WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2022

ANGKASA

3

OKTOBER 2022

Kerjasama ANGKASA dan KPDNHEP Perkasa Sektor Peruncitan, Hapus Peranan ‘Orang Tengah’

Wakil ANGKASA diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengadakan pertemuan dengan ANGKASA diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman di Putrajaya.

Perbincangan antara Datuk Azman dengan Datuk Seri Dr. Abdul antara Datuk Azman dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Oleh RAHMAT MOHD DID

“Isu monopoli dalam pasaran harus dikurangkan dan semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing. Melalui kerjasama seumpama ini, kita yakin kualiti hidup dan kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dalam masa terdekat,” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah pula menjelaskan, melalui Projek BA100 dan kedai Jimat Shop yang digerakkan ANGKASA, telah membolehkan koperasi khususnya di luar bandar mendapat manfaat. “Sehingga kini, sebanyak 1,200 koperasi berdaftar melibatkan 700 outlet koperasi aktif menjalankan Projek BA100 dan Jimat Shop ANGKASA dan ANGKASA menyasarkan 3,000 kedai koperasi melibatkan diri dalam projek tersebut. “ANGKASA juga menyasarkan setiap kedai koperasi meningkatkan jumlah pelanggan kepada 500 hingga 1,000 orang setiap bulan bagi mendapatkan perolehan yang tinggi,” jelasnya. Beliau seterusnya menyatakan, ANGKASA juga mengalu-alukan saranan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menggabungkan kedai koperasi dan kedai runcit dibawah satu jenama iaitu Kedai Keluarga Malaysia. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Kanan Sektor Perdagangan dan Perniagaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bekerjasama dengan ANGKASA menyelesaikan isu kenaikan harga barangan melalui inisiatif Projek Barangan Asas 100 (BA100) dan Jimat Shop. Kerjasama ini dipersetujui menerusi pertemuan antara Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof di Putrajaya, pada 28 September 2022. Perbincangan menyentuh mengenai mekanisme terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan koperasi mendapat bekalan barangan asas dengan harga lebih murah dan menjualnya dengan harga berpatutan kepada rakyat, lebih-lebih lagi anggota koperasi. Menurut Datuk Azman, KPDNHEP akan menubuhkan satu jawatankuasa yang memberi fokus kepada usaha tersebut dan menegaskan bahawa usaha menangani isu kenaikan harga barangan perlu digerakkan secara bersama antara kerajaan, agensi, sektor koperasi dan sektor swasta.

KPDNHEP, Dato' Rohaizi Bahari; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata Buku 50 Tahun ANGKASA kepada Datuk Azman.

Dari Meja Presiden

Industri digitalisasi yang wujud pada ketika ini merupakan peluang kepada gerakan koperasi untuk mengadaptasi landskap ekonomi baharu yang menuntut kepada perubahan cara kerja dan operasi yang lebih berinovasi. Dalam hal ini, koperasi boleh mengetengahkan bakat dan tenaga generasi muda agar keperluan koperasi lebih dilihat berdaya inovatif dalam aktiviti perniagaan yang mana manfaatnya dapat disumbangkan semula kepada koperasi. Justeru, ANGKASA menyarankan golongan belia

Cabaran kos sara hidup merupakan isu nasional dan adalah menjadi tanggungjawab koperasi mengamalkan Prinsip Koperasi Ketiga iaitu Penglibatan Ekonomi oleh Anggota bagi melengkapi keperluan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar kini. Selaras dengan peranan sektor koperasi sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi, koperasi perlu lebih bersifat proaktif dalam menggerakkan sektor ekonomi seterusnya menjadi pemangkin kepada kelestarian sosioekonomi masyarakat dan negara. Usaha ini perlu diperhebat melalui agenda pemerkasaan koperasi sebagai sektor yang dapat membantu ekonomi rakyat, selari dengan pendekatan yang disaran kerajaan.

diketengahkan dalam pengurusan koperasi bagi menarik minat lebih ramai penyertaan golongan ini memimpin dan menguruskan koperasi kerana idea dan tenaga mereka amat diperlukan bagi memastikan gerakan koperasi terus kekal dan relevan merentasi zaman.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease