4 KOPERASI
SEPTEMBER 2022
PKKM Semarakkan Aspirasi Keluarga Malaysia melalui Pendekatan Koperasi
Gimik Pelancaran Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park oleh Tan Sri Noh Haji Omar.
Tan Sri Noh Omar menerima cenderahati daripada pengusaha nurseri KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
persefahaman antara Konsortium Indah Water dengan KOBUNITI dalam kajian penyelidikan untuk tujuan pembangunan biopepejal IWK sebagai baja organik dan pelantikan KOBUNITI sebagai penyedia latihan serta hab urban farming . KOBUNITI juga turut menerima bantuan pembangunan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membiayai kos ubah suai pusat latihan sebanyak RM80,000. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (KUSKOP), Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Haji Zazali Haron; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Pengarah SKM Negeri Selangor, Encik Rozdeen Mohd Jaafar dan Pengerusi KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. PKKM yang dimulakan oleh KOBUNITI sejak Mac 2021 menyediakan plot tanaman kon tan untuk diusahakan oleh go longan B40 dan asnaf. PKMM juga boleh disertai oleh penduduk sekitar dengan tujuan untuk menjana pendapatan atau sebagai hobi selain memberi peluang kepada syarikat swasta atau korporat untuk menaja ruang tanaman bagi diusahakan oleh golongan terbabit.
Inovasi baharu Plot Kebun Keluarga Malaysia (PKKM) yang dibangunkan oleh Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) adalah contoh terbaik dalam usaha menyemarakkan Aspirasi 'Ke luarga Malaysia' melalui pen dekatan koperasi. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap melancarkan Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor 2022 pada 21 Ogos lalu, di Shah Alam. Katanya, pelaksanaan prog ram tersebut juga adalah satu bentuk pengiktirafan kepada gerakan koperasi yang mampu menghidupkan semangat beker jasama, selain membuktikan kecemerlangan perniagaan khu susnya dalam aspek pertanian bandar. Menurut beliau, konsep pertanian bandar bukan sahaja dapat memberi pulangan ekonomi baharu yang baik kepada pengusaha, malah dapat membantu kerajaan untuk menangani masalah kekurangan dan kenaikan harga produk asas tani yang tinggi. Turut berlangsung dalam majlis pelancaran tersebut adalah penyerahan surat lantikan strategik antara Gransea dengan KOBUNITI untuk kolaborasi import dan eksport baja; pertukaran perjanjian
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar di perkarangan kebun KOBUNITI . Turut sama ialah Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (paling kanan).
Tan Sri Noh melawat salah sebuah kebun yang terdapat di KOBUNITI.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease