7 RENCANA
SEPTEMBER 2022
KOPSYA Perkukuh Perkukuh Institusi Kewangan Islam Koperasi
Pejabat KOPSYA yang beralamat di Bangunan Glomac Business Centre, No.10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
syariah sebanyak RM21.46 juta berbanding RM18.3 juta pada tahun 2020, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 17.3 peratus. Perkembangan dan prestasi yang positif ini turut menyaksikan sokongan daripada institusi perbankan meningkat melalui penambahan kemudahan dana kepada KOPSYA. Ini terbukti apabila institusi kewangan turut menyokong operasi KOPSYA dengan memberikan dana baharu berjumlah RM90 juta pada tahun 2022. KOPSYA akan terus memberi tumpuan kepada aktiviti utama iaitu pembiayaan yang dapat meningkatkan kepentingan ekonomi Koperasi Anggota seluruh Malaysia. Usaha menyediakan dana untuk keperluan kredit Koperasi Anggota dan seterusnya kepada anggota koperasi adalah satu keperluan dan harus diusahakan menjadi realiti. Menyedari akan usaha menjaga kepentingan kebajikan bersama, Anggota Lembaga dan pengurusan KOPSYA sedia maklum bahawa wujud keperluan untuk menyediakan pasaran produk dan perkhidmatan dengan harga berpatutan, menggerakkan peluang rangkaian perniagaan untuk koperasi dan anggota koperasi; menyediakan kemudahan kewangan dan perbankan koperasi syariah secara meluas dengan kemudahan teknologi digital. KOPSYA juga akan terus meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang serta berkeyakinan penuh bahawa prestasi kewangan untuk tahun kewangan 2022 dan seterusnya akan mencatat peningkatan keuntungan yang memberangsangkan.
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) komited dalam melakar kejayaan pada masa hadapan dengan merealisasikan misi dan visinya ke arah menyediakan perkhidmatan kewangan berasaskan patuh syariah dalam sektor koperasi. Bertepatan dengan objektif utama KOPSYA iaitu mewujudkan struktur berskala besar yang dapat memperkasakan potensi gabungan koperasi dari segi kewangan, tabungan, projek, kebajikan Koperasi Anggota, pendidikan dan keperluan asasi, KOPSYA berusaha menggarap potensi kapasiti besar melalui permodalan bersama gerakan koperasi yang efisien serta akses kepada pasaran kewangan yang komprehensif. Sebagai ‘Koperasi Menengah Kewangan Nasional yang Memacu Kemajuan Gerakan Koperasi dan Negara’, KOPSYA bertekad untuk mendaulatkan nilai keadilan, kesaksamaan dan usaha sama berasaskan prinsip koperasi. KOPSYA yang ditubuhkan pada 7 Julai 2011 kini telah mempunyai anggota berjumlah 1,528 koperasi dari seluruh negara dengan jumlah syer bernilai RM52 juta. Pada tahun kewangan 2021, KOPSYA merekodkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak RM7.8 juta dan telah berjaya mengatasi kerugian kumpulan yang dicatatkan pada tahun 2020 sebanyak kira-kira RM1.51 juta. KOPSYA juga telah memperolehi pendapatan daripada aktiviti utama iaitu pembiayaan patuh
Komitmen tinggi warga kerja teras kecemerlangan KOPSYA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease