WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2022

16 KOPERASI

JULAI 2022

Pemenang Tempat Kedua Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022

Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) KOYAQIN Prihatin Terhadap Keperluan Harian Anggota dan Masyarakat Setempat di SS7

Bangunan KOYAQIN mula diduduki oleh KOYAQIN pada 1 Januari 2022.

Pengerusi KOYAQIN, Datuk Lamien Sawiyo menunjukkan sijil dan trofi yang diterima oleh KOYAQIN untuk tempat kedua bagi Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

kami namakannya ‘Yaqinmart’," ujar beliau mengenai titik permulaan koperasi tersebut menceburi bidang peruncitan. Menurut mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu, permintaan barangan keperluan harian yang semakin meningkat dan prestasi yang memberangsangkan memberi keyakinan kepada kepimpinan koperasi untuk membina sebuah bangunan serba guna pertama milik mereka. “Pada awal tahun 2021, SKM telah meluluskan permohonan bantuan sebanyak RM200 ribu untuk kami membina sebuah bangunan serba guna yang menempatkan Yaqinmart, stor menyimpan bahan makanan sejuk beku dan ruang pejabat koperasi,” tambah beliau. Hasil pendapatan Yaqinmart juga meningkat kepada RM484 ribu pada

Ayam sejuk beku jenama ‘YAQIN’ yang mula diedarkan oleh Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) pada Mei 2022 menunjukkan koperasi tersebut memahami dan prihatin terhadap keperluan harian anggota serta masyarakat setempat di SS7, Petaling Jaya. Pengerusi KOYAQIN, Datuk Lamien Sawiyo berkata, pencapaian yang dikecapi oleh koperasi itu sejak ditubuhkan pada 2015 bermula dengan pembukaan sebuah kedai runcit yang diberi nama ‘Yaqinmart’ hasil daripada sokongan padu daripada anggotanya. “Dua bulan sebaik sahaja didaftarkan pada Oktober 2015, kami terus memulakan perniagaan kedai runcit dengan menumpang di satu sudut bahagian belakang masjid dan

Produk ayam sejuk beku edaran KOYAQIN.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease