10
Delegasi koperasi Malaysia.
Kepimpinan tertinggi ICA.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Ahli Lembaga ICA yang lain.
hubungan langsung dengan wilayah serta tadbir urus yang demokratik membuktikan gerakan tersebut adalah model teladan terhadap pembangunan mampan selaras dengan Agenda 2030. Sementara itu, Ariel dalam ucapannya berkata, lebih daripada satu bilion anggota koperasi daripada tiga juta koperasi di seluruh dunia merupakan produk yang dihasilkan daripada sikap optimis untuk saling bekerjasama dan kesedaran bahawa setiap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan menerusi penglibatan masyarakat setempat. Beliau berkata, model perniagaan koperasi yang efektif mampu menyediakan pekerjaan yang baik, menambah peluang pekerjaan dalam kalangan komuniti dan membina persekitaran yang inklusif dan mampan.
Sesi dialog pertama yang membincangkan keadaan gerakan koperasi dunia pada masa kini yang menampilkan Presiden Basque Country Cooperatives Federation (KONFEKOOP), Rosa Lavin (tengah) sebagai moderator.
Sesi Dialog Persidangan diteruskan dengan sesi dialog yang membincangkan keadaan gerakan koperasi dunia pada masa kini. Sesi dialog itu menampilkan Presiden Basque Country Cooperatives Federation (KONFEKOOP), Rosa Lavin sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada Ketua Pengarah Self-Employment, the Social Economy and the Social Responsibility of Companies of the Government of Spain , Maravillas Espín; Presiden International Organisation of Industrial and Service Cooperatives (CICOPA), Iñigo Albizuri; Presiden Social Economy Eruope , Juan Antonio Pedreño dan Presiden International Health Cooperative Organisation (IHCO), Carlos Zarco. Sesi dialog kedua yang mengulas mengenai cabaran masa hadapan gerakan koperasi melibatkan Naib Presiden COCETA, Malena Ríudavets sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada Presiden ICA-Americas , Graciela Fernández; Presiden Mondragon Congress , Leire Mugerza dan Prof. Madya Trebor Scholz dari The New School, New York.
Tan Sri Noh dan delegasi koperasi Malaysia bergambar bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia yang diketuai oleh Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Tuan Yang Terutama, Dato’ Akmal Che Mustafa (berdiri tujuh dari kanan) serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia di Madrid.
Presiden Coop France , Jean-Louis Bancel beramah mesra bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Co-operative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bersama Ariel Guarco.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Presiden ICA, Ariel Guarco.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease