WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2022

7 ANGKASA

OKTOBER 2022

Ekspedisi Gunung Stong Kolaborasi ANGKASA-SKM-IKMa Cipta Kejayaan

Peserta ekspedisi bergambar di Puncak Gunung Stong.

Dato' Haji Che Mohd Shukree (tengah) bersama peserta ekspedisi yang selamat tiba di Resort Jelawang.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Ekspedisi

mendaki Dabong,

Gunung

Stong, Kelantan yang melibatkan 34 peserta kolaborasi warga kerja ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mencipta kejayaan apabila kumpulan di tersebut selamat tiba di kaki gunung (Resort Jelawang) pada 16 September 2022. Kesemua mereka selamat tiba di kaki Gunung Stong tersebut pada jam 1.40 petang sempena Hari Malaysia dan disambut oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah dan anggota jawatankuasa JPAN Kelantan. Ekspedisi selama tiga hari yang bermula pada 14 hingga 16 September 2022, bermula dengan pendakian dari Resort Jelawang pada 14 September 2022 (Rabu) pada jam 2.00 petang dan tiba tiga jam kemudian di Kem Baha ( Base Camp ) yang berada di puncak Air Terjun Jelawang. Pada keesokannya (15 September 2022), para pendaki meneruskan misi pendakian ke puncak Gunung Stong pada jam 9.30 pagi dan tiba di puncak gunung pada jam 5.30 petang, sekali gus melengkapkan misi ekspedisi iaitu mengibarkan bendera Malaysia, bendera 100 Tahun Koperasi dan bendera ANGKASA.

Peserta ekspedisi menanam pokok spesis Merawan sebagai tanda sokongan menjayakan Program Prihatin Sejuta Pokok ANGKASA.

Peserta melakukan pendakian di tebing sungai.

Misi tersebut turut menjayakan penanaman sebatang anak pokok jenis Merawan, iaitu spesis pokok balak sebagai simbol sokongan menjayakan Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA pada ketinggian 1,442 meter dari aras laut. Hari ketiga iaitu pada 16 September 2022, para pendaki mula bergerak turun dari Kem Baha ( Base Camp ) pada jam 11.30 pagi dan tiba di Resort Jelawang pada jam 1.40 petang Ekspedisi Mendaki Gunung Stong tersebut melibatkan penyertaan seramai 24 orang warga kerja ANGKASA, SKM dan IKMa iaitu masing-masing seramai lima orang adalah anjuran ANGKASA melalui Kelab Sukan dan Kebajikan ANGKASA (KESKA)

bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA dan 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia. Mengikut rekod, ekspedisi tersebut adalah kali kedua anjuran ANGKASA selepas pendakian ke Gunung Tahan pada 2017 lalu. Peserta mengibarkan bendera 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia dan bendera Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA di Puncak Gunung Stong.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease