14
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA yang merupakan anggota tetap ICA sejak tahun 1972 sentiasa memainkan peranan aktif di peringkat global. Usaha tersebut telah memudahkan jalinan kerjasama antara koperasi tempatan dengan koperasi luar negara, membuka peluang untuk koperasi meneroka sektor baharu serta meluaskan jaringan perniagaan sekali gus membolehkan mereka menempatkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran terbuka. “ANGKASA akan terus giat mempromosikan model koperasi sekolah, koperasi kariah masjid, ekosistem kewangan Islam dan produk halal untuk diadaptasi oleh koperasi luar negara. Kami juga komited untuk menyediakan barisan pelapis koperasi bagi memastikan kesinambungan kepimpinan masa hadapan dengan meningkatkan penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan melalui koperasi sekolah dan koperasi institut pengajian tinggi,” katanya. Sementara itu, Dato’ Haji Kamarudin memanjatkan rasa syukur terhadap pemilihan semula beliau sebagai Ahli Lembaga ICA dan Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM) International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO). Beliau juga turut dilantik sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Sektoral (Global), Consumer Co-operative Worldwide (CCW). Antara matlamat utama beliau adalah untuk memberikan sumbangan yang lebih signifikan dalam usaha ICA meluaskan lagi pemahaman identiti koperasi khususnya terhadap golongan belia. “Saya percaya apabila generasi muda mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai identiti, nilai dan prinsip koperasi, mereka akan lebih fokus ke arah menjadikan koperasi sebagai wadah utama untuk meningkatkan peluang pekerjaan, mengawal kos sara hidup dan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya,” tambah beliau. Selain itu, pembangunan dan pencapaian koperasi sekolah akan sentiasa menjadi agenda utama yang akan dikongsi dan diketengahkan dalam kalangan negara anggota ICA.
Jawatankuasa Eksekutif CCW yang diketuai oleh Presidennya, Prof. Peter Stefanov yang merupakan Presiden Central Cooperative Union , Bulgaria (enam dari kanan).
Barisan kepimpinan ICA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease