15
CHI Lulus Tiga Pindaan Undang-undang Kecil
Mantan Presiden Co-operative Housing International (CHI), Anders Lago.
Mesyuarat CHI di Seville pada 21 Jun 2022.
TigapindaanUndang-UndangKecil Co- operative Housing International (CHI) telah diperakukan semasa mesyuarat organisasi sektor berkenaan pada 21 Jun 2022 di Seville, Sepanyol. Antara pindaan tersebut adalah komposisi Lembaga Pengarah CHI yang bertambah daripada 12 orang (tiga ahli jawatankuasa eksekutif dan sembilan Ahli Lembaga Pengarah) kepada 15 orang (tiga Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan 12 Ahli Lembaga Pengarah). Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Bendahari. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden CHI, Anders Lago dari Sweden turut disertai oleh Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Ahli Lembaga CHI, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau juga merupakan satu-satunya Ahli Lembaga yang mewakili rantau Asia Pasifik. Dua pindaan lain adalah perwakilan Sektor CHI boleh diwakili oleh Presiden, Naib Presiden atau mana-mana Ahli Lembaga Pengarah. Ahli Lembaga Pengarah pula boleh dilantik semula sehingga empat (4) Oleh DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga Co-operative Housing International (CHI)
penggal dengan pemilihan maksimum selama 16 tahun berturut-turut. Guido Schwarzendahl dari Jerman telah dipilih sebagai Presiden CHI yang baharu menggantikan Anders Lago, manakala Christian Bengtzelius (Sweden) dan Hans Rupp (Switzerland) masing-masing telah dipilih sebagai Naib Presiden dan Bendahari. Seramai 12 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dipilih iaitu dari Austria, Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Cameroon, Jerman, Mesir, Norway, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Mesyuarat turut membincangkan beberapa agenda penting termasuk laporan aktiviti dan pencapaian ahli, laporan kewangan, pelan strategik jangka panjang untuk memperkasakan sektor perumahan serta status keahlian semasa. CHI mempunyai perancangan untuk menganjurkan beberapa aktiviti antaranya 2nd International Symposium on Coop Housing di Zürich dan Student Housing Coop Convening: Zürich & Geneva pada bulan September 2022 serta International Conference for Coop Housing: Cairo pada Oktober 2022. CHI juga turut merancang untuk menganjurkan kursus khas mengenai perumahan koperasi yang akan melibatkan belia dari seluruh dunia.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga CHI, Datuk Mohamad Ali Hasan bersama Guido Schwarzendahl (dua dari kanan) yang telah dipilih sebagai Presiden CHI yang baharu.
Blase Lambert (tiga dari kanan), wakil organisasi sektoral ICA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease