OKTOBER 2022 JILID: WP04 /10
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Koperasi Sekolah Ejen Pemasaran Produk
Tan Sri Noh (tengah), Dato' Mohd Ali (kiri) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kanan) berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas.
Katanya, banyak inovasi perkhidmatan dan produk koperasi sekolah yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa namun masih belum berjaya dipasarkan secara lebih menyeluruh dan meluas. Beliau berharap setiap koperasi sekolah dapat memainkan peranan dengan saling berhubung antara satu sama lain demi kelestarian koperasi sekolah. Tan Sri Noh juga turut mencadangkan penubuhan Federasi Koperasi Sekolah sebagai tambahan kepada enam (6) federasi sedia ada. Katanya, cadangan tersebut dirasakan penting kerana faktor bilangan koperasi sekolah yang kini mencapai 2,463 buah dengan keanggotaan hampir dua juta orang.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Koperasi sekolah boleh berperanan sebagai ejen pemasaran dan jualan kepada produk koperasi sekolah lain sebagai salah satu kaedah terbaik membantu mempromosikan produk koperasi sekolah. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar berkata, pendekatan tersebut sangat baik dan selari dengan konsep 'Keluarga Malaysia'
yang saling membantu antara koperasi sekali gus meningkatkan perolehan koperasi.
BERSAMBUNG DI MUKA 2
Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar.
ANGKASA
2
OKTOBER 2022
DARI MUKA 1
Menerusi federasi tersebut katanya, koperasi sekolah akan dapat diletakkan di bawah satu gabungan sekali gus membolehkan anggota lembaga bersama-sama membangunkan koperasi sekolah secara lebih seimbang dan akhirnya dapat melahirkan generasi pelajar yang lebih cemerlang dalam bidang koperasi dan keusahawanan. Beliau juga turut mencadangkan kepada semua koperasi sekolah agar membuka
COOPMART dan menjual barangan asas kepada masyarakat sekitar sebagai langkah meningkatkan pendapatan koperasi. Tan Sri Noh berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Kuiz Perdana Koperasi, Karnival Keusahawanan Koperasi dan Pameran STEM/TVET di SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor pada 23 Ogos 2022. Majlis anjuran Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor dengan kerjasama KUSKOP
dan IKMa itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Azuan Mohd Nawawi; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Pengarah SKM Negeri Selangor, Tuan Rozdeen Mohd Jaafar; Pengetua SMK Pengkalan Permatang, Encik Halim Omar dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Tan Sri Noh mengunjungi gerai jualan makanan yang dikendalikan pelajar.
Tan Sri Noh mendengar penerangan produk yang dihasilkan oleh pelajar melalui projek kemahiran mereka.
Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Muat Turun Aplikasi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
ANGKASA
3
OKTOBER 2022
Kerjasama ANGKASA dan KPDNHEP Perkasa Sektor Peruncitan, Hapus Peranan ‘Orang Tengah’
Wakil ANGKASA diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengadakan pertemuan dengan ANGKASA diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman di Putrajaya.
Perbincangan antara Datuk Azman dengan Datuk Seri Dr. Abdul antara Datuk Azman dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Oleh RAHMAT MOHD DID
“Isu monopoli dalam pasaran harus dikurangkan dan semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing. Melalui kerjasama seumpama ini, kita yakin kualiti hidup dan kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dalam masa terdekat,” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah pula menjelaskan, melalui Projek BA100 dan kedai Jimat Shop yang digerakkan ANGKASA, telah membolehkan koperasi khususnya di luar bandar mendapat manfaat. “Sehingga kini, sebanyak 1,200 koperasi berdaftar melibatkan 700 outlet koperasi aktif menjalankan Projek BA100 dan Jimat Shop ANGKASA dan ANGKASA menyasarkan 3,000 kedai koperasi melibatkan diri dalam projek tersebut. “ANGKASA juga menyasarkan setiap kedai koperasi meningkatkan jumlah pelanggan kepada 500 hingga 1,000 orang setiap bulan bagi mendapatkan perolehan yang tinggi,” jelasnya. Beliau seterusnya menyatakan, ANGKASA juga mengalu-alukan saranan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menggabungkan kedai koperasi dan kedai runcit dibawah satu jenama iaitu Kedai Keluarga Malaysia. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Kanan Sektor Perdagangan dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bekerjasama dengan ANGKASA menyelesaikan isu kenaikan harga barangan melalui inisiatif Projek Barangan Asas 100 (BA100) dan Jimat Shop. Kerjasama ini dipersetujui menerusi pertemuan antara Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof di Putrajaya, pada 28 September 2022. Perbincangan menyentuh mengenai mekanisme terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan koperasi mendapat bekalan barangan asas dengan harga lebih murah dan menjualnya dengan harga berpatutan kepada rakyat, lebih-lebih lagi anggota koperasi. Menurut Datuk Azman, KPDNHEP akan menubuhkan satu jawatankuasa yang memberi fokus kepada usaha tersebut dan menegaskan bahawa usaha menangani isu kenaikan harga barangan perlu digerakkan secara bersama antara kerajaan, agensi, sektor koperasi dan sektor swasta.
KPDNHEP, Dato' Rohaizi Bahari; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata Buku 50 Tahun ANGKASA kepada Datuk Azman.
Dari Meja Presiden
Industri digitalisasi yang wujud pada ketika ini merupakan peluang kepada gerakan koperasi untuk mengadaptasi landskap ekonomi baharu yang menuntut kepada perubahan cara kerja dan operasi yang lebih berinovasi. Dalam hal ini, koperasi boleh mengetengahkan bakat dan tenaga generasi muda agar keperluan koperasi lebih dilihat berdaya inovatif dalam aktiviti perniagaan yang mana manfaatnya dapat disumbangkan semula kepada koperasi. Justeru, ANGKASA menyarankan golongan belia
Cabaran kos sara hidup merupakan isu nasional dan adalah menjadi tanggungjawab koperasi mengamalkan Prinsip Koperasi Ketiga iaitu Penglibatan Ekonomi oleh Anggota bagi melengkapi keperluan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar kini. Selaras dengan peranan sektor koperasi sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi, koperasi perlu lebih bersifat proaktif dalam menggerakkan sektor ekonomi seterusnya menjadi pemangkin kepada kelestarian sosioekonomi masyarakat dan negara. Usaha ini perlu diperhebat melalui agenda pemerkasaan koperasi sebagai sektor yang dapat membantu ekonomi rakyat, selari dengan pendekatan yang disaran kerajaan.
diketengahkan dalam pengurusan koperasi bagi menarik minat lebih ramai penyertaan golongan ini memimpin dan menguruskan koperasi kerana idea dan tenaga mereka amat diperlukan bagi memastikan gerakan koperasi terus kekal dan relevan merentasi zaman.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4 ANGKASA
OKTOBER 2022
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Hayati Erti Kemerdekaan
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Katanya, semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam menghayati dan menghargai kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun dan Sambutan Hari Malaysia 2022 yang Ke-59. Menurut beliau, tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bertepatan dengan falsafah dan prinsip koperasi yang berteraskan kebersamaan, bersatu hati dan keprihatinan. Jadikan ANGKASA sebuah organisasi yang teguh, maju dan berdaya saing. “Semangat ini harus disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan warga ANGKASA dan gerakan koperasi, dalam usaha menyejahterakan kehidupan masyarakat, mendepani cabaran kos sara hidup dan ekonomi negara.
Usaha ini diharapkan dapat menerapkan elemen semangat dan perpaduan sebagai rakyat Malaysia dalam membantu satu sama lain,” ujar beliau. Selain mengibarkan Jalur Gemilang, cara lain untuk membuktikan cinta terhadap negara termasuklah dengan pengamalan nilai-nilai murni dalam diri, bekerjasama dan mengamalkan toleransi serta mendukung segala inisiatif ANGKASA dan kerajaan untuk gerakan koperasi. Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan pertandingan kereta dan motosikal berhias serta pakaian beragam yang diperagakan oleh kakitangan ANGKASA.
Setiap organisasi perlu mengambil peluang untuk mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan dan membangkitkan kesedaran kakitangan masing-masing dan masyarakat setempat mengenai erti kemerdekaan. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran ANGKASA yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 1 September 2022.
Johan Pakaian Beragam iaitu Encik Azizul Zaman Haji Mohd Pakaian Beragam iaitu Encik Azizul Zaman Haji Mohd Mokhtar dan Hajah Mastura Mat Zan bergaya dengan replika cek masing-masing.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memasang bendera Malaysia pada sebuah kereta berhias.
5 ANGKASA
OKTOBER 2022
Perarakan kereta dan motor berhias ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran ANGKASA.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah meraikan pemenang.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menampal mesej erti kemerdekaan. Seri Dr. Abdul Fattah menampal mesej erti kemerdekaan.
Peserta pakaian beragam bergambar bersama para juri.
Jualan barangan asas BA100 ANGKASA mendapat sambutan kakitangan ANGKASA dan komuniti setempat.
Peserta kereta berhias dan para juri bergambar bersama kenderaan masing-masing.
6 ANGKASA
OKTOBER 2022
ANGKASA Anjur Kempen Derma Darah COOPCARE
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022, ANGKASA mengadakan kerjasama dengan Pusat Darah Negara menganjurkan Kempen Derma Darah COOPCARE bagi menyokong usaha menampung keperluan bekalan darah negara. Seramai 70 warga ANGKASA dan koperasi yang telah menderma darah menerima baucer bernilai RM50 untuk ditebus guna di outlet Coop Farmasi ANGKASA selain sijil penghargaan, bekalan makanan dan minuman. Kempen Derma Darah yang diadakan secara tahunan oleh ANGKASA sejak tahun 2018 itu dianjurkan atas dasar memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan amalan tolong-menolong bagi membantu golongan yang memerlukan.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin menyantuni salah seorang penderma darah.
Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah.
Penderma darah menerima sijil penghargaan.
Sebahagian daripada penderma darah.
Majlis Berkhatan Perkukuh Tanggungjawab Sosial
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
tanggungjawab sosial antara pelbagai pihak dan masyarakat dapat dibentuk dan selaras dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. Program tersebut dikendalikan oleh Dr. Basmullah Yusof daripada Home Khatan Service . Para peserta program juga diberikan botol air dan bunga telur sebagai cenderamata daripada pihak KESUKA. Hadir sama meraikan program tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Haji Abdul Rahim Abdul Rahman.
Program yang melibatkan tanggung– jawab sosial korporat (CSR) merupakan antara elemen atau usaha persatuan atau badan korporat untuk menzahirkan keberadaan organisasi tersebut terhadap persekitaran dan masyarakat. Justeru, ANGKASA sentiasa menitikberatkan program berbentuk kemasyarakatan. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berucap demikian pada Program Jom Berkhatan anjuran Kesatuan Kakitangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (KESUKA) yang berlangsung di Dewan Dato’ Ali Baharum, Wisma Ungku A, Aziz, Kelana Jaya pada 2 September 2022. Secara peribadi, beliau memandang penting terhadap penganjuran program CSR kerana menerusinya,
Kanak-kanak diraikan dalam Program Jom Berkhatan oleh ANGKASA.
7 ANGKASA
OKTOBER 2022
Ekspedisi Gunung Stong Kolaborasi ANGKASA-SKM-IKMa Cipta Kejayaan
Peserta ekspedisi bergambar di Puncak Gunung Stong.
Dato' Haji Che Mohd Shukree (tengah) bersama peserta ekspedisi yang selamat tiba di Resort Jelawang.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Ekspedisi
mendaki Dabong,
Gunung
Stong, Kelantan yang melibatkan 34 peserta kolaborasi warga kerja ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mencipta kejayaan apabila kumpulan di tersebut selamat tiba di kaki gunung (Resort Jelawang) pada 16 September 2022. Kesemua mereka selamat tiba di kaki Gunung Stong tersebut pada jam 1.40 petang sempena Hari Malaysia dan disambut oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah dan anggota jawatankuasa JPAN Kelantan. Ekspedisi selama tiga hari yang bermula pada 14 hingga 16 September 2022, bermula dengan pendakian dari Resort Jelawang pada 14 September 2022 (Rabu) pada jam 2.00 petang dan tiba tiga jam kemudian di Kem Baha ( Base Camp ) yang berada di puncak Air Terjun Jelawang. Pada keesokannya (15 September 2022), para pendaki meneruskan misi pendakian ke puncak Gunung Stong pada jam 9.30 pagi dan tiba di puncak gunung pada jam 5.30 petang, sekali gus melengkapkan misi ekspedisi iaitu mengibarkan bendera Malaysia, bendera 100 Tahun Koperasi dan bendera ANGKASA.
Peserta ekspedisi menanam pokok spesis Merawan sebagai tanda sokongan menjayakan Program Prihatin Sejuta Pokok ANGKASA.
Peserta melakukan pendakian di tebing sungai.
Misi tersebut turut menjayakan penanaman sebatang anak pokok jenis Merawan, iaitu spesis pokok balak sebagai simbol sokongan menjayakan Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA pada ketinggian 1,442 meter dari aras laut. Hari ketiga iaitu pada 16 September 2022, para pendaki mula bergerak turun dari Kem Baha ( Base Camp ) pada jam 11.30 pagi dan tiba di Resort Jelawang pada jam 1.40 petang Ekspedisi Mendaki Gunung Stong tersebut melibatkan penyertaan seramai 24 orang warga kerja ANGKASA, SKM dan IKMa iaitu masing-masing seramai lima orang adalah anjuran ANGKASA melalui Kelab Sukan dan Kebajikan ANGKASA (KESKA)
bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA dan 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia. Mengikut rekod, ekspedisi tersebut adalah kali kedua anjuran ANGKASA selepas pendakian ke Gunung Tahan pada 2017 lalu. Peserta mengibarkan bendera 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia dan bendera Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA di Puncak Gunung Stong.
8 ANGKASA
OKTOBER 2022
Sumbang Saran Perkukuh Kerjasama Tangani Isu Sekuriti Makanan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama ahli Kumpulan Pemikir ANGKASA bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Seri Dr. Abdul Fattah bersama ahli Kumpulan Pemikir ANGKASA bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Alias Hamzah (secara dalam talian); Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Samsudin dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin serta barisan pengurusan ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha untuk memperkukuh kerjasama antara gerakan koperasi khususnya dalam menangani isu keselamatan makanan negara, langkah dan strategi bersesuaian bagi memastikan rantaian bekalan stabil, model bersesuaian yang bakal digunakan bagi memastikan rantaian usahasama dan kolaborasi nilai bekalan makanan seluruh negara dikuasai sepenuhnya oleh sektor koperasi. Sesi tersebut adalah susulan respon daripada surat arahan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bertarikh 29 Julai 2022 yang mernyarankan agar ANGKASA mengetuai misi dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk jabatan/ agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) merealisasikan agenda negara dalam merancang strategi berkesan dan memainkan peranan signifikan dalam memperkasakan agenda sekuriti makanan negara.
Sumbang Saran untuk menyediakan ‘ Legal Framework ANGKASA dalam Program Jihad Memerangi Orang Tengah’ dan ‘Aspirasi Kesejahteraan Keluarga Malaysia dan Food Security ’ bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 26 Ogos 2022. Sesi yang pertama kali diadakan secara hibrid itu diketuai Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Jawatankuasa Pemikir ANGKASA terdiri daripada Anggota Jawatankuasa Kumpulan Pemikir iaitu
Tan Sri Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, Datuk Sri Dr. Mohmad Isa Hussain dan Dr. Hajah Salmah Ishak. Turut sama dalam sesi tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Dr. Mohd Azlan Yahya (secara dalam talian); Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd
ANGKASA memainkan peranan proaktif dalam usaha sinergi gerakan koperasi negara ke arah meningkatkan sumber makanan terus dan kelangsungan sekuriti makanan ( Food Security ) berada pada tahap yang stabil. Usaha berkenaan juga diharap dapat memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi selain dapat bersama-sama kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup. Inisiatif ANGKASA secara ber– terusan ini direalisasikan melalui Sesi
Anggota Jawatankuasa Kumpulan Pemikir ANGKASA, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan dan Dr. Hajah Salmah Ishak Jawatankuasa Kumpulan Pemikir ANGKASA, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan dan Dr. Hajah Salmah Ishak mengutarakan pendapat dalam mesyuarat.
9 ANGKASA
OKTOBER 2022
Koperasi Sekolah Main Peranan Program Penghijauan Malaysia
Dato’ Haji Kamarudin meyampaikan ucapan perasmian.
Dato’ Haji Kamarudin menanam anak pokok laici di Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 30 Ogos 2022.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Pendedahan lebih awal terhadap pentingnya usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hutan perlu diberikan kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah. Justeru, koperasi sekolah di seluruh negara disaran untuk turut mengambil bahagian dalam program Penghijauan Malaysia: 'Koperasi Prihatin Sejuta Pokok' yang dilaksanakan oleh ANGKASA. Demikian saranan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dalam ucapan perasmian beliau pada Bengkel Training of Trainers (ToT) Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 30 Ogos 2022. Bengkel anjuran ANGKASA dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, UKM itu melibatkan seramai 72 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru dari 10 buah koperasi sekolah di sekitar Selangor, anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan kakitangan ANGKASA. Seramai 31 kakitangan ANGKASA turut terlibat sebagai jurulatih ( trainers ) dan sukarelawan CoopCare ANGKASA. “Saya berharap pelajar yang menyertai program ini (bengkel) dapat kongsikan ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan di sekolah manakala guru pula boleh cadangkan dengan Pengetua mengenai usaha menanam pokok dalam kawasan sekolah masing- masing,” ujar Dato’ Haji Kamarudin. Tambah beliau, bengkel tersebut yang terbahagi kepada tiga aktiviti utama iaitu mencari anak pokok liar, penanaman pokok dan pemantauan telah berjaya membuka mata dan minda peserta bahawa langkah untuk menjamin kelestarian hutan negara bermula daripada diri mereka sendiri. Beliau turut menyarankan mana- mana koperasi sekolah yang berminat
Guru dan pelajar dari Koperasi SMK Gombak Setia Berhad memegang anak pokok liar.
Pelajar dari Koperasi SAMT Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam Berhad melakukan pemantauan dengan mengukur tinggi pokok.
Anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia memasukkan tanah ke dalam polibeg yang berisi anak pokok liar.
untuk menjayakan program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok supaya menyertai Bengkel ToT yang akan dianjurkan oleh ANGKASA. Mereka juga boleh memanfaatkan modul ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’ yang diterbitkan oleh Institut Perubahan Iklim, UKM. Modul tersebut mengandungi tujuh bab yang merangkumi rujukan dan panduan umum mengenai fungsi dan kepentingan hutan; pengurusan, pemuliharaan dan penanaman pokok; pemantauan dan impak penanaman pokok serta peranan koperasi dalam pemuliharaan hutan. Hadir sama dalam program tersebut ialah Felo Utama Bersekutu Institut Perubahan Iklim, UKM, Prof. Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Encik Ainor Faiz Shuib; Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Khairul Anuar Abdul Azid; Presiden Koperasi UNIKEB Berhad, Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Haji Othman A. Karim dan Ketua Unit Taman Botani Bangi, Prof. Madya Dr. Noraini Talip. Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA dengan kerjasama Institut
Pelajar dari Koperasi SMK Bandar Rinching Semenyih Berhad menanam anak pokok berketinggian 9.1.5 cm - 122 cm.
Perubahan Iklim, UKM dan Yayasan Hijau Malaysia untuk menyokong dan menjayakan Program Penghijauan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2021. Melalui program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, ANGKASA komited untuk menanam sebanyak sejuta pokok menjelang tahun 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA di talian 03-7884 6446 atau e-melkan pertanyaan ke info@sejutapokok. coop.
97 Jemaah Sertai Program Sulung Coo
1
3
2
Oleh MOHD ZAKUAN AZ
4
Program Eksplorasi C yang dilancarkan oleh Mente dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Oma merealisasikan umrah dan ziarah per Program di bawah Sektor Pelanco (SPPDK) ANGKASA dengan kerjasama beberapa rakan strategik itu telah bera 24 September 2022. Jemaah yang mengikuti program sul seawal hari pertama (25 September Nabawi selain dibawa menziarahi tem yang diziarahi adalah seperti Masjid Q dan Bukit Malaikat di Badar, Jabal Rahm Muzium Al Amoudi. Selain aktiviti ziarah, program CoopU ilmu seperti tazkirah, qiamullail berjem mengambil bahagian. Aktiviti seperti re tambahan yang menarik minat peserta.
5
6
7
8
9
Dalam tempoh tersebut, perancangan telah disusun bagi manakala aktiviti COOPCARE iaitu sumbangan makanan k tersebut adalah daripada ANGKASA dengan kerjasama M Bhd. serta sedikit sumbangan daripada kalangan peserta pro Program CoopUmrah ANGKASA dilaksanakan dengan o koperasi supaya dapat bersama-sama menjana pendapatan diangkat sebagai salah satu program di bawah Projek Pem CEP). Sebagai permulaan, pakej CoopUmrah ANGKASA hany dengan tawaran harga pakej yang sangat berpatutan. ANG dan ziarah seterusnya kepada seluruh anggota koperasi p
10
11
12
KETERANGAN GAMBAR
7.
Menziarahi Bir Ar-Rauha.
16. 17.
9.
Peserta berpeluang membeli pelbagai barangan seperti pakaian dan sejadah sewaktu di Madinah.
1.
Majlis 'flag off' peserta CoopUmrah oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di KLIA.
10.
Menziarahi makam Para syuhada di Badar.
19.
2. & 8.
Peserta dibawa ziarah sekitar kawasan Masjid Nabawi.
11.
Peserta mengambil peluang mendaki Bukit Malaikat di Badar.
3.
Jemaah diberi ruang dan masa yang selesa sewaktu mengunjungi Raudhah.
20. & 22.
12.
Melawat kebun kurma.
4.
Ziarah di Masjid Quba'.
13.
Perjalanan menuju ke Mekah.
21.
5.
Ziarah Wida' dan menziarahi makam Rasulullah SAW sebelum bertolak ke Mekah. Peserta diberi penerangan mengenai kisah sejarah Perang Uhud sewaktu ziarah ke Bukit Uhud.
14. & 18.
Mengunjungi Muzium Al Amoudi di Hudaibiyah.
23 & 24.
15.
Program qiamullail berjemaah dan tazkirah di perkarangan Masjid Nabawi.
6.
opUmrah ANGKASA
13
14
15
16
ZMI
CoopUmrah ANGKASA eri Pembangunan Usahawan ar pada 30 Julai 2022 telah berjaya rtamanya melibatkan 97 peserta.
17
18
19
ongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan a MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. serta angkat ke tanah suci selama 12 hari bermula lung CoopUmrah ANGKASA memulakan aktiviti r 2022) di Madinah dengan beribadah di Masjid mpat-tempat bersejarah. Antara destinasi menarik Quba, Bukit Uhud, kebun kurma, makam pra syuhada mah, Muzdalifah, Jabal Thawr, Arafah, Bir Ar-Rauha dan Umrah ANGKASA juga turut diisi dengan pelbagai majlis maah, tahlil dan doa selamat khusus untuk jemaah yang ehlah dan mendaki ke Gua Hira juga menjadi antara aktiviti a. i membolehkan jemaah membuat umrah sebanyak tiga kali kepada masyarakat di Mekah turut dijayakan. Sumbangan MyANGKASA Amanah Berhad, MyANGKASA Holdings Sdn. ogram CoopUmrah ANGKASA. objektif untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kepada n sebagai rakan strategik. CoopUmrah ANGKASA juga akan merkasaan Koperasi ( Cooperative Empowerment Project – ya dibuka kepada warga kerja ANGKASA serta ahli keluarga GKASA merancang untuk membuka tawaran pakej umrah pada masa hadapan.
20
21
22
23
24
Ziarah ke Jabal Thawr. Umrah pertama yang bermula pukul 1 pagi dengan bimbingan Mutawif. Suasana dan menu menarik disediakan tiga kali sehari di Hotel Ruve, Madinah. Lebih 6 ribu pek berupa buah dan air minuman disumbangkan kepada orang ramai menerusi aktiviti COOPCARE di Mekah. Sesi bacaan yasin, tahlil, solat berjemaah, doa selamat dan aktiviti
Imbas kod QR untuk saksikan VIDEO LIPUTAN Program CoopUmrah ANGKASA (24 September 2022 - 5 Oktober 2022)
rehlah memenuhi malam peserta di Muzdalifah. Peserta merasai pengalaman mendaki Gua Hira'.
12
OKTOBER 2022
Reaksi Peserta CoopUmrah ANGKASA
Haji Abdul Rahim Abdul Rahman Tahniah kepada ANGKASA yang telah mencipta inovasi dalam memberikan faedah dan kebajikan kepada warga kerjanya melalui skim 'umrah dahulu, bayar kemudian'. Aktiviti berorientasikan 'Human Capital' ini mampu membina jati diri, sahsiah serta kerohanian yang lebih tinggi dalam kalangan warga kerja yang terlibat.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Saya merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta program pertama CoopUmrah ANGKASA. Program ini wajar dimanfaatkan bukan sahaja untuk warga kerja ANGKASA, malah akan dibuka kepada anggota koperasi dan kakitangan awam yang berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah. Program ini diharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan beberapa siri penambahbaikan mengikut kesesuaian bajet selain memilih tempat ziarah yang lebih menarik. ANGKASA juga mengalu-alukan penyertaan koperasi dalam program CoopUmrah ANGKASA ini dan pada masa yang sama berharap agar projek 'Tabung Umrah dan Ziarah' akan dapat direalisasikan oleh ANGKASA dalam masa terdekat.
Encik Arshad Jantan Terima kasih kepada program CoopUmrah ANGKASA yang telah banyak memberikan saya kemudahan baik dari segi penginapan, makanan dan pakej ziarah yang menarik. Cadangan penambahbaikan yang ingin saya nyatakan di sini adalah dari segi komunikasi agar dapat ditingkatkan lagi dalam program yang akan datang.
Mohamad Adib Mohamed Saat Alhamdulillah, dapat selesaikan ketiga-tiga umrah seperti yang dirancang walaupun perlu melalui jadual aktiviti ziarah yang padat. Setiap tempat yang diziarahi juga diisi dengan penerangan berorientasikan ilmu dan kisah sejarah perjalanan Rasulullah SAW dengan begitu jelas dikendalikan oleh mutawwif yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Puan Zaweyah Zakaria Program ini benar-benar
Puan Fadilah Harun Syukur Alhamdulillah, banyak tempat menarik yang diziarahi melalui program ini termasuk dapat menunaikan ibadah umrah dengan begitu lancar dan tenang. Saya berharap dapat menyertai program kedua CoopUmrah ANGKASA pada masa akan datang.
membantu dan memberi peluang kepada lebih ramai warga kerja serta anggota koperasi untuk menyertainya. Saya juga dapat merasai kelebihan pakej ziarah CoopUmrah ANGKASA ini jika dibandingkan dengan pakej oleh beberapa agensi umrah lain yang pernah saya ikuti sebelum ini.
Puan Syarifah Noor Anisah Ahmad Secara keseluruhanya, pakej yang ditawarkan melalui CoopUmrah ANGKASA ini begitu memuaskan. Saya bersama suami merasa begitu selesa dengan layanan, hotel, makanan dan pakej ziarah yang dikendalikan oleh pengurusan.
Puan Kartini Kemat Saya dan suami begitu teruja dengan pakej ziarah yang disediakan. Menariknya, kami dapat merasai sendiri pengalaman serta suasana di tempat-tempat tersebut yang selama ini kami didedahkan melalui pembacaan.
13 ANGKASA
OKTOBER 2022
Pelan Induk Digital ASEAN 2025 Tingkatkan Keupayaan Perniagaan Koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA menyampaikan ucapan perasmian Webinar Membudayakan Koperasi dalam Kalangan Belia ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama: 'Budaya Digital – Cabaran dan Implementasi dalam Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi'.
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Oleh WAN WAN ADLINA WAN AB AZIZ ADLINA WAN AB AZIZ
Pelan Induk Digital ASEAN 2025 membuka peluang dan potensi besar kepada sektor koperasi meningkatkan perkhidmatan digital dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan. Pelaksanaan pelan ini bakal menjadikan ASEAN sebagai blok peneraju komuniti dan ekonomi digital sekali gus memberi manfaat kepada koperasi negara ini meningkatkan kecekapan dan daya saing di peringkat negara dan ASEAN. Demikian inti pati ucapan perasmian Webinar Membudayakan Koperasi dalam Kalangan Belia ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama: 'Budaya Digital – Cabaran dan Implementasi dalam Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi' yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA pada 25 Ogos 2022 menerusi aplikasi Zoom Meeting. Menurut beliau, pelan tersebut dapat membantu negara ASEAN menjadi sebahagian daripada ekonomi digital yang sedang berkembang di rantau ini dianggarkan bernilai lebih USD$240 bilion dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Berdasarkan laporan daripada Temasik Holdings dan Bain & Co., merekodkan nilai ekonomi digital di rantau ASEAN berjumlah USD$100 bilion pada 2019 dan dijangka
Webinar menampilkan Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ts. Dr. Haji Saiful Farik Mat Yatin (kanan) dan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman (kiri).
meningkat kepada USD$300 bilion menjelang 2025. “Seiring dengan perkembangan ini, ANGKASA telah diberi kepercayaan membangunkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi melalui sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). “Di Malaysia, kadar penyertaan perniagaan dalam platform digital setakat 1 Mac hingga 31 Oktober 2020 merekodkan sebanyak 373,213 entiti perniagaan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kategori dalam talian dan dijangka akan terus menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa,” katanya. Webinar anjuran Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Keusahawanan (BPMIK) ANGKASA itu menampilkan dua ahli panel iaitu Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi & Teknologi (JPIT) ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang bertindak selaku moderator program merumuskan sektor koperasi tidak harus ketinggalan menerapkan digitalisasi dalam perniagaan koperasi. Katanya, koperasi yang terlibat dalam kegiatan pelancongan, peruncitan, pertanian, kredit dan sebagainya perlu mengambil bahagian dalam teknologi digital dan memperhebatkan momentum perubahan supaya lebih bersifat mesra koperasi melalui langkah strategik yang bersesuaian untuk manfaat koperasi. Webinar yang berlangsung menerusi Facebook Live ANGKASA tersebut turut memberi peluang kepada peserta mengemukakan soalan dan pandangan mengenai ekosistem digital yang sedang berkembang untuk kebaikan dan manfaat koperasi mereka.
(UiTM) merangkap Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Madya Ts. Dr. Haji Saiful Farik Mat Yatin dan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman. Seramai 160 peserta wakil koperasi termasuk Anggota JPAN dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA mengikuti program tersebut yang bermatlamat memberi pendedahan kepada koperasi mengadaptasi ilmu teknologi semasa melalui budaya perniagaan digital, di samping menggalakkan koperasi menggabungkan perniagaan dan teknologi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada anggota. Pendedahan dan kesedaran ini penting supaya koperasi negara dapat kekal bersaing dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anggota seterusnya menyemai inovasi digital dalam sektor koperasi. Anggota Lembaga ANGKASA
14 KOPERASI
OKTOBER 2022
Pemenang Tempat Ketiga Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022
Koperasi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad Koperasi ‘Pelengkap’ kepada Masjid
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibina pada tahun 1997 dan mula digunakan pada tahun 2000 serta mampu menempatkan seramai 17,000 jemaah pada satu-satu masa.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
masjid dan mempunyai pemahaman yang jelas bahawa koperasi berperanan sebagai 'pelengkap' kepada masjid, maka koperasi tersebut mula mengusahakan perniagaan yang membantu memudahkan perjalanan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid. “Koperasi tidak boleh maju tanpa sokongan daripada pihak pengurusan masjid. Koperasi dan pengurusan masjid perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Sekiranya pengurusan masjid ada masalah, koperasi boleh hulurkan bantuan dan begitu juga sebaliknya,” tambah beliau. Melalui kursus dan latihan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
“Koperasi belakang’
masjid
ibarat
‘tulang
kepada pengurusan masjid. Sebagai contoh, apabila ada jemaah yang memaklumkan kepada pengurusan bahawa terdapat kekurangan kemudahan di masjid, maka koperasi boleh memainkan peranannya. Melalui pendekatan itu, koperasi dapat membantu pengurusan masjid untuk memenuhi keperluan jemaah dan pada masa yang sama dapat menjana sumber kewangan masjid serta pembangunan ekonomi umat Islam." Demikian kata Pengerusi Koperasi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, Encik Salleh Ud-Din Mohd Isa, apabila mengulas mengenai tujuan dan kepentingan penubuhan koperasi masjid di negara ini. Koperasi masjid tersebut yang sebelum penubuhannya pada 14 November 2011, bermula sebagai sebuah badan kebajikan, merupakan hasil idea dan inisiatif Imam Besar masjid ketika itu, Ustaz Haji Zakariah Isa. Koperasi itu juga telah memenangi tempat ketiga Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan dalam Persidangan Koperasi Kariah Masjid 2022 di Sepang, Selangor pada 8 Mac 2022. Menurut Encik Salleh, beliau mengakui bahawa pada awal penubuhan koperasi, barisan anggota lembaga tidak memiliki pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan, maka mereka (anggota lembaga) tidak mempunyai gambaran mengenai perniagaan yang akan dijalankan. Walau bagaimanapun, ujar beliau, dengan sokongan daripada ahli jawatankuasa
Encik Salleh mengadakan perbincangan dengan Anggota Lembaga Koperasi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail menerima replika cek yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad (tiga dari kanan) untuk hadiah pemenang ketiga bagi Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan.
Pengerusi Koperasi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, Encik Salleh Ud-Din Mohd Isa.
15 KOPERASI
OKTOBER 2022
Pemenang Tempat Ketiga Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022
Koperasi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad
anggota lembaga juga mendapat pelbagai idea untuk memajukan koperasi. Bermula dengan menjual air mineral, koperasi tersebut kini meraih keuntungan bersih sekitar RM20,000 sebulan menerusi perniagaan utamanya iaitu perkhidmatan pengurusan dan pembersihan dewan serta penyewaan kerusi dan meja. Mereka juga menguruskan penyewaan sebuah kiosk makanan dan minuman serta mengusahakan sebuah pusat transit untuk kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Sebanyak 20 peratus daripada keuntungan yang diperolehi oleh koperasi disalurkan kepada pengurusan masjid. “Koperasi mendapat idea untuk menjalankan perkhidmatan sewaan kiosk daripada jemaah yang memaklumkan kepada pengurusan masjid bahawa sukar bagi mereka mencari makanan berat apabila menghadiri program di masjid. Kami (anggota lembaga) melihat situasi tersebut sebagai tanggungjawab koperasi untuk mencari penyelesaian yang terbaik dan juga peluang untuk kami menjana pendapatan,” ujar Encik Salleh. Keanggotaan koperasi yang terbuka kepada penjawat awam yang menjadi ahli kariah masjid menjadikan hubungan antara anggota lembaga dengan seramai 83 anggota koperasi begitu akrab. Justeru, anggota memberi sepenuh kepercayaan kepada anggota lembaga dan pengurusan untuk menjalankan perniagaan koperasi dengan sebaiknya. “Kami (warga koperasi) ada dua ‘wajah’. Satu ‘wajah’ koperasi dan satu lagi ‘wajah’ masjid. Sebagai contoh, ada pegawai masjid yang juga berada di dalam pengurusan koperasi, maka dia (pegawai) menguruskan kerjanya sebagai pegawai masjid dan pada masa yang sama juga perlu mengambil berat hal berkaitan koperasi,” katanya. Mengulas lanjut, Encik Salleh berkata, situasi tersebut sememangnya mencabar untuk beliau dan juga rakan sekerjanya. Walau bagaimanapun, cabaran memikul dua jenis tanggungjawab dapat diharungi kerana masing-masing faham bahawa segala usaha dan gerak kerja yang digerakkan adalah demi untuk kebaikan jemaah serta memberi impak positif kepada masjid dan koperasi.
Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur. +603 – 6201 8791 / 8767 / 8780
Alamat
No. Telefon
E-mel
koperasimasjidwilayah@gmail.com
14 November 2011
Tarikh Ditubuhkan
83 orang
Jumlah Keanggotaan
Aktiviti Perniagaan
• Perkhidmatan pengurusan dan pembersihan dewan • Perkhidmatan penyewaan kerusi dan meja • Menguruskan sebuah pusat transit untuk kanak-kanak berumur lima dan enam tahun • Penjualan air mineral • Perkhidmatan penyewaan tapak mesin layan diri • Perkhidmatan penyewaan kiosk makanan dan minuman • Perkhidmatan penyewaan tapak bazar setiap hari Jumaat
Koperasi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad menguruskan kerja pembersihan dewan serbaguna yang seringkali menjadi lokasi utama bagi penganjuran majlis rasmi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Koperasi menjalankan perkhidmatan penyewaan kerusi dan meja untuk dewan yang digunakan bagi tujuan kuliah, mesyuarat, seminar dan jamuan makan.
Kiosk makanan dan minuman yang bertempat di Anjung C menyediakan sarapan pagi dan makanan tengah hari serta beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat.
Pusat transit yang diusahakan oleh koperasi boleh menempatkan seramai 40 kanak-kanak.
Koperasi mengenakan caj sebanyak RM15 kepada setiap peniaga yang membuka gerai di tapak bazar Jumaat.
16 RENCANA
OKTOBER 2022
Pendidikan dan Latihan Anggota Tingkatkan Tadbir Urus Baik Koperasi
Oleh SAFINAH SAUPI Pengurus Bahagian Sekretariat ANGKASA
tertentu. Penyediaan pendidikan dan latihan berterusan membantu meningkatkan pengamalan prinsip
dan tadbir urus baik dalam koperasi melalui pengamalan nilai dan etika termasuk ketelusan, tanggungjawab,
akauntabiliti, penyertaan, responsif kepada keperluan dan menghormati kedaulatan undang-undang.
Jadual: Ringkasan Penemuan Kajian Keberkesanan Program Anggota Koperasi (MEMCOOP)
Di peringkat global, masyarakat telah menerima koperasi sebagai organisasi berdaya maju yang menggalakkan pembangunan sosio- ekonomi. Koperasi juga berjaya membawa komuniti tempatan dalam pembangunan dan pasaran arus perdana. Koperasi juga boleh meningkatkan keupayaan anggota untuk berdikari, produktiviti, mengembangkan kuasa ekonomi dan pendapatan. Sebagai pertubuhan ber– autonomi dan demokratik, ko– perasi membolehkan anggota untuk bersama-samamengawalperniagaan dalam usaha mencapai matlamat sosioekonomi mereka. Koperasi membantu melindungi kepentingan anggota melalui pengamalan prinsip pengurusan dan tadbir urus baik. Dalam memastikan tadbir urus baik dilaksanakan dengan berkesan, pendidikan dan latihan menjadi kunci memperkasakan anggota dalam memimpin pengurusan koperasi. Ini ditekankan oleh Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang menerima pendidikan dan latihan sebagai salah satu prinsip koperasi pada tahun 1995. Terdidik dan terlatihnya ang– gota dapat mempromosikan pembangunan koperasi dan pen– tadbirannya ke arah pembangunan lestari untuk diri sendiri, koperasi dan masyarakat sekeliling. Koperasi yang ditadbir urus dengan baik memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kerajaan mempromosikan pembangunan tempatan dan nasional. Usaha untuk mengukuhkan koperasi dan memastikan amalan tadbir urus baik mestilah seiring dengan mendidik dan melatih anggota. Untuk impak berkesan, pendidikan dan latihan mestilah secara berterusan dan direka bentuk dengan baik. Tumpuan pendidikan adalah untuk memperkasakan anggota bagi memenuhi kewajiban mereka melaksanakan hak termasuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses dan amalan tadbir urus koperasi. Secara amnya, pendidikan meningkatkan perubahan tingkah laku, kemahiran, pengetahuan, dan sikap manakala di sisi lain, latihan meningkatkan kecekapan khususnya dalam melaksanakan tugas
Bil.
Penemuan Kajian
Impak
1.
Mengembalikan peranan dan tanggungjawab anggota dan pemimpin untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Anggota memahami dan menyedari pembinaan kapasiti diperlukan untuk pengukuhan dan kemampanan koperasi mereka.
Anggota mahukan pemimpin koperasi yang telus dan mengutamakan kepentingan anggota.
2.
Berjaya
mengubah
minda
anggota,
mengutamakan
perkhidmatan
diper–
lukan koperasi, memperbanyakkan latihan. Anggota lebih berfikiran positif dan komited dengan koperasi. untuk pembangunan
3.
Membantu meningkatkan pemahaman anggota kepentingan kepimpinan yang baik dalam pengurusan koperasi.
Anggota mahukan kepimpinan yang kukuh, bebas rasuah dan penyalahgunaan sumber serta dapat memenuhi kepentingan mereka. Anggota meningkatkan sumbangan saham, menghadiri mesyuarat, dan juga menarik bukan anggota menyertai koperasi. Anggota mula menuntut mesyuarat agung diadakan secara berkala mengikut undang- undang kecil, penyediaan dan pengauditan laporan kewangan yang kerap, ketelusan, dan penjelasan mengenai kontrak dan perjanjian sebelum didatangani pemimpin. Anggota menjadi lebih komited terhadap perkhidmatan, perniagaan dan peningkatan pendapatan koperasi. Mendesak pemimpin koperasi aktif mencari pasaran alternatif dan kurang bergantung kepada orang tengah.
4.
Berjaya menambah baik penyertaan dan kawalan anggota dalam koperasi.
5.
Memberi kuasa kepada anggota untuk menuntut koperasi lebih patuh kepada undang-undang.
6.
Sikap dan pemikiran anggota berubah menjadi lebih berorentasikan perniagaan dan mengawal kepatuhan kepada prinsip, nilai dan etika koperasi.
7.
Menambah baik kesaksamaan jantina dalam kepimpinan dan membuat keputusan.
Lelaki, wanita dan belia mula terlibat dalam hal ehwal koperasi.
8.
Membantu meningkatkan kesetiaan anggota.
Penyertaan dalam aktiviti koperasi dan kerjasama dalam kalangan anggota meningkat.
9.
Memperkasakan anggota memahami undang- undang kecil.
Penyertaan anggota bertambah baik dalam penyediaan undang-undang kecil.
10.
Menambah baik keupayaan anggota dan pemimpin koperasi dalam proses tawar-menawar dengan pihak luar.
Anggota mengambil bahagian secara aktif dalam membuat keputusan pengeluaran, mengakses input dan pasaran. Mempersoalkan prestasi Kesatuan koperasi. Menuntut perbincangan mengenai laporan, pengauditan, dan ketelusan semasa mesyuarat agung. Digunakan dalam penggubal undang-undang Dasar Pembangunan Koperasi 1997 dan 2002, juga Akta Pertubuhan Koperasi 2003 dan Peraturan 2004.
11.
Meningkatkan kuasa anggota dan pemimpin koperasi.
12.
Pembentuk dasar dan perundangan koperasi di Tanzania.
17 RENCANA
OKTOBER 2022
Sajak
PERANAN KOPERASI Di bawah payung ANGKASA ternyata berupaya mengupaya juga menyuntik motivasi mengerakkan peranan koperasi melayar sayap ke segenap negeri
menyatukan muafakat dalam kalangan rakyat memperoleh hasil berkat sepanjang hayat.
Kini di mana jua nama koperasi
terus mengharum sentiasa dipercayai di setiap jiwa peserta yang terus membara mahukan pulangan
Gambar hiasan
Di sesetengah negara, kursus tadbir urus baik dianggap penting sebagai sumber utama ke arah meningkatkan prestasi dan mempromosikan tadbir urus baik. Malah ada yang membuat kajian mengenai impak pendidikan dan latihan dalam meningkatkan tadbir urus baik koperasi. Beberapa kajian tersebut menunjukkan kepentingan tadbir urus baik dalam pembangunan koperasi dan peranan anggota dalam memastikan amalan tadbir urus baik dilaksanakan. Ada kajian juga menunjukkan pendidikan dan latihan penting dalam meningkatkan prestasi koperasi dan mempengaruhi penyertaan anggota dalam menguruskan perusahaan koperasi. Misalnya di Tanzania, kursus meningkatkan tadbir urus untuk gerakan koperasi bermula pada tahun 1925. Selepas kemerdekaan, kerajaan menyokong inisiatif ini dengan menubuhkan Kolej Koperasi pada tahun 1963. Antara hasil kajian yang boleh dijadikan contoh, pentingnya pendidikan dan latihan anggota dalam menjayakan tadbir urus baik koperasi adalah kajian keberkesanan Program Pemerkasaan Anggota Koperasi (MEMCOOP) yang dilaksanakan Kolej Koperasi Moshi dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Luar Bandar Norway (NORCOOP). Program ini dilaksanakan dari 1996 hingga 2004 di Wilayah Kalimanjaro dan Arusha. Program ini telah berjaya memberikan pendidikan melibatkan 171 koperasi dan kepada 60,000 anggota serta lebih 2,000 ahli jawatankuasa dan setiausaha koperasi. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif data primer dari laporan pelaksanaan dan penilaian kursus. Kesimpulan, pendidikan dan latihan terbukti alat berkesan memperkasakan perubahan minda, pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota-anggota dalam mengubah tadbir urus koperasi ke arah yang lebih baik. Anggota yang terlatih dan terdidik boleh melibatkan diri secara aktif dalam memastikan akauntabiliti pemimpin koperasi mereka, meningkatkan perkhidmatan dan pembinaan kapasiti, mengubah pemikiran mereka terhadap perniagaan dan mengambil bahagian dalam hal ehwal koperasi serta meningkatkan kesaksamaan gender.
Tadbir urus yang baik membolehkan operasi perniagaan koperasi berjalan lancar, dapat membuat keputusan seimbang dan pelaksanaan mengikut keutamaan. Dengan tadbir urus yang baik, keseimbangan antara keperluan anggota, organisasi dan kepentingan pihak berkepentingan luar dapat ditetapkan. Tadbir urus baik koperasi merupakan gabungan proses dan struktur untuk mengawal dan menggerakkan koperasi menggunakan sistem yang baik dalam menyelia hubungan antara pengurusan, Lembaga dan anggota serta urusan dengan pihak berkepentingan luar. Tadbir urus dalam koperasi mengambil dua bentuk: tadbir urus dalaman dan luar. Tadbir urus dalaman terdiri daripada struktur dan proses membuat, menyalurkan, menyebarkan dan memantau keputusan, serta mekanisme kawalan pelaksanaan, peruntukan sumber dan lebihan koperasi. Anggota membuat keputusan manakala lembaga bertanggungjawab melaksanakan keputusan tersebut. Anggota mengambil bahagian dalam ekonomi, kepimpinan, dan membuat tindakan susulan. Lembaga pula boleh mengambil kakitangan profesional untuk pengurusan koperasi. Lembaga dan kakitangan perlu mematuhi amalan tadbir urus baik dan menyediakan instrumen tadbir urus dan operasi seperti undang-undang kecil, dasar dan peraturan. Tadbir urus luaran adalah proses interaksi koperasi dengan pihak berkepentingan luar sama ada sektor awam atau swasta. Tadbir urus baik ditentukan oleh cara koperasi mengekalkan autonomi dan kebebasan, memastikan faedah, tawar-menawar, mempengaruhi dasar dan pembaharuan lain, melindungi identiti dan kepentingan koperasi. Di Malaysia, penyediaan pendidikan dan latihan untuk gerakan koperasi pada peringkat awal digerakkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (sebelum nama ditukar kepada SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (kini dikenali sebagai IKMa) dan ANGKASA. ANGKASA antara penyedia kursus tadbir urus untuk koperasi. Selepas Deklarasi Putrajaya, pendidikan dan latihan diuruskan IKMa dan ANGKASA melaksanakan kursus asas jati diri koperasi.
daripada penanaman modal bersama-sama bersefahaman bak ungkapan sakti pujangga: 'bersatu teguh!' ternyata dapat menuai himpunan hasil lumayan di setiap penghunjung musim.
Lalu jadikan koperasi budaya suci murni tanpa mengenal noktah dalam kehidupan
rakyat berwawasan berpandangan jauh menyedia payung sebelum hujan demi jaminan masa depan memperkukuh ekonomi dalam terowong koperasi menjanjikan cahaya terang di penghujungnya jelas terang benderang menjadi penyinar kehidupan!
NAZERI NONG SAMAH Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Durian Hijau Jerantut Berhad 14 September 2022
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease