8
Menteri KUSKOP Ketuai Delegasi Koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung ICA di Sepanyol
Delegasi ANGKASA bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar (tengah) dan isteri, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga ICA untuk penggal 2022 – 2026. Beliau turut dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM) International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO) dan dilantik sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Sektoral ICA untuk Koperasi Pengguna, Consumer Co-operatives Worldwide (CCW). Pada 19 Jun, ANGKASA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan koperasi terbaik di dunia, Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) untuk promosi baja ‘nano urea’ yang telah disaksikan oleh Tan Sri Noh. Pada 21 Jun, Tan Sri Noh telah diiringi oleh Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Tuan Yang Terutama, Dato’ Akmal Che Mustafa mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Transformasi Digital Sepanyol, Nadia Calviño Santamaría. Pertemuan tersebut telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan kerjasama pelbagai bidang yang dijalin khususnya dalam pembangunan gerakan koperasi dan keusahawanan. Tan Sri Noh
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar mengetuai seramai 70 delegasi koperasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) 2022 di Seville, Sepanyol pada 19 hingga 22 Jun 2022. Sebanyak 312 buah koperasi dari 112 buah negara menyertai perhimpunan tersebut yang dihoskan oleh Spanish Confederation of Cooperatives of Associated Work (COCETA). Turut berlangsung adalah persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Cooperatives: The Moment is Now!’ Perhimpunan agung yang dihadiri oleh wakil daripada organisasi ahli ICA memiliki autoriti tertinggi untuk memilih Presiden dan 15 Ahli Lembaga serta mengesahkan pemilihan Naib Presiden, wakil jawatankuasa sektoraldanbelia.Perhimpunantersebutjuga menjadi medan utama untuk menggubal dan melaksanakan dasar mengenai isu-isu utama yang melibatkan ICA dan gerakan koperasi dunia serta meluluskan pelan strategik dan rangka kerja kewangan ICA.
dan delegasi Malaysia turut mengadakan pertemuan dengan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia serta rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia di Madrid pada satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh kedutaan. Perhimpunan Agung ICA turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Tan Sri Noh.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease