13 ANGKASA
OKTOBER 2022
Pelan Induk Digital ASEAN 2025 Tingkatkan Keupayaan Perniagaan Koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA menyampaikan ucapan perasmian Webinar Membudayakan Koperasi dalam Kalangan Belia ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama: 'Budaya Digital – Cabaran dan Implementasi dalam Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi'.
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Oleh WAN WAN ADLINA WAN AB AZIZ ADLINA WAN AB AZIZ
Pelan Induk Digital ASEAN 2025 membuka peluang dan potensi besar kepada sektor koperasi meningkatkan perkhidmatan digital dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan. Pelaksanaan pelan ini bakal menjadikan ASEAN sebagai blok peneraju komuniti dan ekonomi digital sekali gus memberi manfaat kepada koperasi negara ini meningkatkan kecekapan dan daya saing di peringkat negara dan ASEAN. Demikian inti pati ucapan perasmian Webinar Membudayakan Koperasi dalam Kalangan Belia ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama: 'Budaya Digital – Cabaran dan Implementasi dalam Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi' yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA pada 25 Ogos 2022 menerusi aplikasi Zoom Meeting. Menurut beliau, pelan tersebut dapat membantu negara ASEAN menjadi sebahagian daripada ekonomi digital yang sedang berkembang di rantau ini dianggarkan bernilai lebih USD$240 bilion dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Berdasarkan laporan daripada Temasik Holdings dan Bain & Co., merekodkan nilai ekonomi digital di rantau ASEAN berjumlah USD$100 bilion pada 2019 dan dijangka
Webinar menampilkan Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ts. Dr. Haji Saiful Farik Mat Yatin (kanan) dan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman (kiri).
meningkat kepada USD$300 bilion menjelang 2025. “Seiring dengan perkembangan ini, ANGKASA telah diberi kepercayaan membangunkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi melalui sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). “Di Malaysia, kadar penyertaan perniagaan dalam platform digital setakat 1 Mac hingga 31 Oktober 2020 merekodkan sebanyak 373,213 entiti perniagaan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kategori dalam talian dan dijangka akan terus menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa,” katanya. Webinar anjuran Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Keusahawanan (BPMIK) ANGKASA itu menampilkan dua ahli panel iaitu Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi & Teknologi (JPIT) ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang bertindak selaku moderator program merumuskan sektor koperasi tidak harus ketinggalan menerapkan digitalisasi dalam perniagaan koperasi. Katanya, koperasi yang terlibat dalam kegiatan pelancongan, peruncitan, pertanian, kredit dan sebagainya perlu mengambil bahagian dalam teknologi digital dan memperhebatkan momentum perubahan supaya lebih bersifat mesra koperasi melalui langkah strategik yang bersesuaian untuk manfaat koperasi. Webinar yang berlangsung menerusi Facebook Live ANGKASA tersebut turut memberi peluang kepada peserta mengemukakan soalan dan pandangan mengenai ekosistem digital yang sedang berkembang untuk kebaikan dan manfaat koperasi mereka.
(UiTM) merangkap Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Madya Ts. Dr. Haji Saiful Farik Mat Yatin dan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman. Seramai 160 peserta wakil koperasi termasuk Anggota JPAN dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA mengikuti program tersebut yang bermatlamat memberi pendedahan kepada koperasi mengadaptasi ilmu teknologi semasa melalui budaya perniagaan digital, di samping menggalakkan koperasi menggabungkan perniagaan dan teknologi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada anggota. Pendedahan dan kesedaran ini penting supaya koperasi negara dapat kekal bersaing dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anggota seterusnya menyemai inovasi digital dalam sektor koperasi. Anggota Lembaga ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease