WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2022

12

ANGKASA dan IFFCO Meterai Kerjasama dalam Pengimportan Baja ‘Nano Urea’

Sesi pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA yang diwakili oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dengan IFFCO yang diwakili oleh Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar (baris hadapan dua dari kanan) dan Pengurus Besar IFFCO, Mr. Tarun Barghava.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana tiada komponen kimia digunakan dalam pembuatan baja tersebut,” ujar beliau. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata usaha ANGKASA menjalinkan kerjasama dengan IFFCO adalah sesuai dengan tanggungjawab yang termaktub dalam Aspirasi Koperasi Malaysia

ANGKASA memorandum persefahaman (MoU) dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) untuk membantu koperasi di Malaysia mendapatkan bekalan baja ‘nano urea’ dan baja mikronutrien daripada koperasi terbaik dunia itu. telah memeterai MoU tersebut telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar pada 19 Jun 2022 di Seville, Sepanyol. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar yang menyaksikan pemeteraian MoU itu berkata, kerjasama antara ANGKASA dengan pengeluar baja terbesar di India tersebut akan membantu pengusaha pertanian khususnya koperasi dan menjayakan usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian. Tambah beliau, usaha ANGKASA juga selaras dengan salah satu objektif yang terkandung di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) iaitu meningkatkan hasil pengeluaran serta kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti. “ANGKASA bersetuju untuk mengimport baja keluaran IFFCO dan mengadakan ujian awal penggunaannya di tanah pertanian yang telah dikenal pasti. Pihak IFFCO telah memberi jaminan bahawa penggunaan baja ‘nano urea’ akan membantu

Tan Sri Noh dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang bersama Pengarah (Pemasaran) IFFCO, Mr. Yogendra Kumar.

iaitu menyatukan dan mewakili koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar; Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani; Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengurus Besar IFFCO, Mr. Tarun Barghava.

“Kerjasama itu adalah permulaan kepada lebih banyak peluang kolaborasi antara IFFCO dengan bukan sahaja ANGKASA, malah koperasi lain di Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya industri pertanian dan asas tani serta perladangan,” jelas beliau. Sepanjang 55 tahun penubuhannya, IFFCO telah muncul sebagai salah satu koperasi yang mempunyai prestasi cemerlang di India dan pada masa yang sama, kekal dengan objektifnya untuk memperkasakan masyarakat luar bandar di negara itu.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease