18 KOPERASI
OKTOBER 2022
Kesejahteraan Anggota Petunjuk Utama Kejayaan Koperasi
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Petunjuk utama dalam menentukan kejayaan sebenar sesebuah ko– perasi seharusnya diukur dari segi pendekatan dan langkah proaktif yang diambil untuk memastikan kesejahteraan hidup anggota sentiasa terjaga. “Koperasi tidak boleh ‘lari’ daripada tiga komponen iaitu lembaga, anggota dan juruaudit. Setiap individu tidak kira anda seorang anggota lembaga, berada dalam pengurusan koperasi mahupun anggota biasa mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan kemajuan koperasi.” Demikian inti pati utama ucapan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-11 Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad (KYGPAMB) dan juga perasmian pejabat baharu koperasi itu di ibu kota, pada 24 September 2022. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 22 perwakilan termasuk 12 anggota lembaga. Hadir sama ke majlis perasmian itu ialah Pengerusi KYGPAMB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain dari segi sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) walaupun terdapat peningkatan yang besar pada jumlah koperasi sepanjang 100 tahun penubuhan gerakan itu di Malaysia. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menyeru koperasi khususnya koperasi kredit untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dengan turut menceburi perniagaan berimpak tinggi agar kekal relevan dalam keadaan landskap per- sekitaran eko- nomi yang tidak menentu.
Anggota Lembaga dan pengurusan KYGPAMB.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan KYGPAMB ke-11 dan Perasmian Pejabat Baharu Koperasi itu pada 24 September 2022.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad (KYGPAMB) yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kanan).
Ruang dalam pejabat baharu KYGPAMB di Melawati Corporate Centre, Kuala Lumpur.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melihat pejabat baharu KYGPAMB.
Sementara Haji Kamarudin dalam ucapan beliau berkata, KYGPAMB telah memperluas keanggotaannya kepada penjawat awam di seluruh negara sejak Mac itu, Dato’
kerajaan adalah bertepatan dengan keadaan semasa negara yang masih belum pulih daripada pandemik COVID-19. Koperasi boleh membantu mereka dari segi menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi, kecemasan atau pendidikan yang sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” ujar beliau. Pada majlis yang sama, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara KYGPAMB dengan Alia Hijrah Enterprise dan Sa’ayah Yacob Agency.
Melalui kerjasama itu, kedua-dua syarikat yang terlibat akan membantu KYGPAMB untuk meningkatkan jumlah keanggotaannya serta memberi khidmat nasihat dan perlindungan insurans berkumpulan kepada anggota. KYGPAMB yang mempunyai keanggotaan seramai 1,248 orang telah ditubuhkan pada 4 April 2010 hasil daripada cadangan ahli-ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) agar organisasi itu menubuhkan sebuah koperasi yang dapat membantu membangunkan ekonomi ahlinya.
2022 ekoran golongan tersebut antara kalangan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. “Membuka keang- gotaan koperasi kepada kakitangan
Pengerusi KYGPAMB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease