16 RENCANA
OKTOBER 2022
Pendidikan dan Latihan Anggota Tingkatkan Tadbir Urus Baik Koperasi
Oleh SAFINAH SAUPI Pengurus Bahagian Sekretariat ANGKASA
tertentu. Penyediaan pendidikan dan latihan berterusan membantu meningkatkan pengamalan prinsip
dan tadbir urus baik dalam koperasi melalui pengamalan nilai dan etika termasuk ketelusan, tanggungjawab,
akauntabiliti, penyertaan, responsif kepada keperluan dan menghormati kedaulatan undang-undang.
Jadual: Ringkasan Penemuan Kajian Keberkesanan Program Anggota Koperasi (MEMCOOP)
Di peringkat global, masyarakat telah menerima koperasi sebagai organisasi berdaya maju yang menggalakkan pembangunan sosio- ekonomi. Koperasi juga berjaya membawa komuniti tempatan dalam pembangunan dan pasaran arus perdana. Koperasi juga boleh meningkatkan keupayaan anggota untuk berdikari, produktiviti, mengembangkan kuasa ekonomi dan pendapatan. Sebagai pertubuhan ber– autonomi dan demokratik, ko– perasi membolehkan anggota untuk bersama-samamengawalperniagaan dalam usaha mencapai matlamat sosioekonomi mereka. Koperasi membantu melindungi kepentingan anggota melalui pengamalan prinsip pengurusan dan tadbir urus baik. Dalam memastikan tadbir urus baik dilaksanakan dengan berkesan, pendidikan dan latihan menjadi kunci memperkasakan anggota dalam memimpin pengurusan koperasi. Ini ditekankan oleh Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang menerima pendidikan dan latihan sebagai salah satu prinsip koperasi pada tahun 1995. Terdidik dan terlatihnya ang– gota dapat mempromosikan pembangunan koperasi dan pen– tadbirannya ke arah pembangunan lestari untuk diri sendiri, koperasi dan masyarakat sekeliling. Koperasi yang ditadbir urus dengan baik memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kerajaan mempromosikan pembangunan tempatan dan nasional. Usaha untuk mengukuhkan koperasi dan memastikan amalan tadbir urus baik mestilah seiring dengan mendidik dan melatih anggota. Untuk impak berkesan, pendidikan dan latihan mestilah secara berterusan dan direka bentuk dengan baik. Tumpuan pendidikan adalah untuk memperkasakan anggota bagi memenuhi kewajiban mereka melaksanakan hak termasuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses dan amalan tadbir urus koperasi. Secara amnya, pendidikan meningkatkan perubahan tingkah laku, kemahiran, pengetahuan, dan sikap manakala di sisi lain, latihan meningkatkan kecekapan khususnya dalam melaksanakan tugas
Bil.
Penemuan Kajian
Impak
1.
Mengembalikan peranan dan tanggungjawab anggota dan pemimpin untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Anggota memahami dan menyedari pembinaan kapasiti diperlukan untuk pengukuhan dan kemampanan koperasi mereka.
Anggota mahukan pemimpin koperasi yang telus dan mengutamakan kepentingan anggota.
2.
Berjaya
mengubah
minda
anggota,
mengutamakan
perkhidmatan
diper–
lukan koperasi, memperbanyakkan latihan. Anggota lebih berfikiran positif dan komited dengan koperasi. untuk pembangunan
3.
Membantu meningkatkan pemahaman anggota kepentingan kepimpinan yang baik dalam pengurusan koperasi.
Anggota mahukan kepimpinan yang kukuh, bebas rasuah dan penyalahgunaan sumber serta dapat memenuhi kepentingan mereka. Anggota meningkatkan sumbangan saham, menghadiri mesyuarat, dan juga menarik bukan anggota menyertai koperasi. Anggota mula menuntut mesyuarat agung diadakan secara berkala mengikut undang- undang kecil, penyediaan dan pengauditan laporan kewangan yang kerap, ketelusan, dan penjelasan mengenai kontrak dan perjanjian sebelum didatangani pemimpin. Anggota menjadi lebih komited terhadap perkhidmatan, perniagaan dan peningkatan pendapatan koperasi. Mendesak pemimpin koperasi aktif mencari pasaran alternatif dan kurang bergantung kepada orang tengah.
4.
Berjaya menambah baik penyertaan dan kawalan anggota dalam koperasi.
5.
Memberi kuasa kepada anggota untuk menuntut koperasi lebih patuh kepada undang-undang.
6.
Sikap dan pemikiran anggota berubah menjadi lebih berorentasikan perniagaan dan mengawal kepatuhan kepada prinsip, nilai dan etika koperasi.
7.
Menambah baik kesaksamaan jantina dalam kepimpinan dan membuat keputusan.
Lelaki, wanita dan belia mula terlibat dalam hal ehwal koperasi.
8.
Membantu meningkatkan kesetiaan anggota.
Penyertaan dalam aktiviti koperasi dan kerjasama dalam kalangan anggota meningkat.
9.
Memperkasakan anggota memahami undang- undang kecil.
Penyertaan anggota bertambah baik dalam penyediaan undang-undang kecil.
10.
Menambah baik keupayaan anggota dan pemimpin koperasi dalam proses tawar-menawar dengan pihak luar.
Anggota mengambil bahagian secara aktif dalam membuat keputusan pengeluaran, mengakses input dan pasaran. Mempersoalkan prestasi Kesatuan koperasi. Menuntut perbincangan mengenai laporan, pengauditan, dan ketelusan semasa mesyuarat agung. Digunakan dalam penggubal undang-undang Dasar Pembangunan Koperasi 1997 dan 2002, juga Akta Pertubuhan Koperasi 2003 dan Peraturan 2004.
11.
Meningkatkan kuasa anggota dan pemimpin koperasi.
12.
Pembentuk dasar dan perundangan koperasi di Tanzania.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease