3 ANGKASA
SEPTEMBER 2022
ANUGERAH LESTARI MODAL INSAN KOPERASI
e d
r
Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad
r
r
Koperasi Pembangunan Wakaf Bharu Berhad
Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad
Dari Meja Presiden
Kita mahu memastikan supaya rantaian pemasaran barangan asas dapat diurus dan disalurkan ke kedai runcit koperasi dengan stok yang mencukupi. Melalui program pemerkasaan kedai runcit koperasi juga, kita akan dapat membantu mengatasi masalah ketirisan bekalan dan kenaikan harga barangan keperluan asas secara memdadak. Usaha tersebut disifatkan sebagai tepat pada masanya demi kemakmuran bersama dan kelestarian sosioekonomi seluruh anggota koperasi, masyarakat serta negara. Sokongan yang berterusan wajar diberikan oleh setiap pihak termasuklah anggota koperasi demi memastikan kedai runcit koperasi terus beroperasi secara aktif dan dapat memberikan manfaat seperti yang diharapkan.
Ruang dan peluang yang luas untuk koperasi mempelopori perniagaan runcit semakin terbuka dengan kerjasama kuat oleh kerajaan. Menerusi sokongan dan bantuan yang disediakan, koperasi boleh membentuk dan mencorakkan semula perniagaan dengan kaedah pelaburan ekonomi baharu bagi memperkasakan lagi sektor peruncitan. Selain boleh bergabung secara konsortium, jalinan kerjasama juga boleh merangkumi perkongsian kepakaran, kemudahan infrastruktur dan khidmat nasihat kepada mana-mana koperasi yang berhasrat untuk membuka kedai runcit.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease