19 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
OKTOBER 2022
Kemboja Minat Import Produk Herba dan Minuman Tenaga
Perbincangan antara ANGKASA dengan Younes Food Service mengenai peluang kerjasama pemasaran produk koperasi.
Encik Ahmad Marzuki (dua dari kanan) menerangkan mengenai produk yang terdapat di ANGKASAMART.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Presiden ASEAN Co-operative Or– ganization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada 7 September 2022. Dalam perbincangan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengalu- alukan hasrat pihak Kemboja untuk mengembangkan rangkaian perdagangan produk khususnya produk makanan halal koperasi dan berharap agar aspek pengurusan logistik dan pusat pengedaran (DC) dapat diselaraskan dan semua urusan berjalan dengan lancar. Tuan Mat Younes juga turut mencadangkan penggunaan jalan darat bagi tujuan logistik yang hanya mengambil masa lima hari berbanding sebulan jika menggunakan pengangkutan laut.
mengenal pasti mana-mana produk yang sesuai untuk dipasarkan di Kemboja melalui pihaknya. Kehadiran beliau ke Ibu Pejabat ANGKASA bersama dua lagi wakil iaitu Pengarah Younes Food Service, Tuan Puth Serey dan Pengarah Kewangan Younes Food Service, Tuan David Serey adalah bagi membincangkan mengenai peluang kerjasama tersebut selain berharap supaya ANGKASA dapat membantu mengenal pasti mana-mana produk makanan halal koperasi khususnya produk berasaskan herba dan minuman tenaga yang sesuai untuk dieksport ke Kemboja. Ketibaan mereka telah disambut oleh Presiden ANGKASA merangkap
Wakil ANGKASA yang hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Haji Abdullah Jusoh; Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan (BPMIK) ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad. Younes Food Service yang berpangkalan di Khan Daun Penh, Phnom Penh merupakan sebuah syarikat pembekalan dan pemborongan di Kemboja yang memberi tumpuan terhadap pe– masaran produk makanan ber– asaskan hasilan pertanian selain jenama Younes Foods untuk pasaran global.
Permintaan yang tinggi terhadap produk herba dan minuman tenaga di Kemboja telah mendorong minat negara berkenaan untuk mengimport produk tersebut melalui saluran koperasi di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Younes Food Service, Tuan Mat Younes berkata, selain menggunakan jenama asal, pihaknya di Kemboja juga sedia menjalin kerjasama untuk menjenamakan semula produk pengeluar peralatan asal (OEM) sebagai salah satu strategi pasaran di Kemboja. Beliau berharap agar ANGKASA dapat membantu
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease