6 KOPERASI
SEPTEMBER 2022
Reaksi Penerima Pembiayaan KOPSYA
Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOPUSAMAJU) Pembiayaan KOPSYA berjumlah RM20 juta adalah satu penghargaan besar kepada KOPUSAMAJU untuk terus bergerak maju pada masa akan datang khususnya dalam memberi pembiayaan kepada anggota. Pembiayaan ini sekali gus memberi peluang kepada koperasi kami untuk terus komited dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota.
Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad (KKMARB) Alhamdulillah dan terima kasih kepada KOPSYA yang telah meluluskan permohonan KKMARB untuk membeli sebidang tanah pertanian seluas tiga (3) ekar. Harga tanah tersebut bernilai RM1.4 juta dan KOPSYA telah meluluskan pembiayaan sebanyak 90 peratus iaitu RM1,260,000.00. Tanah tersebut kelak akan dimajukan sebagai projek perumahan .
Encik Ridzuan Khamis Pandak Abdul Samad Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U) Koperasi COOP2U akan menggunakan peluang terbaik melalui pembiayaan KOPSYA ini untuk menjalankan aktiviti operasi seterusnya menjana pendapatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kini COOP2U adalah pembekal perkhidmatan yang unggul dan sedang berkembang pesat dalam telekomunikasi mudah alih, pakej pelancongan dan teknologi maklumat (IT).
Encik Jil Afril Jamaluddin Koperasi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan Berhad (KNUCW) Kami akan terus menyokong usaha KOPSYA untuk meningkatkan pencapaian yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang. Diharapkan lebih banyak koperasi dapat menikmati pembiayaan ini seterusnya dapat merancakkan aktiviti yang dirancang serta melonjakkan prestasi ekonomi koperasi ke tahap yang lebih tinggi.
( W-6-0717)
KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD (KOPSYA) UNIT 209 - 509, BLOK C, GLOMAC BUSINESS CENTRE, NO. 10, JALAN SS 6/1, KELANA JAYA 47301, PETALING JAYA, SELANGOR Tel : +603-7803 1214 Faks : +603-7803 1204 I E-mel : info@kopsya.coop I www.kopsya.coop
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease