13
Pemilihan Wakil Malaysia dalam Badan Induk Koperasi Global Satu Pengiktirafan – Tan Sri Noh Dato’ Kamarudin dipilih semula sebagai Ahli Lembaga ICA
M enteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin yang telah dipilih semula sebagai Ahli Lembaga ICA untuk penggal 2022-2026.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan meraih sebanyak 397 undi pada pemilihan untuk 15 Ahli Besar (Members At-Large) ICA yang telah diadakan pada Perhimpunan Agung Elektif pertubuhan tersebut di Seville pada 20 Jun 2022. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, pemilihan semula anak jati Melaka itu di peringkat global merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan untuk gerakan koperasi negara. “Kejayaan ini (pemilihan Dato’ Haji Kamarudin) menunjukkan Malaysia telah berjaya melahirkan tokoh koperasi di peringkat antarabangsa dan dengan adanya rakyat kita dalam barisan kepimpinan ICA, saya melihat wujudnya ‘jambatan’ yang dapat menghubungkan koperasi di Malaysia dengan koperasi luar negara,” tambah beliau.
Dato’ Haji Kamarudin berbual mesra dengan Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation (NACF), Korea merangkap Presiden International Cooperative Agricultural Organisation (ICAO), Sung-hee Lee.
Dato’ Haji Kamarudin berucap pada mesyuarat Consumer Co-operative Worldwide (CCW) yang telah diadakan pada 19 Jun 2022.
Dato’ Haji Kamarudin sebagai pemeriksa (surveyor) untuk pemilihan Presiden dan Naib Presiden CCW.
Dato’ Haji Kamarudin berbual dengan Pengerusi COOP Ukraine , Illia Gorokhovskyi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease