WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2022

18 KOPERASI

SEPTEMBER 2022

ANGKASA – ACeIO Kerjasama Membudayakan Integriti dalam Sektor Koperasi

Perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai peluang kerjasama antara ACeIO dengan ANGKASA, usaha pengukuhan integriti dan anti rasuah dalam kalangan anggota koperasi ke arah memartabatkan integriti dalam sektor koperasi. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan program penganjuran bersama dan aktiviti berkaitan pembudayaan, amalan terbaik pengurusan integriti serta anti rasuah dalam masyarakat. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam kenyataannya kepada media PELANCAR menaruh harapan agar sinergi bersama secara kolektif itu dapat meningkatkan tahap pemantapan integriti anggota koperasi seterusnya melahirkan koperasi yang terbaik. “Sebagai permulaan ke arah merealisasikan usaha ini, Webinar Pemerkasaan Integriti di peringkat global menerusi platform ASEAN Co-operative Organization (ACO) bakal diadakan dalam masa terdekat. Inisiatif ini adalah sebagai memenuhi hasrat ANGKASA yang mahu anggota koperasi seluruh dunia dapat berkongsi ilmu mengenai integriti sekali gus menjadikan koperasi sebuah organisasi yang disegani dan menjadi ikutan kepada pihak lain”, ujar beliau. Turut hadir dalam perbincangan berkenaan ialah Pengerusi Perhubungan ACeIO Selangor merangkap Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Sebagai rekod, seramai sembilan (9) warga kerja ANGKASA telah mengikuti Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC) sejak tahun 2016 hingga 2019.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Presiden ACeIO Malaysia, Encik Ahmad Sabri (tiga dari kanan); Setiausaha ACeIO Malaysia, Encik Mohd Nasrul Ekram (kanan sekali) dan Pengerusi Perhubungan ACeIO Selangor, Dato’ Shaharudin (dua dari kiri). Turut kelihatan ialah Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim (kiri sekali).

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Presiden

ANGKASA

merangkap Co-operative

ASEAN

Presiden

Organization Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengalu-alukan kunjung hormat Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Malaysia, Encik Ahmad Sabri Mohamed dan Setiausaha ACeIO Malaysia, Encik Mohd Nasrul Ekram pada 8 Ogos 2022 ke ibu pejabat ANGKASA. (ACO), Datuk

ANGKASA komited untuk meningkatkan tahap integriti dalam kalangan anggota selari dengan nilai dan falsafah gerakan koperasi itu sendiri. Usaha tersebut bakal menjadi sebahagian daripada teras utama tadbir urus koperasi dan budaya dalam gerakan koperasi.

Aplikasi Belajar Bahasa Arab 'AlifBee' KOSAPE Dilantik Pembekal Tunggal Pasaran Asia Tenggara

koperasi untuk mengetahui status pelanggan mereka yang telah membuat belian dan seterusnya mendapat komisen jualan. Aplikasi AlifBee yang telah dilancarkan pada akhir 2021 telah dimuat turun oleh lebih sejuta pengguna di seluruh dunia. AlifBee telah bertapak di lebih 185 lokasi seluruh dunia melibatkan lebih 400 ribu peserta. Aplikasi AlifBee juga turut mendapat pengiktirafan aplikasi terbaik Pearson iaitu Badan Akreditasi Akademik di United Kingdom secara dalam talian. Aplikasi AlifBee mengandungi 10 modul pembelajaran dengan lebih 238 latihan yang memfokuskan kepada keupayaan peserta untuk membaca, mendengar, mengeja dan bertutur dengan seronok dan mengujakan. Kaedah pembelajaran secara berkala mengukuhkan kefahaman peserta. Walaupun AlifBee berpangkalan di Kanada dan menggunakan pelbagai medium bahasa pengantar termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu namun AlifBee dilihat mampu membantu peserta untuk belajar bahasa Arab dengan mudah dan menyeronokkan tidak kira dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.

itu telah disempurnakan pada 23 April 2022 bertempat di Perpustakaan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di Petaling Jaya. AlifBee merupakan aplikasi digital yang khusus bagi individu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Aplikasi digital yang bertemakan ‘AlifBee di hati rakyat Malaysia’ itu diharap dapat membantu mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab secara lebih mudah dan cepat. Harga jualan yang diletakkan oleh KOSAPE bagi produk tersebut juga sangat kompetitif iaitu hanya RM150 berbanding harga yang ditawarkan dalam platform muat turun aplikasi tersebut iaitu USD80. KOSAPE juga mahu menawarkan produk tersebut kepada mana-mana

Rakan Strategik AlifBee-Kosape yang menandatangani persefahaman di Majlis Pelancaran AlifBee.

koperasi atau individu yang berminat untuk menjadi rakan strategik atau ejen pemasaran dengan komisen jualan yang menarik iaitu antara 10 hingga 18 peratus. Setakat ini, KOSAPE telah menjalin kerjasama strategik dengan Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia (KoIKMa); Kojid Preneur Sdn Bhd; Koperasi Usahanita Selangor (KUSB) dan Madrasah al-Ittihad Taman Setia (al-Ittihad dan Institut Tahfiz al-Quran (ItaQ). Menerusi pendekatan jualan, koperasi hanya perlu menguar-uarkan link atau QR-Code mereka sebagai ejen kepada bakal pengguna dalam media sosial khususnya whatsapp group . Urusan jual beli akan dilakukan secara automatik menggunakan sistem ejen affiliate. Koperasi hanya perlu menyemak dashboard

Oleh HAJI RAMLAN KAMSIN Koperasi Sahabat Pesara Selangor Berhad

Kepentingan dan keistimewaan bahasa Arab sebagai bahasa yang semakin popular dan banyak dituturkan oleh masyarakat telah mendorong Koperasi Sahabat Pesara Selangor (KOSAPE) untuk menjalin kerjasama perniagaan produk ‘AlifBee’ yang berpangkalan di Kanada. Menerusi kerjasama tersebut, KOSAPE kini menjadi pembekal tunggal di Malaysia dan Rantau Asia Tenggara bagi memasarkan aplikasi digital tersebut. Majlis menandatangani perjanjian sebagai Pembekal Tunggal

I nstitut Koperasi Malaysia (IKMA) 103, Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya

Sila Hubungi: Haji Ramlan Kamsin No. Tel: +6012 213 4137

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease