JULAI 2022 JILID: WP04 /7
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Bulan Koperasi Kebangsaan Disambut Meriah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MINISTRY OF INTERPRENEUR DEVELOPMENT & COOPERATIVES
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri ketika melancarkan BKK22. Turut kelihatan dari kanan ialah Dato’ Suriani Dato’ Ahmad (kanan sekali); Dato' Seri Dr. Shahidan Kasim Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri ketika melancarkan BKK22. Turut kelihatan dari kanan ialah Dato’ Suriani Dato’ Ahmad (kanan sekali); Dato' Seri Dr. Shahidan Kasim (dua dari kanan); Tan Sri Noh Haji Omar (empat dari kanan); Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri), Datuk Muslimin Yahaya (dua dari kiri) dan Haji Zazali Haron (kiri sekali).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Program Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK22) yang julung kali diadakan pada tahun ini telah berlangsung meriah selama tiga hari mulai 1 hingga 3 Julai 2022 dengan penyertaan lebih 100 buah koperasi termasuk agensi yang berkaitan. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan program tersebut dan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Shahidan Kasim; Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron dan Timbalannya, Encik Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa),
Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh serta pemimpin koperasi dari seluruh negara. Pelancaran BKK22 juga turut diserikan dengan pelancaran Setemku dan Syiling 100 Tahun Koperasi, pengisytiharan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), pelancaran Bank Rakyat 2.0, penyampaian Anugerah Koperasi Terbaik Mengikut Sektor Ekonomi (6 EPP), Anugerah Koperasi IPT Terbaik dan Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2
Dato’ Sri Ismail Sabri ketika mengadakan lawatan ke gerai jualan koperasi. Turut sama ialah Tan Sri Noh (kanan sekali) dan Datuk Muslimin Yahaya (tengah).
Tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Perasmian BKK22.
DARI MUKA 1
Dalam ucapannya, Dato' Sri Ismail Sabri menyatakan keyakinan terhadap sektor koperasi yang mampu memainkan peranan penting meningkatkan sosioekonomi anggota serta masyarakat selain membantu kerajaan terutamanya dalam meningkatkan peratusan jaminan keselamatan makanan negara. Katanya, bagi menjayakan agenda kecemerlangan koperasi, sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan di bawah Tabung Agromakanan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu mengembangkan industri makanan khususnya penternakan ayam. "Usaha ini diharapkan dapat membantu sektor koperasi menguasai ekosistem penternakan sekali gus menghapuskan peranan orang tengah. Sudah tiba masanya gerakan koperasi melalui ANGKASA menggerakkan semula 'Jihad Memerangi Orang Tengah’ dan ANGKASA dilihat mampu memainkan peranan lebih signifikan dalam memperkasakan agenda sekuriti makanan," katanya. Menurutnya, kerajaan juga bersetuju supaya koperasi diberi kuota pekerja asing untuk urusan perladangan dan menyediakan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) bagi membiayai penganjuran aktiviti pameran dan ekspo bersama badan bukan kerajaan (NGO). Dato' Sri Ismail Sabri turut mengumumkan penubuhan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad atau dikenali BR2.0, sebuah koperasi baharu yang menjadi alternatif pelaburan rakyat untuk melabur dan memiliki syer dalam koperasi.
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang Batu Pahat Berhad menerima Anugerah Koperasi Sekolah 2022.
Kerajaan
Pertimbang
Rayuan
ANGKASA
Terhadap
Permohonan
Lesen Bank Digital Sementara itu, Dato' Sri Ismail Sabri dalam ucapannya turut menyentuh mengenai rayuan ANGKASA yang secara serius memohon supaya diberikan lesen Digital Bank sebagai memenuhi keperluan dan suntikan baharu dalam melancarkan perniagaan koperasi tanpa perlu bergantung kepada bank komersial. Katanya, rayuan tersebut sedang dipertimbangkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama beliau turut bersetuju bahawa koperasi harus bergerak dengan lebih pantas seiring dengan sektor swasta kerana penguasaan rantaian nilai koperasi tidak akan lancar jika tiada instrumen kewangan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra dengan koperator.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika mengunjungi gerai Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Berhad.
Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
3
Gerakan Koperasi Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi Negara
kos sara hidup rakyat melalui program yang dianjurkan KUSKOP dan agensinya. Sehubungan itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), peranan gerakan koperasi akan dimanfaatkan dan peluang akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan kepada gerakan koperasi akan dipertingkatkan. “Bagi tujuan tersebut, kerajaan optimis gerakan koperasi mampu membantu negara mencapai matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) iaitu Malaysia menjadi Negara Keusahawanan Unggul Menjelang 2030 dengan pendapatan koperasi bernilai RM100 bilion”, ujarnya.
BKK22 yang dianjurkan selama tiga hari mulai 1 Julai hingga 3 Julai 2022 menyaksikan pelbagai program menarik seperti Forum Perdana Koperasi 100 Tahun, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pameran korporat dan perkhidmatan agensi, jualan perkhidmatan produk koperasi dan jualan harga patut. Beliau berharap penghargaan yang diberikan terhadap gerakan koperasi dan kejayaan yang dicapai dalam tempoh satu abad penubuhannya dapat menyuntik semangat dan tenaga baharu kepada keluarga koperasi agar terus berusaha demi meningkatkan kecemerlangan koperasi.
Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar. KUSKOP, Tan Sri Noh Omar.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus komited untuk memastikan gerakan koperasi di Malaysia lebih berdaya maju dan berupaya menjadi penyumbang yang lebih berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menyedari akan pentingnya sumbangan gerakan koperasi dalam membangunkan sosioekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, gerakan koperasi telah dikenal pasti sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan progresif. Demikian menurut Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap dalam Majlis Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 (BKK22) di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur, pada 2 Julai 2022. Menurut beliau, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh gerakan koperasi dalam tempoh 100 tahun melalui sumbangan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara iaitu membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang keusahawanan serta mengurangkan
Jualan barangan keperluan asas oleh ANGKASA menjadi antara tarikan utama pengunjung sepanjang BKK22.
Aktiviti jualan makanan oleh rangkaian food truck turut mendapat sambutan pengunjung.
Pemeriksaan kesihatan dan derma darah turut kesihatan dan derma darah turut dianjurkan.
Dari Meja Presiden
usaha dan kesungguhan kepada pembangunan koperasi sejak mula diperkenalkan 100 tahun yang lalu. BKK juga adalah salah satu pendekatan strategik bagi membantu meluaskan lagi ekosistem koperasi sebagai pusat penyatuan dan pembangunan sosioekonomi anggota serta masyarakat. Justeru, marilah sama-sama kita meraikan BKK dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Banyak program menarik yang telah dan akan disediakan terutamanya melalui Hari Koperasi Negara 2022 (HKN 2022) yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2022. Semoga BKK memberi ingatan yang bermakna kepada kita semua serta dapat menyumbang lebih banyak input berguna untuk masa depan yang lebih lestari.
Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) yang disambut setiap Julai merupakan simbol penghargaan kepada seluruh warga koperasi yang telah banyak membantu menjayakan agenda koperasi. Selain dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bersifat harmoni, BKK juga turut menjadi platform penganjuran pelbagai majlis penganugerahan, perkongsian dan pemerkasaan ekonomi koperasi. BKK pada tahun ini lebih bermakna kerana serentak dengan Sambutan 100 Tahun Koperasi di Malaysia. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan kerajaan terhadap gerakan koperasi. Tidak lupa juga kepada seluruh warga koperasi yang telah banyak memberikan idea,
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4
BKK: Platform Iktiraf Sumbangan Koperasi
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Menyingkap sejarah sambutan di peringkat antarabangsa, sambutan perayaan Hari Koperasi Antarabangsa adalah antara inisiatif bersama oleh International Co-operative Alliance (ICA) dan wakil- wakil Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Koperasi dalam gerakan koperasi. Sambutan Hari Koperasi Antarabangsa telah bermula sejak tahun 1923 lagi oleh ICA dengan memilih hari Sabtu minggu pertama bulan Julai sebagai tarikh sambutannya. Pada 16 Disember 1992, Perhimpunan Agung PBB mula mengiktiraf hari tersebut melalui ketetapan Resolusi 47/90 dan menetapkan hari Sabtu minggu pertama pada bulan Julai 1995 sebagai Hari Koperasi Antarabangsa yang juga menandakan usia seratus tahun penubuhan ICA’. Pelbagai aktiviti dan program koperasi telah diadakan bagi memeriahkan bulan tersebut dan di Malaysia, ANGKASA telah memperkenalkan pertandingan Koperasi Jogging (KOPJOG) pada tahun 1980 sebagai salah satu acara bagi memeriahkan sambutan Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa Ke-58 dengan hasrat menjadikannya sebagai sukan tahunan koperasi. Seterusnya pada 1993, Lumba Jalan Kaki ANGKASA (KOPWOK) telah dianjurkan bagi menggantikan KOPJOG. KOPWOK menjadi acara sukan tahunan koperasi yang menyaksikan Yang Dipertua ANGKASA, YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz turut mengambil bahagian dalam kategori lelaki senior veteran. Pada 21 Julai 2002 menyaksikan YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz menerima anugerah Tokoh Koperasi Negara, iaitu satu-satunya penerima anugerah tertinggi bagi koperator Malaysia sempena Hari Koperasi Negara (HKN) yang diadakan buat julung kali di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi. Selaras dengan peranan ANGKASA memajukan gerakan koperasi di Malaysia melalui pengembangan nilai dan prinsip koperasi selain menjayakan banyak aktiviti berkaitan pembangunan ekonomi bersama koperasi, ANGKASA turut meraih satu anugerah khas semasa HKN tersebut. Perjalanan 100 tahun bukanlah merupakan tempoh yang singkat dan gerakan koperasi harus melalui pelbagai evolusi dan transformasi untuk menempa kejayaan pada hari ini. Diharapkan gerakan koperasi terus bergerak secara bersepadu dan lebih berdaya saing menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumber: PELANCAR September 1980: 5; PELANCAR Oktober 1991: 21-22; PELANCAR September 2002: 5-6
Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa Ke-57 Peringkat Nasional dan Persidangan Kebangsaan ANGKASA Ke-3 pada 14 Julai 1979.
Hari Koperasi Antarabangsa Ke-62 Peringkat Kebangsaan 1984 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Musa Hitam.
Sambutan Hari Koperasi Antarabangsa Ke-63 Peringkat Kebangsaan dan Persidangan Kebangsaan Ke-6 ANGKASA pada 3 Ogos 1985.
YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz menerima Anugerah Tokoh Koperasi Negara (HKN) pada 21 Julai 2002 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Acara KOPWOK pada sambutan Hari Koperasi Negara di Kelana Jaya.
5 ANGKASA
JULAI 2022
Peluang Kakitangan Awam Bayar Melalui Potongan Gaji ANGKASA Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menandatangani plak perasmian Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia di Hotel Marriot Putrajaya.
Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan membuat gimik perasmian Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan Pengerusi A Tech Insure Sdn. Bhd, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Insure Sdn Bhd. ANGKASA akan berperanan sebagai salah satu platform ' Payment Gateway ' untuk pelanggan membuat bayaran melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA," ujar beliau. Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia di Putrajaya pada 1 Julai 2022. Skim tersebut yang dijual secara dalam talian melalui MyEzyCover.com menawarkan perkhidmatan takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah sehingga 10 bulan menerusi potongan gaji oleh ANGKASA. Kakitangan awam yang layak akan berpeluang untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah dengan tiga pilihan pembayaran ansuran iaitu pelan pembayaran tertunda tiga bulan, enam bulan atau 10 bulan dengan caj faedah / keuntungan sifar atau tanpa sebarang caj tambahan. Berasaskan kepada ansuran bulanan serendah RM50 sebulan, Skim MyEzyCover.com diyakini dapat membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan lain.
Pembaharuan polisi juga boleh dibuat secara dalam talian dan boleh diakses pada bila-bila masa. Aplikasi digital dan kemudahan yang dikelolakan oleh MyEzyCover.com akan diperluas kelak kepada pelanggan yang lain seperti pesara, golongan OKU dan sektor swasta terpilih selari dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan Murugan; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi A Tech Insure Sdn. Bhd, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed; Ketua Eksekutif Perkeso, Dato' Sri Dr. Mohammed Azman; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Faudzi Mt Din dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.
Penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia. Skim yang dilaksanakan secara patuh syariah itu melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. (ATECH). Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, program tersebut akan dapat membantu penjawat awam seluruh negara dengan memberi peluang kepada mereka untuk membeli atau memperbaharui takaful insurans kenderaan secara ansuran tanpa dikenakan sebarang faedah. "Program pembiayaan ini dibawakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui kerjasama strategik bersama PERKESO, ANGKASA dan ATech
6 ANGKASA
JULAI 2022
Platform Terbaik Terap Jiwa Koperasi kepada Generasi Muda Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah
Oleh RAHMAT MOHD DID
Seramai 118 peserta dari sekolah seluruh Malaysia telah menyertai Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama ANGKASA, serta sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di ibu pejabat IKMa pada 7 Julai 2022. Programyangmembawatema‘Koperasi Sekolah Sebagai Pemangkin Pemimpin Generasi Muda Koperasi’ itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar. Beliau memuji inisiatif penganjuran pertandingan pidato tersebut yang dijadikan sebagai pendekatan terbaik mempromosi sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia, khususnya terhadap generasi muda. Usaha tersebut secara tidak langsung dapat menjadi platform terbaik dalam usaha untuk menerapkan jiwa koperasi kepada golongan muda. “Program sebegini juga dapat memupuk minat dan semangat berkoperasi dalam kalangan pelajar sekolah sekali gus mengetengahkan bakat generasi muda sebagai pelapis pembangunan negara melalui pembinaan keyakinan dan keterampilan diri di samping memperluas pengetahuan mereka dalam bidang koperasi. Pentas berprestij ini berupaya menjentik minda khalayak global tentang pentingnya berkoperasi yang juga saling
berkait rapat dengan sektor keusahawanan. Ini dapat dijadikan landasan oleh semua peserta untuk berkongsi idea kritis, terutamanya bagi memperkasakan sektor koperasi dalam kalangan generasi muda,” jelasnya. Dalam pertandingan tersebut, Adik Erika Maisara Roslan daripada Koperasi MRSM Parit Berhad telah berjaya menduduki tempat pertama. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta sijil dan trofi. Naib Johan dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Adik Izzah Athirah Mhd Idris daripada Koperasi SAM Bestari Subang Jaya Selangor Berhad dan Adik Umashanchita P.P Chandran daripada Koperasi SMK Shahbandaraya Klang Berhad. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil dan trofi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi IKMa, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan; Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Harun; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Tan Sri Noh Haji Omar merasmikan program.
Tan Sri Noh Haji Omar dan dif kehormat bersama para pemenang.
Tan Sri Noh Haji Omar bersama para jemputan dan wakil koperasi sekolah.
7 ANGKASA
JULAI 2022
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ANGKASA Jayakan Program ' Go Green Penanaman Pokok'
Tunku Soraya turut menanam anak pokok jenis Merbau di satu tapak yang disediakan di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dengan kerjasama ANGKASA dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah menjayakan program ' Go Green Penanaman Pokok' sempena Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-57, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tahun 2022 pada 27 Jun 2022 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh Melaka. Program tersebut yang berlangsung di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka telah disempurnakan perasmiannya oleh DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa hadir mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan turut bersama Tunku serta barisan jawatankuasa Pandu Puteri Malaysia menanam sejumlah 230 batang anak pokok jenis Merbau di kawasan tersebut. ANGKASA turut menaja 30 batang anak pokok jenis Merbau untuk program tersebut sebagai salah satu inisiatif menjayakan 'Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok' sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021- 2025. Wakil ANGKASA yang turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Tunku Soraya menerima cenderamata sumbangan ANGKASA berupa produk koperasi yang disampaikan oleh Dato' Haji Che Mohd Shukree.
8
Menteri KUSKOP Ketuai Delegasi Koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung ICA di Sepanyol
Delegasi ANGKASA bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar (tengah) dan isteri, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga ICA untuk penggal 2022 – 2026. Beliau turut dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM) International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO) dan dilantik sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Sektoral ICA untuk Koperasi Pengguna, Consumer Co-operatives Worldwide (CCW). Pada 19 Jun, ANGKASA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan koperasi terbaik di dunia, Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) untuk promosi baja ‘nano urea’ yang telah disaksikan oleh Tan Sri Noh. Pada 21 Jun, Tan Sri Noh telah diiringi oleh Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Tuan Yang Terutama, Dato’ Akmal Che Mustafa mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transformasi Digital Sepanyol, Nadia Calviño Santamaría. Pertemuan tersebut telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan kerjasama pelbagai bidang yang dijalin khususnya dalam pembangunan gerakan koperasi dan keusahawanan. Tan Sri Noh
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar mengetuai seramai 70 delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) 2022 di Seville, Sepanyol pada 19 hingga 22 Jun 2022. Sebanyak 312 buah koperasi dari 112 buah negara menyertai perhimpunan tersebut yang dihoskan oleh Spanish Confederation of Cooperatives of Associated Work (COCETA). Turut berlangsung adalah persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Cooperatives: The Moment is Now!’ Perhimpunan agung yang dihadiri oleh wakil daripada organisasi ahli ICA memiliki autoriti tertinggi untuk memilih Presiden dan 15 Ahli Lembaga serta mengesahkan pemilihan Naib Presiden, wakil jawatankuasa sektoraldanbelia.Perhimpunantersebutjuga menjadi medan utama untuk menggubal dan melaksanakan dasar mengenai isu-isu utama yang melibatkan ICA dan gerakan koperasi dunia serta meluluskan pelan strategik dan rangka kerja kewangan ICA.
dan delegasi Malaysia turut mengadakan pertemuan dengan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia di Madrid pada satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh kedutaan. Perhimpunan Agung ICA turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Tan Sri Noh.
9
9
Delegasi Koperasi Malaysia sertai Persidangan ‘Cooperatives: the Moment is Now!’
Menteri KUSKOP,Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan) dan isteri, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak (dua dari kanan) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menghadiri persidangan ‘ Cooperatives: the moment is now! ’.
Dari kiri Presiden ICA, Ariel Guarco; Presiden Cooperatives Europe , Susanne Westhausen; Datuk Bandar Seville, Antonio Muñoz dan Presiden COCETA, Luis Miguel Jurado.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Persidangan ‘Cooperatives: The Moment is Now!’ membuka tirai perhimpunan koperasi global yang untuk pertama kalinya diadakan secara fizikal pasca pandemik Covid-19 di Hotel Silken Al-Andalus, Seville, Sepanyol pada 20 Jun 2022. Dalam ucapannya, Datuk Bandar Seville, Antonio Muñoz mengalu-alukan kedatangan semua delegasi. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Naib Presiden Kedua & Menteri Buruh dan Ekonomi Sosial Sepanyol, Yolanda Díaz Pérez diikuti oleh ucapan Presiden Cooperatives Europe , Susanne Westhausen, dan akhirnya oleh Presiden ICA, Ariel Guarco dan Presiden COCETA, Luis Miguel Jurado. Persidangan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar dan isteri, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh serta delegasi koperasi Malaysia. Yolanda dalam ucapannya memberi tumpuan terhadap kuasa transformasi yang dimiliki oleh gerakan koperasi dalam menyumbangkan usaha mengurangkan jurang ketidaksamaan, menyediakan pekerjaan yang baik ( decent work ) dan melestarikan alam sekitar. Katanya, asas koperasi yang mementingkan kerjasama dan mempunyai pendekatan berpaksikan penglibatan masyarakat, wawasan jangka panjang,
Sesi dialog kedua yang mengulas mengenai cabaran masa hadapan gerakan koperasi melibatkan Naib Presiden COCETA, Malena Ríudavets (dua dari kanan) sebagai moderator.
BERSAMBUNG DI MUKA 10
Delegasi ANGKASA mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Elektif ICA dengan mengangkat kad mengundi.
Tan Sri Noh Haji Omar bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transformasi Digital Sepanyol, Nadia Calviño Santamaría. (Sumber gambar: Facebook Tan Sri Noh Haji Omar)
Pengerusi COOP Ukraine , Illia Gorokhovskyi (kiri).
10
Delegasi koperasi Malaysia.
Kepimpinan tertinggi ICA.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Ahli Lembaga ICA yang lain.
hubungan langsung dengan wilayah serta tadbir urus yang demokratik membuktikan gerakan tersebut adalah model teladan terhadap pembangunan mampan selaras dengan Agenda 2030. Sementara itu, Ariel dalam ucapannya berkata, lebih daripada satu bilion anggota koperasi daripada tiga juta koperasi di seluruh dunia merupakan produk yang dihasilkan daripada sikap optimis untuk saling bekerjasama dan kesedaran bahawa setiap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan menerusi penglibatan masyarakat setempat. Beliau berkata, model perniagaan koperasi yang efektif mampu menyediakan pekerjaan yang baik, menambah peluang pekerjaan dalam kalangan komuniti dan membina persekitaran yang inklusif dan mampan.
Sesi dialog pertama yang membincangkan keadaan gerakan koperasi dunia pada masa kini yang menampilkan Presiden Basque Country Cooperatives Federation (KONFEKOOP), Rosa Lavin (tengah) sebagai moderator.
Sesi Dialog Persidangan diteruskan dengan sesi dialog yang membincangkan keadaan gerakan koperasi dunia pada masa kini. Sesi dialog itu menampilkan Presiden Basque Country Cooperatives Federation (KONFEKOOP), Rosa Lavin sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada Ketua Pengarah Self-Employment, the Social Economy and the Social Responsibility of Companies of the Government of Spain , Maravillas Espín; Presiden International Organisation of Industrial and Service Cooperatives (CICOPA), Iñigo Albizuri; Presiden Social Economy Eruope , Juan Antonio Pedreño dan Presiden International Health Cooperative Organisation (IHCO), Carlos Zarco. Sesi dialog kedua yang mengulas mengenai cabaran masa hadapan gerakan koperasi melibatkan Naib Presiden COCETA, Malena Ríudavets sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada Presiden ICA-Americas , Graciela Fernández; Presiden Mondragon Congress , Leire Mugerza dan Prof. Madya Trebor Scholz dari The New School, New York.
Tan Sri Noh dan delegasi koperasi Malaysia bergambar bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia yang diketuai oleh Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Tuan Yang Terutama, Dato’ Akmal Che Mustafa (berdiri tujuh dari kanan) serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia di Madrid.
Presiden Coop France , Jean-Louis Bancel beramah mesra bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Co-operative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bersama Ariel Guarco.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Presiden ICA, Ariel Guarco.
11
Ahli Lembaga ICA Perhimpunan Agung Elektif ICA pula telah menyaksikan Ariel Guarco dipilih semula sebagai Presiden ICA dengan memenangi sebanyak 445 daripada 780 undian, menewaskan Ketua Pegawai Eksekutif Business Council of Co-operatives and Mutuals dari Australia , Melina Morrison (164 undian) dan Presiden Coop France, Jean-Louis Bancel (160 undian). Perhimpunan agung yang telah disertai oleh lebih 400 pemimpin koperasi mewakili 246 buah koperasi dari 81 buah negara itu juga telah memberikan ruang kepada Pengerusi COOP Ukraine , Illia Gorokhovskyi untuk berkongsi mengenai situasi gerakan koperasi di negara tersebut yang sedang menghadapi konflik berterusan dengan Rusia dan menyeru sokongan delegasi dalam mendepani krisis tersebut.
Lembaga ICA
Presiden
Ariel Guarco 1. High Chief Oriyomi Ayeola ( ICA Africa )
2. Chandrapal Singh Yadav ( ICA – Asia and Pacific ) 3. Susanne Westhausen ( Cooperatives Europe ) 4. Graciela Fernández ( Cooperativas de las Américas ) 1. Dr. Carlos Zarco ( International Health Cooperative Organisation ) 2. Blase Lambert ( Cooperative Housing International ) 3. Sung-hee Lee ( International Cooperative Fisheries Organisation ) 4. Shaun Tarbuck (International Cooperative and Mutual Insurance Federation )
Naib Presiden
Wakil Jawatankuasa Sektoral Global
1. Márcio Lopes De Freitas (Brazil) 2. Krasimir Ignatov (Bulgaria) 3. Alexandra Wilson (Kanada) 4. Zhenhong Cai (China) 5. María Eugenia Pérez Zea (Colombia) 6. Marjaana Saarikoski (Finland) 7. Aditya Yadav (India) 8. Bahman Abdollahi (Iran) 9. Attilio Dadda (Italy) 10. Toru Nakaya (Jepun) 11. George Magutu Mwangi (Kenya) 12. Kamarudin Ismail (Malaysia) 13. Iñigo Albizuri Landazabal (Sepanyol) 14. Ben Reid (United Kingdom) 15. Martin Lowery (Amerika Syarikat)
Ariel Guarco bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak (dua dari kiri) dan Puan Suzana Alias (kanan sekali) serta Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, Hajah Noorizan Abd Latif.
Ahli Besar ( Members At-Large )
Wakil Belia
Ana Aguirre
Pengerusi Jawatankuasa Kesaksamaan Gender
Xiomara Nuñez de Céspedes
Dari kiri Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin; Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Pengerusi JPAN Melaka, Haji Ab Rahim Md. Tawel dan Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd. Rosli Haji Basri.
Delegasi ANGKASA bersama delegasi koperasi antarabangsa.
12
ANGKASA dan IFFCO Meterai Kerjasama dalam Pengimportan Baja ‘Nano Urea’
Sesi pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA yang diwakili oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dengan IFFCO yang diwakili oleh Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar (baris hadapan dua dari kanan) dan Pengurus Besar IFFCO, Mr. Tarun Barghava.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana tiada komponen kimia digunakan dalam pembuatan baja tersebut,” ujar beliau. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata usaha ANGKASA menjalinkan kerjasama dengan IFFCO adalah sesuai dengan tanggungjawab yang termaktub dalam Aspirasi Koperasi Malaysia
ANGKASA memorandum persefahaman (MoU) dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) untuk membantu koperasi di Malaysia mendapatkan bekalan baja ‘nano urea’ dan baja mikronutrien daripada koperasi terbaik dunia itu. telah memeterai MoU tersebut telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar pada 19 Jun 2022 di Seville, Sepanyol. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar yang menyaksikan pemeteraian MoU itu berkata, kerjasama antara ANGKASA dengan pengeluar baja terbesar di India tersebut akan membantu pengusaha pertanian khususnya koperasi dan menjayakan usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian. Tambah beliau, usaha ANGKASA juga selaras dengan salah satu objektif yang terkandung di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) iaitu meningkatkan hasil pengeluaran serta kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti. “ANGKASA bersetuju untuk mengimport baja keluaran IFFCO dan mengadakan ujian awal penggunaannya di tanah pertanian yang telah dikenal pasti. Pihak IFFCO telah memberi jaminan bahawa penggunaan baja ‘nano urea’ akan membantu
Tan Sri Noh dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang bersama Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar.
iaitu menyatukan dan mewakili koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar; Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani; Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengurus Besar IFFCO, Mr. Tarun Barghava.
“Kerjasama itu adalah permulaan kepada lebih banyak peluang kolaborasi antara IFFCO dengan bukan sahaja ANGKASA, malah koperasi lain di Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya industri pertanian dan asas tani serta perladangan,” jelas beliau. Sepanjang 55 tahun penubuhannya, IFFCO telah muncul sebagai salah satu koperasi yang mempunyai prestasi cemerlang di India dan pada masa yang sama, kekal dengan objektifnya untuk memperkasakan masyarakat luar bandar di negara itu.
13
Pemilihan Wakil Malaysia dalam Badan Induk Koperasi Global Satu Pengiktirafan – Tan Sri Noh Dato’ Kamarudin dipilih semula sebagai Ahli Lembaga ICA
M enteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin yang telah dipilih semula sebagai Ahli Lembaga ICA untuk penggal 2022-2026.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan meraih sebanyak 397 undi pada pemilihan untuk 15 Ahli Besar (Members At-Large) ICA yang telah diadakan pada Perhimpunan Agung Elektif pertubuhan tersebut di Seville pada 20 Jun 2022. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, pemilihan semula anak jati Melaka itu di peringkat global merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan untuk gerakan koperasi negara. “Kejayaan ini (pemilihan Dato’ Haji Kamarudin) menunjukkan Malaysia telah berjaya melahirkan tokoh koperasi di peringkat antarabangsa dan dengan adanya rakyat kita dalam barisan kepimpinan ICA, saya melihat wujudnya ‘jambatan’ yang dapat menghubungkan koperasi di Malaysia dengan koperasi luar negara,” tambah beliau.
Dato’ Haji Kamarudin berbual mesra dengan Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation (NACF), Korea merangkap Presiden International Cooperative Agricultural Organisation (ICAO), Sung-hee Lee.
Dato’ Haji Kamarudin berucap pada mesyuarat Consumer Co-operative Worldwide (CCW) yang telah diadakan pada 19 Jun 2022.
Dato’ Haji Kamarudin sebagai pemeriksa (surveyor) untuk pemilihan Presiden dan Naib Presiden CCW.
Dato’ Haji Kamarudin berbual dengan Pengerusi COOP Ukraine , Illia Gorokhovskyi.
14
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA yang merupakan anggota tetap ICA sejak tahun 1972 sentiasa memainkan peranan aktif di peringkat global. Usaha tersebut telah memudahkan jalinan kerjasama antara koperasi tempatan dengan koperasi luar negara, membuka peluang untuk koperasi meneroka sektor baharu serta meluaskan jaringan perniagaan sekali gus membolehkan mereka menempatkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran terbuka. “ANGKASA akan terus giat mempromosikan model koperasi sekolah, koperasi kariah masjid, ekosistem kewangan Islam dan produk halal untuk diadaptasi oleh koperasi luar negara. Kami juga komited untuk menyediakan barisan pelapis koperasi bagi memastikan kesinambungan kepimpinan masa hadapan dengan meningkatkan penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan melalui koperasi sekolah dan koperasi institut pengajian tinggi,” katanya. Sementara itu, Dato’ Haji Kamarudin memanjatkan rasa syukur terhadap pemilihan semula beliau sebagai Ahli Lembaga ICA dan Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM) International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO). Beliau juga turut dilantik sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Sektoral (Global), Consumer Co-operative Worldwide (CCW). Antara matlamat utama beliau adalah untuk memberikan sumbangan yang lebih signifikan dalam usaha ICA meluaskan lagi pemahaman identiti koperasi khususnya terhadap golongan belia. “Saya percaya apabila generasi muda mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai identiti, nilai dan prinsip koperasi, mereka akan lebih fokus ke arah menjadikan koperasi sebagai wadah utama untuk meningkatkan peluang pekerjaan, mengawal kos sara hidup dan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya,” tambah beliau. Selain itu, pembangunan dan pencapaian koperasi sekolah akan sentiasa menjadi agenda utama yang akan dikongsi dan diketengahkan dalam kalangan negara anggota ICA.
Jawatankuasa Eksekutif CCW yang diketuai oleh Presidennya, Prof. Peter Stefanov yang merupakan Presiden Central Cooperative Union , Bulgaria (enam dari kanan).
Barisan kepimpinan ICA.
15
CHI Lulus Tiga Pindaan Undang-undang Kecil
Mantan Presiden Co-operative Housing International (CHI), Anders Lago.
Mesyuarat CHI di Seville pada 21 Jun 2022.
TigapindaanUndang-UndangKecil Co- operative Housing International (CHI) telah diperakukan semasa mesyuarat organisasi sektor berkenaan pada 21 Jun 2022 di Seville, Sepanyol. Antara pindaan tersebut adalah komposisi Lembaga Pengarah CHI yang bertambah daripada 12 orang (tiga ahli jawatankuasa eksekutif dan sembilan Ahli Lembaga Pengarah) kepada 15 orang (tiga Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan 12 Ahli Lembaga Pengarah). Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Bendahari. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden CHI, Anders Lago dari Sweden turut disertai oleh Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Ahli Lembaga CHI, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau juga merupakan satu-satunya Ahli Lembaga yang mewakili rantau Asia Pasifik. Dua pindaan lain adalah perwakilan Sektor CHI boleh diwakili oleh Presiden, Naib Presiden atau mana-mana Ahli Lembaga Pengarah. Ahli Lembaga Pengarah pula boleh dilantik semula sehingga empat (4) Oleh DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga Co-operative Housing International (CHI)
penggal dengan pemilihan maksimum selama 16 tahun berturut-turut. Guido Schwarzendahl dari Jerman telah dipilih sebagai Presiden CHI yang baharu menggantikan Anders Lago, manakala Christian Bengtzelius (Sweden) dan Hans Rupp (Switzerland) masing-masing telah dipilih sebagai Naib Presiden dan Bendahari. Seramai 12 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dipilih iaitu dari Austria, Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Cameroon, Jerman, Mesir, Norway, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Mesyuarat turut membincangkan beberapa agenda penting termasuk laporan aktiviti dan pencapaian ahli, laporan kewangan, pelan strategik jangka panjang untuk memperkasakan sektor perumahan serta status keahlian semasa. CHI mempunyai perancangan untuk menganjurkan beberapa aktiviti antaranya 2nd International Symposium on Coop Housing di Zürich dan Student Housing Coop Convening: Zürich & Geneva pada bulan September 2022 serta International Conference for Coop Housing: Cairo pada Oktober 2022. CHI juga turut merancang untuk menganjurkan kursus khas mengenai perumahan koperasi yang akan melibatkan belia dari seluruh dunia.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga CHI, Datuk Mohamad Ali Hasan bersama Guido Schwarzendahl (dua dari kanan) yang telah dipilih sebagai Presiden CHI yang baharu.
Blase Lambert (tiga dari kanan), wakil organisasi sektoral ICA.
16 KOPERASI
JULAI 2022
Pemenang Tempat Kedua Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022
Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) KOYAQIN Prihatin Terhadap Keperluan Harian Anggota dan Masyarakat Setempat di SS7
Bangunan KOYAQIN mula diduduki oleh KOYAQIN pada 1 Januari 2022.
Pengerusi KOYAQIN, Datuk Lamien Sawiyo menunjukkan sijil dan trofi yang diterima oleh KOYAQIN untuk tempat kedua bagi Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
kami namakannya ‘Yaqinmart’," ujar beliau mengenai titik permulaan koperasi tersebut menceburi bidang peruncitan. Menurut mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu, permintaan barangan keperluan harian yang semakin meningkat dan prestasi yang memberangsangkan memberi keyakinan kepada kepimpinan koperasi untuk membina sebuah bangunan serba guna pertama milik mereka. “Pada awal tahun 2021, SKM telah meluluskan permohonan bantuan sebanyak RM200 ribu untuk kami membina sebuah bangunan serba guna yang menempatkan Yaqinmart, stor menyimpan bahan makanan sejuk beku dan ruang pejabat koperasi,” tambah beliau. Hasil pendapatan Yaqinmart juga meningkat kepada RM484 ribu pada
Ayam sejuk beku jenama ‘YAQIN’ yang mula diedarkan oleh Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) pada Mei 2022 menunjukkan koperasi tersebut memahami dan prihatin terhadap keperluan harian anggota serta masyarakat setempat di SS7, Petaling Jaya. Pengerusi KOYAQIN, Datuk Lamien Sawiyo berkata, pencapaian yang dikecapi oleh koperasi itu sejak ditubuhkan pada 2015 bermula dengan pembukaan sebuah kedai runcit yang diberi nama ‘Yaqinmart’ hasil daripada sokongan padu daripada anggotanya. “Dua bulan sebaik sahaja didaftarkan pada Oktober 2015, kami terus memulakan perniagaan kedai runcit dengan menumpang di satu sudut bahagian belakang masjid dan
Produk ayam sejuk beku edaran KOYAQIN.
17 KOPERASI
JULAI 2022
Pemenang Tempat Kedua Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022
tahun 2020 berbanding RM196 ribu pada tahun sebelumnya berikutan Pandemik COVID-19 yang menjadikan kedai tersebut sebagai tumpuan anggota dan penduduk setempat untuk membeli barangan keperluan asas. KOYAQIN turut memastikan anggotanya yang berbelanja di kedai koperasi menerima faedah dalam bentuk baucar sebagai galakan untuk mereka terus menyokong aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. “Anggota yang mempunyai modal syer yang tinggi sudah pasti akan mendapat pulangan yang tinggi, walaupun mereka tidak membeli di Yaqinmart tetapi koperasi bukanlah tempat untuk melabur. Justeru, cara kami menggalak anggota untuk berbelanja di kedai koperasi adalah dengan memberi baucar,” kata Datuk Lamien. Aktiviti penyelenggaraan dan pembaikan surau, masjid, rumah dan bangunan yang dijalankan oleh Unit Pembinaan KOYAQIN (Yaqin Bina) turut merekodkan prestasi yang cemerlang. Pada tahun 2020, Yaqin Bina telah dapat menyiapkan tempahan kerja bernilai RM304 ribu, walaupun terdapat kekangan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, Datuk Lamien berkata pihaknya mahu meluaskan pasaran produk koperasi ke seluruh kawasan Kelana Jaya dan Lembah Klang.
KOYAQIN mengedar produk minyak masak di bawah mengedar produk minyak masak di bawah jenama ‘YAQIN’ pada awal tahun 2021.
Air mineral keluaran KOYAQIN.
Masjid Nurul Yaqin, Jalan SS 7/8, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. kkoyaqin7@gmail.com @YaqinMart 2015 Peruncitan, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan, catering serta perkhidmatan perjalanan dan pelancongan. Alamat: E-mel: Facebook: Tarikh ditubuhkan: Aktiviti : Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN)
Ruang dalam Yaqinmart.
Pelbagai produk sejuk beku dijual untuk keperluan anggota dan penduduk setempat.
Yaqinmart menyediakan perkhidmatan menghantar pesanan barangan keperluan harian yang dibuat oleh pelanggan terus ke rumah mereka.
18 ANGKASA
JULAI 2022
Koperasi Malaysia Digalak Teroka Pasaran Halal di Kemboja
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (duduk, empat dari kanan) bersama Oknha Datuk Othsman Hassan (duduk, tengah).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
bantuan daripada beberapa buah koperasi kariah masjid di Malaysia yang akan memberi tunjuk ajar selain berkongsi pengalaman mereka dalam berkoperasi sebagai panduan kepada 10 buah masjid tersebut. Beliau turut berharap supaya kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 dapat menyuarakan perkara berkenaan dalam usaha memperkukuh kedudukan gerakan koperasi di rantau tersebut sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi sektor kerajaan dan swasta melalui AEC Council. “ AEC Blueprint edisi 2015 hanya menyentuh mengenai peranan gerakan koperasi dalam Sektor Pertanian sedangkan gerakan itu turut mencakupi sektor lain. AEC Blueprint edisi 2025 pula tidak menyentuh penglibatan atau peranan sektor koperasi sebagai salah satu sektor penyumbang ekonomi seperti yang dimainkan oleh dua sektor lain (kerajaan dan swasta),” ujar beliau. Turut hadir dalam sesi pertemuan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Co-operative Housing International, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 30 Jun 2022. Datuk Othsman yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Kemboja menyambut baik usaha yang digerakkan oleh ACO dan ANGKASA untuk membantu komuniti Islam di negara itu yang mempunyai lebih 800 ribu orang. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Kemboja baru sahaja menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal. Beliau berharap supaya koperasi di Malaysia dapat mengambil peluang meneroka pasaran produk makanan dan minuman halal di Kemboja. Kedua-dua pemimpin itu juga turut menyentuh pelbagai perkara termasuk rancangan membangunkan sosioekonomi komuniti di Kemboja khususnya komuniti Muslim melalui model koperasi kariah masjid dan mengiktiraf peranan Sektor Koperasi dalam ASEAN Economic Community (AEC) Blueprint 2025 . Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA telah mengenal pasti 10 buah masjid di Kemboja yang berpotensi untuk menubuhkan koperasi kariah masjid. Katanya, usaha itu juga akan turut melibatkan
Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan cenderamata berupa produk makanan keluaran koperasi kepada Oknha Datuk Othsman.
Sesi pertemuan antara ANGKASA dengan Oknha Datuk Othsman.
19 ANGKASA
JULAI 2022
KDSM Anjur Konsep Niaga Produk Mesra Alam
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat hasil seni kraftangan yang dipamerkan. (Sumber gambar: Facebook Istana Negara)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan merasmikan pameran ‘Back to Nature’ yang telah diadakan pada 19 Jun 2022 di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. (Sumber gambar: Facebook Istana Negara)
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah beramah mesra dengan pelajar yang menyertai pameran. (Sumber gambar: Facebook Istana Negara)
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Dye dan Eco Printing kelolaan koperasi tersebut dapat memberikan kemahiran dan peluang keusahawanan kepada anggota koperasi untuk menjana pendapatan secara berterusan melalui konsep perniagaan yang berkaitan dengan produk mesra alam. Katanya, teknik Natural Dye dan Eco Printing merupakan satu teknik untuk mengolah dan mencorakkan fabrik
Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad (KDSM) bersama rakan strategiknya iaitu Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dan Mostwell Sdn. Bhd. telah menganjurkan pameran ‘Back to Nature’ yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al- Haj pada 19 Jun 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Koperasi tersebut yang mula ditubuhkan pada tahun 2009 dengan keanggotaan berjumlah hampir enam ribu mempunyai kepakaran dalam bidang seni jahitan kreatif dan seni fabrik termasuk bidang pembuatan pakaian, aksesori fesyen, kraf tangan dan soft toy , perhiasan dalaman rumah dan upcycling . KDSM yang digerakkan dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dan Mostwell Sdn. Bhd., di mana The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) berperanan sebagai platform pemasaran bagi membantu memasarkan produk mereka. Setiausaha KDSM, Puan Siew Fang berkata, program Kemahiran Seni Jahitan Kreatif, Natural
dengan menggunakan bahan semulajadi daripada tumbuhan seperti daun, bunga, batang dan akar. Menerusinya juga, peserta boleh mencorakkan fabrik mereka mengikut kreativiti sendiri dengan menggunakan pewarna dan corak semulajadi yang diekstrak daripada tumbuhan dan boleh menghasilkan fabrik dengan warna dan corak yang mereka inginkan. “Setiap hasil produk adalah sangat unik dan
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik bersama isteri, Datin Dr. Norasiah Mohd Mansor serta Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Puan Che Al-Mahera Che Ibrahim (kanan sekali) dan Ahli JPAN Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Che. Maslina Usop (dua dari kanan) melawat gerai pameran KDSM.
istimewa kerana cuma satu-satunya di dunia, handmade dan mesra alam. Peserta juga boleh belajar cara menjahit beg dengan menggunakan kain yang diwarnakan dan dicorakkan oleh mereka sendiri," ujar beliau. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program
berlangsung seperti pameran, bengkel dan reruai jualan. KDSM juga turut mempamerkan hasil karya produk Natural Dye dan Eco Printing selain demo penghasilan fabrik eco print . Semua peserta yang menyertai kursus tersebut berpeluang menyertai platform The Tunku Azizah Handmade Market . Selain membuka gerai jualan, The Tunku Azizah Handmade Market juga mempunyai versi dalam talian yang boleh dilayari dalam www. sewingworld.com.my.
Demontrasi diadakan supaya pengunjung memahami proses penghasilan produk dari alam sekitar.
Pengunjung tertarik dan berpeluang membeli hasil seni produk yang dihasilkan.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease