8 ANGKASA
SEPTEMBER 2022
Gerai BA100 Tawar Harga Barangan Keperluan Asas Lebih Murah
Oleh RAHMAT MOHD DID
JAKM Negeri Selangor disertai 26 reruai kaunter perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan selain 100 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 10 gerai Cita Rasa Keluarga Malaysia, 40 trak jualan makanan dan tujuh reruai Jualan Keluarga Malaysia. BA100 merupakan projek yang melibatkan platform jimatbiz.com dan jimatshop.com menerusi laman web digital yang diperkenalkan oleh ANGKASA khusus kepada kedai koperasi dan pelanggan dalam aspek jual beli secara dalam talian. Menerusi platform perniagaan yang dibangunkan iaitu www.jimatbiz.com dan www.jimatshop.com ini, peruncit dan pengguna boleh memesan atau mendapatkan barangan pengguna pada harga yang lebih berpatutan, lebih kompetitif dan seimbang. Di samping itu, platform ini juga dapat memberi pendedahan kepelbagaian produk keluaran koperasi sekali gus membantu usahawan koperasi dalam meningkatkan kapasiti perniagaan runcit yang dijalankan.
Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor yang berlangsung selama tiga hari di perkarangan Stadium Shah Alam bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos 2022, ANGKASA melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) telah menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga jualan yang lebih murah. JAKM yang bertemakan 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar serta Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad. Perdana Menteri telah mengunjungi gerai jualan BA100 dan merasmikan jualan lima barangan keperluan asas di bawah jenama COOP iaitu gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku, pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Dato’ Seri Ismail Sabri meninjau barangan keperluan asas di gerai jualan Seri Ismail Sabri meninjau barangan keperluan asas di gerai jualan BA100 sambil diiringi Tan Sri Noh, Dato’ Suriani dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Platform JIMATBIZ dan JIMATSHOP : Bantu KOPERKASA Tingkatkan Prestasi Jualan
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan kerja ke Pasar Mini Perkasa Coop Mart (KOPERKASA) milik Koperasi Perkasa Ummah Berhad di Temerloh, Pahang pada 13 Ogos 2022. Wakil KOPERKASA yang hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha, Rohana Puasa yang mewakili Pengerusi KOPERKASA; Bendahari, Puan Zarina Moidin dan Anggota Jawatankuasa iaitu Cik Nurfadhilah Mohd Yunos selain barisan kakitangan Perkasa Coop Mart. Pasar mini tersebut yang mula beroperasi sejak 6 Oktober 2020 turut berdaftar di bawah projek BA100 ANGKASA dan aktif menjalankan perniagaan peruncitan termasuk produk basah. Platform Jimatbiz.com dan Jimatshop.com merupakan laman web digital yang diperkenalkan oleh ANGKASA khusus untuk kedai koperasi dan pelanggan dalam aspek jual beli secara dalam talian. Menerusi platform perniagaan yang dibangunkan iaitu www.jimatbiz.com dan www.jimatshop.com ini, peruncit dan pengguna boleh memesan atau mendapatkan barangan pengguna pada harga yang berpatutan, lebih kompetitif dan seimbang. Di samping itu, platform ini juga dapat memberi pendedahan kepada kepelbagaian produk keluaran koperasi sekali gus membantu usahawan koperasi dalam meningkatkan kapasiti perniagaan runcit yang dijalankan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama wakil KOPERKASA di hadapan Pasar Mini Perkasa Coop Mart.
Pasar Mini Perkasa Coop Mart milik KOPERKASA di Temerloh, Mini Perkasa Coop Mart milik KOPERKASA di Temerloh, Pahang.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, selain meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan kedai runcit, platform digital tersebut juga mampu membantu koperasi menjana peningkatan jumlah jualan. Katanya menerusi platform tersebut, ANGKASA dapat membantu koperasi yang terlibat meningkatkan prestasi tadbir urus serta jualan barangan di kedai runcit masing-masing.
Barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi yang terlibat dalam aktiviti peruncitan digalakkan supaya berdaftar dengan projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA selain meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan platform jimatbiz.com serta jimatshop.com. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease