3
Gerakan Koperasi Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi Negara
kos sara hidup rakyat melalui program yang dianjurkan KUSKOP dan agensinya. Sehubungan itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), peranan gerakan koperasi akan dimanfaatkan dan peluang akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan kepada gerakan koperasi akan dipertingkatkan. “Bagi tujuan tersebut, kerajaan optimis gerakan koperasi mampu membantu negara mencapai matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) iaitu Malaysia menjadi Negara Keusahawanan Unggul Menjelang 2030 dengan pendapatan koperasi bernilai RM100 bilion”, ujarnya.
BKK22 yang dianjurkan selama tiga hari mulai 1 Julai hingga 3 Julai 2022 menyaksikan pelbagai program menarik seperti Forum Perdana Koperasi 100 Tahun, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pameran korporat dan perkhidmatan agensi, jualan perkhidmatan produk koperasi dan jualan harga patut. Beliau berharap penghargaan yang diberikan terhadap gerakan koperasi dan kejayaan yang dicapai dalam tempoh satu abad penubuhannya dapat menyuntik semangat dan tenaga baharu kepada keluarga koperasi agar terus berusaha demi meningkatkan kecemerlangan koperasi.
Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar. KUSKOP, Tan Sri Noh Omar.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus komited untuk memastikan gerakan koperasi di Malaysia lebih berdaya maju dan berupaya menjadi penyumbang yang lebih berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menyedari akan pentingnya sumbangan gerakan koperasi dalam membangunkan sosioekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, gerakan koperasi telah dikenal pasti sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan progresif. Demikian menurut Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap dalam Majlis Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 (BKK22) di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur, pada 2 Julai 2022. Menurut beliau, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh gerakan koperasi dalam tempoh 100 tahun melalui sumbangan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara iaitu membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang keusahawanan serta mengurangkan
Jualan barangan keperluan asas oleh ANGKASA menjadi antara tarikan utama pengunjung sepanjang BKK22.
Aktiviti jualan makanan oleh rangkaian food truck turut mendapat sambutan pengunjung.
Pemeriksaan kesihatan dan derma darah turut kesihatan dan derma darah turut dianjurkan.
Dari Meja Presiden
usaha dan kesungguhan kepada pembangunan koperasi sejak mula diperkenalkan 100 tahun yang lalu. BKK juga adalah salah satu pendekatan strategik bagi membantu meluaskan lagi ekosistem koperasi sebagai pusat penyatuan dan pembangunan sosioekonomi anggota serta masyarakat. Justeru, marilah sama-sama kita meraikan BKK dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Banyak program menarik yang telah dan akan disediakan terutamanya melalui Hari Koperasi Negara 2022 (HKN 2022) yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2022. Semoga BKK memberi ingatan yang bermakna kepada kita semua serta dapat menyumbang lebih banyak input berguna untuk masa depan yang lebih lestari.
Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) yang disambut setiap Julai merupakan simbol penghargaan kepada seluruh warga koperasi yang telah banyak membantu menjayakan agenda koperasi. Selain dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bersifat harmoni, BKK juga turut menjadi platform penganjuran pelbagai majlis penganugerahan, perkongsian dan pemerkasaan ekonomi koperasi. BKK pada tahun ini lebih bermakna kerana serentak dengan Sambutan 100 Tahun Koperasi di Malaysia. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan kerajaan terhadap gerakan koperasi. Tidak lupa juga kepada seluruh warga koperasi yang telah banyak memberikan idea,
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease