WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2022

17 RENCANA

OKTOBER 2022

Sajak

PERANAN KOPERASI Di bawah payung ANGKASA ternyata berupaya mengupaya juga menyuntik motivasi mengerakkan peranan koperasi melayar sayap ke segenap negeri

menyatukan muafakat dalam kalangan rakyat memperoleh hasil berkat sepanjang hayat.

Kini di mana jua nama koperasi

terus mengharum sentiasa dipercayai di setiap jiwa peserta yang terus membara mahukan pulangan

Gambar hiasan

Di sesetengah negara, kursus tadbir urus baik dianggap penting sebagai sumber utama ke arah meningkatkan prestasi dan mempromosikan tadbir urus baik. Malah ada yang membuat kajian mengenai impak pendidikan dan latihan dalam meningkatkan tadbir urus baik koperasi. Beberapa kajian tersebut menunjukkan kepentingan tadbir urus baik dalam pembangunan koperasi dan peranan anggota dalam memastikan amalan tadbir urus baik dilaksanakan. Ada kajian juga menunjukkan pendidikan dan latihan penting dalam meningkatkan prestasi koperasi dan mempengaruhi penyertaan anggota dalam menguruskan perusahaan koperasi. Misalnya di Tanzania, kursus meningkatkan tadbir urus untuk gerakan koperasi bermula pada tahun 1925. Selepas kemerdekaan, kerajaan menyokong inisiatif ini dengan menubuhkan Kolej Koperasi pada tahun 1963. Antara hasil kajian yang boleh dijadikan contoh, pentingnya pendidikan dan latihan anggota dalam menjayakan tadbir urus baik koperasi adalah kajian keberkesanan Program Pemerkasaan Anggota Koperasi (MEMCOOP) yang dilaksanakan Kolej Koperasi Moshi dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Luar Bandar Norway (NORCOOP). Program ini dilaksanakan dari 1996 hingga 2004 di Wilayah Kalimanjaro dan Arusha. Program ini telah berjaya memberikan pendidikan melibatkan 171 koperasi dan kepada 60,000 anggota serta lebih 2,000 ahli jawatankuasa dan setiausaha koperasi. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif data primer dari laporan pelaksanaan dan penilaian kursus. Kesimpulan, pendidikan dan latihan terbukti alat berkesan memperkasakan perubahan minda, pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota-anggota dalam mengubah tadbir urus koperasi ke arah yang lebih baik. Anggota yang terlatih dan terdidik boleh melibatkan diri secara aktif dalam memastikan akauntabiliti pemimpin koperasi mereka, meningkatkan perkhidmatan dan pembinaan kapasiti, mengubah pemikiran mereka terhadap perniagaan dan mengambil bahagian dalam hal ehwal koperasi serta meningkatkan kesaksamaan gender.

Tadbir urus yang baik membolehkan operasi perniagaan koperasi berjalan lancar, dapat membuat keputusan seimbang dan pelaksanaan mengikut keutamaan. Dengan tadbir urus yang baik, keseimbangan antara keperluan anggota, organisasi dan kepentingan pihak berkepentingan luar dapat ditetapkan. Tadbir urus baik koperasi merupakan gabungan proses dan struktur untuk mengawal dan menggerakkan koperasi menggunakan sistem yang baik dalam menyelia hubungan antara pengurusan, Lembaga dan anggota serta urusan dengan pihak berkepentingan luar. Tadbir urus dalam koperasi mengambil dua bentuk: tadbir urus dalaman dan luar. Tadbir urus dalaman terdiri daripada struktur dan proses membuat, menyalurkan, menyebarkan dan memantau keputusan, serta mekanisme kawalan pelaksanaan, peruntukan sumber dan lebihan koperasi. Anggota membuat keputusan manakala lembaga bertanggungjawab melaksanakan keputusan tersebut. Anggota mengambil bahagian dalam ekonomi, kepimpinan, dan membuat tindakan susulan. Lembaga pula boleh mengambil kakitangan profesional untuk pengurusan koperasi. Lembaga dan kakitangan perlu mematuhi amalan tadbir urus baik dan menyediakan instrumen tadbir urus dan operasi seperti undang-undang kecil, dasar dan peraturan. Tadbir urus luaran adalah proses interaksi koperasi dengan pihak berkepentingan luar sama ada sektor awam atau swasta. Tadbir urus baik ditentukan oleh cara koperasi mengekalkan autonomi dan kebebasan, memastikan faedah, tawar-menawar, mempengaruhi dasar dan pembaharuan lain, melindungi identiti dan kepentingan koperasi. Di Malaysia, penyediaan pendidikan dan latihan untuk gerakan koperasi pada peringkat awal digerakkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (sebelum nama ditukar kepada SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (kini dikenali sebagai IKMa) dan ANGKASA. ANGKASA antara penyedia kursus tadbir urus untuk koperasi. Selepas Deklarasi Putrajaya, pendidikan dan latihan diuruskan IKMa dan ANGKASA melaksanakan kursus asas jati diri koperasi.

daripada penanaman modal bersama-sama bersefahaman bak ungkapan sakti pujangga: 'bersatu teguh!' ternyata dapat menuai himpunan hasil lumayan di setiap penghunjung musim.

Lalu jadikan koperasi budaya suci murni tanpa mengenal noktah dalam kehidupan

rakyat berwawasan berpandangan jauh menyedia payung sebelum hujan demi jaminan masa depan memperkukuh ekonomi dalam terowong koperasi menjanjikan cahaya terang di penghujungnya jelas terang benderang menjadi penyinar kehidupan!

NAZERI NONG SAMAH Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Durian Hijau Jerantut Berhad 14 September 2022

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease