WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2022

6 ANGKASA

JULAI 2022

Platform Terbaik Terap Jiwa Koperasi kepada Generasi Muda Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah

Oleh RAHMAT MOHD DID

Seramai 118 peserta dari sekolah seluruh Malaysia telah menyertai Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama ANGKASA, serta sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di ibu pejabat IKMa pada 7 Julai 2022. Programyangmembawatema‘Koperasi Sekolah Sebagai Pemangkin Pemimpin Generasi Muda Koperasi’ itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar. Beliau memuji inisiatif penganjuran pertandingan pidato tersebut yang dijadikan sebagai pendekatan terbaik mempromosi sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia, khususnya terhadap generasi muda. Usaha tersebut secara tidak langsung dapat menjadi platform terbaik dalam usaha untuk menerapkan jiwa koperasi kepada golongan muda. “Program sebegini juga dapat memupuk minat dan semangat berkoperasi dalam kalangan pelajar sekolah sekali gus mengetengahkan bakat generasi muda sebagai pelapis pembangunan negara melalui pembinaan keyakinan dan keterampilan diri di samping memperluas pengetahuan mereka dalam bidang koperasi. Pentas berprestij ini berupaya menjentik minda khalayak global tentang pentingnya berkoperasi yang juga saling

berkait rapat dengan sektor keusahawanan. Ini dapat dijadikan landasan oleh semua peserta untuk berkongsi idea kritis, terutamanya bagi memperkasakan sektor koperasi dalam kalangan generasi muda,” jelasnya. Dalam pertandingan tersebut, Adik Erika Maisara Roslan daripada Koperasi MRSM Parit Berhad telah berjaya menduduki tempat pertama. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta sijil dan trofi. Naib Johan dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Adik Izzah Athirah Mhd Idris daripada Koperasi SAM Bestari Subang Jaya Selangor Berhad dan Adik Umashanchita P.P Chandran daripada Koperasi SMK Shahbandaraya Klang Berhad. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil dan trofi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi IKMa, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan; Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Harun; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Tan Sri Noh Haji Omar merasmikan program.

Tan Sri Noh Haji Omar dan dif kehormat bersama para pemenang.

Tan Sri Noh Haji Omar bersama para jemputan dan wakil koperasi sekolah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease