain itu, penggunaan ZScore juga diperkenalkan bagi menilai tahap kekuatan sesebuah koperasi. Selain SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga memainkan peranan dalam pengurusan risiko gerakan koperasi. IKMa telah membangunkan satu modul pengurusan risiko untuk warga koperasi dalam Kursus Wajib yang merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa
•
GP2
menetapkan
dividen
hendaklah melebihi 10% setahun daripada syer atau yuran kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada SKM (GP2, 2012). tidak GP6 menetapkan kelayakan maksimum peminjam tertakluk kepada amaun ansuran bulanan tidak melebihi enam puluh peratus (60%) daripada gaji hakiki bulanan peminjam (GP6, 2009). bagi koperasi bukan kredit yang aktiviti utamanya dalam undang-undang kecilnya GP16 menetapkan ialah selain pelaburan, had pelaburannya hendaklah tidak melebihi 20% daripada jumlah kumpulan wang anggota (GP16, 2011).
•
•
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease