WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2022

FEBRUARI 2022 JILID: WP04 /2

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Koperasi perkasa sosioekonomi negara - Perdana Menteri

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah terima anugerah ‘Tokoh Koperasi Negara dan ASEAN’

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis (kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan 'Tokoh Koperasi Negara dan ASEAN' kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri).

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

dan diterima melalui Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) MEDAC, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis, Dr. Faizal Kamarudin; Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial, Dr. Ammar Haji Hassan; Naib Canaelor UNIMAP, Prof. Ts Dr. Zaliman; barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis yang diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Dengan penuh hormat dan takzimnya ANGKASA merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail atas pengurniaan Sijil Penghargaan 'Tokoh Koperasi Negara dan ASEAN' kepada Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Penganugerahan oleh Yayasan Keusahawanan Sosial itu telah berlangsung di Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 17 Februari 2022 sempena Majlis Pelancaran My Halal Ria Malaysia Halal Marketplace. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis juga turut berkenan mengurniakan Sijil Penghar­ gaan kepada

Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berucap merasmikan Program Usahawan dan Koperasi Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berucap merasmikan Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi perlu berperanan secara lebih berdaya saing dan menjadi salah satu daripada pemacu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain bergerak maju untuk mentransformasi dan memperkasakan sosioekonomi masyarakat. Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penekanan terhadap pembangunan gerakan koperasi telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menerusinya, selain memanfaat- kan gerakan koperasi dalam pembangunan usahawan menerusi pasaran domestik, koperasi juga perlu berani untuk meneroka pasaran global.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Dato' Sri Ismail Sabri diberi penerangan mengenai sistem JIMAT SHOP oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sewaktu mengunjungi gerai jualan BA100 ANGKASA di Dewan MBIP Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor.

Koperas i (MEDAC )

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak bersama sijil penghargaan yang diterima.

2 ANGKASA

FEBRUARI 2022

DARI MUKA 1

Katanya, langkah tersebut adalah penting bagi meningkatkan daya saing dan ekosistem perniagaan sekali gus meningkatkan sum-bangan kepada ekonomi negara. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usaha-wan dan Koperasi (MEDAC) telah memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi 2.0 dan Program Pemerkasaan Rantaian Pembekalan Koperasi. Program tersebut juga akan dapat membantu dalam aspek penyumbangan dan penerokaan bidang ekonomi baharu serta menaik taraf infrastruktur dan kelengkapan koperasi ke tahap yang lebih baik. Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap di majlis perasmian Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Darul Takzim pada 18 Februari 2022. Sementara itu, Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar telah merasmikan majlis penutup yang berlangsung pada 19 Februari 2022 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa penganjuran program selama dua hari itu adalah

bagi memenuhi tanggungjawab MEDAC kepada rakyat dalam menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif. Selain mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program tersebut, Tan Sri Noh juga mahu koperasi berubah ke arah sebuah sektor ekonomi yang lebih bermakna dan berjaya. Katanya, aspirasi tersebut juga turut menjadi harapan oleh YAB Perdana Menteri yang mahu supaya sektor koperasi menjadi lebih cemerlang terutamanya dalam aspek ekonomi. "Pencapaian tersebut diharap dapat menjadi penyumbang kepada sosioekonomi rakyat dalam segenap sektor. Oleh itu, usaha perlu

dijalankan secara cekap dan tersusun bagi memenuhi aspirasi membantu anggota masyarakat selain dapat mengatasi masalah manipulasi orang tengah serta kos sara hidup yang

dan

tinggi,"

Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Haji Omar .

ujarnya.

Katanya, koperasi juga mesti segera bangkit dan memainkan peranan hingga ke peringkat antarabangsa. Usaha yang lebih padu amat diperlukan menerusi penglibatan seluruh agensi di bawah MEDAC bagi membantu usahawan koperasi. Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia dianjurkan secara bersama oleh MEDAC dan agensi di bawahnya dengan kerjasama ANGKASA serta CO-OPBANK PERTAMA. Wakil ANGKASA yang hadir dalam perasmian tersebut ialah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd. Hamid dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sebahagian daripada tetamu di majlis perasmian program.

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

3 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Sementara Program 'Jualan Keluarga Malaysia dan Koperasi' anjuran Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA turut diadakan Dewan MBIP Taman Nusantara, Gelang Patah dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru sempena Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia. Jualan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung gandum di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) termasuk produk keluaran koperasi yang dijual selama dua hari pada 18 dan 19 Februari 2022 berjaya mencapai angka keseluruhan jualan sebanyak RM89,101.40.

Tan Sri Noh sempat mengunjungi gerai jualan BA100 ANGKASA di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berpeluang berbelanja di gerai jualan BA100 ANGKASA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkesempatan melayan pelanggan di gerai jualan BA100 ANGKASA.

Masyarakat setempat menyambut baik inisiatif jualan produk barangan asas yang dijalankan oleh ANGKASA dengan kerjasama kerajaan melalui SKM yang benar-benar membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Dari Meja Presiden

ANGKASA terus komited menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan apeks dengan merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi. Usaha tersebut juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang lebih holistik, kondusif dan mampan. Kita amat berharap agar komitmen yang diberikan oleh kerajaan ini dapat menzahirkan kejayaan dalam tadbir urus sektor ekonomi koperasi. Sama-samalah kita mendoakan semoga gerakan koperasi terus berkembang maju dan menjadi platform terbaik dalam membantu dan memperkasakan sosioekonomi anggota serta masyarakat.

Kesungguhan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk membantu merancakkan sektor perniagaan koperasi menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan kejayaan amat dirasai dan dihargai. Seiring dengan usia 100 tahun koperasi di Malaysia, gerakan koperasi sebenarnya telah berkembang dengan begitu pesat dan banyak kejayaan telah dicapai. Namun, cabaran sosioekonomi semasa yang membelenggu tadbir urus koperasi memerlukan sokongan dan dokongan daripada pihak kerajaan khususnya dalam aspek bantuan kewangan dan peraturan undang-undang.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4

FEBRUARI 2022

Pastikan kuasa ekonomi koperasi terus kukuh Bergerak secara lebih bersepadu

Majlis pelancaran buku 'Pelan Pembangunan Modal Insan Koperasi', 'Buku Lanskap Promosi Koperasi' dan 'Profil 100 Koperasi Terbaik'.

Koperasi Besar Dalam Membantu Pertumbuhan dan Hala Tuju Koperasi Mikro di Malaysia' oleh IKMa. Program diteruskan pada hari kedua menerusi sesi taklimat GP23 - Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi' oleh SKM sebelum majlis pelancaran dimulakan. Pada majlis yang sama, Tan Sri Noh turut melancarkan 'Pelan Pembangunan Modal Insan Koperasi', 'Buku Lanskap Promosi Koperasi' dan 'Profil 100 Koperasi Terbaik' diikuti dengan sesi penyerahan dokumen 'Aspirasi Koperasi Malaysia' kepada SKM, IKMa dan ANGKASA. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan

Usahawan) MEDAC, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Anggota Jawatankuasa ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Timbalan Pengerusi JPAN Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad mewakili Pengerusi JPAN Selangor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

Tan Sri Noh menyampaikan ucapan perasmian 'Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi Malaysia'.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

kerajaan terhadap gerakan koperasi yang telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara sejak mula diperkenalkan 100 tahun yang lalu. Program anjuran MEDAC dengan kerjasama SKM yang bertemakan '100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia' itu berlangsung selama dua hari bermula 11 Februari 2022 dan dihadiri oleh lebih 100 wakil koperasi dari seluruh negara. Sesi dimulakan dengan taklimat 'Inisiatif Pembangunan Ekonomi Koperasi' oleh SKM dan disusuli dengan taklimat 'Peranan IKMa dan

Gerakan koperasi perlu bergerak secara lebih bersepadu bagi memastikan kuasa ekonominya terus bergerak kukuh ke hadapan dan berupaya menjadi penyumbang yang lebih bermakna kepada ekonomi rakyat dan negara. Menteri Kementerian Pem- bangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Omar berkata, sejarah gerakan koperasi di negara ini bermula dengan pendaftaran sebanyak 11 koperasi melibatkan 825 anggota pada tahun 1922 telah menyaksikan perkembangan yang begitu cemerlang sehingga pada hari ini, gerakan koperasi di Malaysia yang berdaftar telah mencecah 14,657 buah koperasi dengan jumlah anggota seramai 6.5 juta. Katanya, sektor koperasi perlu menjadi lebih hebat selaras dengan sumbangannya sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta. Justeru, beliau menyeru kepada semua agensi yang terlibat khusus- nya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA supaya dapat merealisasikan matlamat 'Aspirasi Koperasi Malaysia' bagi membantu melestarikan gerakan koperasi. Tan Sri Noh berkata demikian sewaktu berucap merasmikan 'Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi Malaysia' di Kuala Lumpur, pada 12 Februari 2022. 'Program Sambutan 100 Tahun Koperasi' merupakan pengiktirafan

Bergambar bersama logo rasmi ‘100 tahun Koperasi’.

5

FEBRUARI 2022

Penggerak Utama Aspirasi Koperasi Malaysia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Datuk Mohd Ali Mansor Ketua Pengarah IKMa

Aspirasi Koperasi Malaysia bakal menjadi simbol penyatuan dan persefahaman keluarga koperasi di Malaysia menerusi bimbingan dan panduan daripada ketiga-tiga cabang iaitu SKM, IKMa dan ANGKASA. Aspirasi ini merupakan pembaharuan terhadap dokumen kerjasama yang mula dibentuk daripada Deklarasi Putrajaya pada tahun 2012. Menerusi pembaharuan tersebut, penye-larasan tugas antara SKM, IKMa dan ANGKASA akan direalisasikan mengikut justifikasi dan pendekatan tadbir urus yang baharu sesuai dengan perkembangan gerakan koperasi pada masa kini. Semoga dengan adanya penyelarasan menerusi aspirasi yang ditandatangani ini, segala program dan aktiviti akan dapat digerakkan secara lebih efisien, efektif dan berkesan dalam usaha kita untuk membantu memperkasakan gerakan koperasi. SKM dengan panduan daripada barisan lembaga pengarahnya dan pengurusan tertinggi MEDAC akan memastikan koperasi terus dibantu dan diperbaiki, dipermudahkan urusan mereka menerusi pelbagai aktiviti berkaitan serta memastikan pengawalseliaan dapat dijalankan dengan lebih baik.

Penyelarasan tugas dan peranan antara SKM, IKMa dan ANGKASA sangat perlu bagi bersama-sama memainkan peranan dengan lebih cemerlang demi merealisasikan matlamat Dasar Koperasi Negara (DKN). Tidak ada masalah untuk kita menjalankan peranan atau perkara yang sama kerana masing-masing sudah mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam bidang yang digerakkan. Namun, setiap peranan yang digerakkan itu memerlukan penyelarasan yang lebih seimbang. Sekiranya gerak kerja tersebut dapat dijalankan secara bersepadu, usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi momentum pembangunan gerakan koperasi yang dapat dicapai. IKMa akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan koperasi dan juga memperkasakan sumber manusia untuk dibekalkan dalam gerakan ini. Kerjasama itu juga amat penting, khususnya dalam aspek sokongan dan promosi aktiviti IKMa yang boleh dibantu oleh ANGKASA kepada koperasi ahlinya yang besar. Begitu juga dengan SKM yang boleh membantu dari segi khidmat nasihat dan panduan mengenai penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan menerusi Akta Koperasi.

Pembaharuan akan diselaraskan semula menerusi Aspirasi Koperasi Negara mampu memberi kesan kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan matlamat Dasar Koperasi Negara dapat dicapai. yang ANGKASA akan terus memainkan peranannya untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi menerusi aktiviti dan program yang dipertingkatkan sesuai dengan peredaran dan perkembangan sosioekonomi semasa. Aspirasi ini juga turut memberikan satu semangat baharu kepada ANGKASA dalam usahanya untuk mengatur seluruh jentera bagi membantu memperkasakan perniagaan koperasi. ANGKASA juga boleh berperanan sebagai ejen penyampai terhadap kepelbagaian sumber maklumat terkini terutamanya dalam aspek sokongan teknikal serta bantuan yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC untuk membangunkan perniagaan koperasi. Integrasi tugas seperti ini penting bagi membantu melancarkan lagi gerak kerja sekali gus membantu perniagaan koperasi untuk kekal berdaya saing di pasaran.

Penyerahan dokumen 'Aspirasi Koperasi Malaysia' kepada SKM, IKMa dan ANGKASA.

6 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Oleh RAHMAT MOHD DID ANGKASA Prihatin Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Pencemaran plastik merupakan masalah serius yang menjejaskan laut dan memberi kesan langsung kepada populasi hidupan marin seperti penyu, ikan paus dan burung laut di mana 100,000 haiwan marin terbunuh setiap tahun. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, dalam mencegah pencemaran plastik dan menggalakkan penyele-saian bagi lautan yang lebih sihat, penekanan hendaklah tertumpu

kepada penghapusan plastik guna sekali sebagai langkah pertama untuk membanteras pencemaran plastik. Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu merasmikan Program Pembersihan Pantai Hiburan, Rompin Sempena Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang pada 21 Januari 2021. Program anjuran ANGKASA Negeri Pahang (Timur, Tengah dan Barat) tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan yang boleh dimainkan masyarakat dan koperasi tentang pengurusan ekosistem dan biodiversiti pesisiran pantai dalam menyokong kelestarian alam sekitar; mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi serta meningkatkan kesedaran masyarakat dan koperasi akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan pantai. Selain itu, program ini juga mendidik masyarakat dan koperasi akan kesan negatif penggunaan plastik terhadap ekosistem marin seiiring dengan inisiatif #bebasplastik dan merekodkan maklumat sampah yang diperoleh di perairan pantai untuk inisiatif konservasi pantai. Tambah Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman lagi, program sebegini bukan sahaja mengingatkan kita tentang pentingnya peranan laut dalam kehidupan, malah bertepatan dengan prinsip koperasi

ketujuh iaitu 'Berprihatin Terhadap Masyarakat'. Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi dan koperasi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Rompin; SWCorp Negeri Pahang; Alam Flora Sdn. Bhd.; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang dan Rompin Beach Resort; Koperasi Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Rompin Berhad; Koperasi Peneroka Felda Selendang 2 Berhad; Koperasi Kolej Komuniti Rompin Berhad; Koperasi SMK Rompin Berhad dan Koperasi SMK Permai Berhad. Seramai 100 orang sukarelawan menyertai program ini. Hadir sama dalam program tersebut adalah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi JPAN Pahang Tengah (Zon 2), Haji Mansor Ab. Rahman; Pengerusi JPAN Pahang Barat (Zon 3), Dato' Syed Ali Syed Mohammad; Wakil Majlis Daerah Rompin, Puan Nurul Ain Ishak; Pegawai SKM Wilayah Muadzam, Puan Zainab Abdul Rasid; Pengurus SWCorp Kuala Rompin, Encik Ridzuan Indam; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Program Pembersihan Pantai Hiburan, Rompin Sempena Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang.

Gimik perasmian Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang.

Sebanyak 827 kilogram sampah berjaya dibersihkan dalam masa satu jam setengah.

Pemimpin koperasi dan sukarelawan berganding bahu membersihkan pantai.

7 ANGKASA

FEBRUARI 2022

‘100 Product Champion’ tembusi pasaran BHPetromart

Stesen minyak perniagaan Haji Razali Adanan BHPetrol di Jalan Meru, Klang.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Produk koperasi menerusi ‘100 Product Champion’ ANGKASA terus mendapat tempat dalam industri runcit apabila mula memasuki pasaran 93 outlet BHPetromart di Stesen Minyak BHPetrol (BHP) sekitar Lembah Klang, pada 12 Februari 2022 lalu. Sebanyak 14 produk daripada tujuh (7) buah koperasi ditempatkan di pasaran BHPetromart ini antaranya Berasli Bubur Nasi; Orikel Instant Premix Milk Tea Cup; Yom’s Original Chocolate Chip Cookies; Bijaz Crunchy Nuts Original; KUGO Fish Crackers; COOPIAT Seewed Strawberry Drink dan beberapa produk lain. Tujuh (7) buah koperasi yang mengeluarkan produk berkenaan ialah Koperasi Kakitangan Bernas Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Terengganu Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Negeri Sembilan Berhad; Koperasi Usahawan IAT Berhad; Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Berhad dan Koperasi Pengguna Muslim Klang Berhad. Bertepatan dengan moto ‘Belilah Produk Koperasi Malaysia’ #sapotlokal, ANGKASA melalui Program Pembangunan Produk ‘100 Product Champion’ dijangka akan terus mengembangkan edaran produk koperasi ke rangkaian stesen minyak lain seperti Caltex; Shell dan Petronas pada masa akan datang. Inisiatif kemasukan produk ini ke dalam pasaran BHPetromart adalah komitmen menerusi kerjasama antara ANGKASA dengan Syarikat Red Duck Sdn. Bhd. Sehingga kini, BHPetromart menyediakan 290 outlet yang menawarkan produk mesra pelanggan termasuk makanan ringan, minuman dan kelengkapan harian rumah. ‘100 Product Champion’ merupakan satu program penanda aras bagi produk koperasi untuk diterima masuk ke pasaran dalam dan luar negara melalui usaha pembangunan produk terutama dari sudut persembahan produk (pembungkusan dan pelabelan) supaya sebaris dengan produk yang dipasarkan dalam pasaran terbuka di dalam dan luar negara. Kejayaan produk ini terbukti apabila mula mendapat perhatian pasaran terutama pemain-pemain industri runcit di Pasaraya Besar Giant; AEON Big dan AEON di Lembah Klang termasuk rantaian runcit koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA 100). Manakala bagi pasaran luar negara, ‘100 Product Champion’ mencipta rekod melalui penempatan dalam rangkaian Hao Mart di Singapura pada tahun 2020 dengan mengeksport 30 Stok Penyimpanan Unit (SKU) daripada 12 buah koperasi melalui rakan strategik Amaxmall Sdn. Bhd. serta kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya (SAMAKAYA) Brunei Darussalam pada tahun lalu (2021).

Produk ‘100 Product Champion’ yang memasuki pasaran BHPetromart sekitar Lembah Klang, Februari lalu.

8 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Pelan Tindakan Bersepadu ANGKASA, SKM, IKMa dan UMK/AURA Perkasa pembangunan digitalisasi koperasi

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam sesi dialog. Haji Mohamad Ali Hasan dalam sesi dialog.

Dr. Mohd Azlan Yahya mewakili Presiden ANGKASA merasmikan program.

Oleh MOHD. ZAKUAN AZMI

ANGKASA menaruh keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan dan kepakaran semua agensi yang terlibat iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK/AURA) dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan pelan tindakan bersepadu digitalisasi yang lebih lengkap. Pelaksanaan program digitalisasi tersebut sangat penting bagi membantu menggerak dan melahirkan koperasi yang bukan sahaja celik IT, malah mampu mengambil peluang dari ekonomi digital yang menjadi tunjang perniagaan pada hari ini. Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, ANGKASA telah diberi tanggungjawab meng-gerakkan pembangunan pelan digitali-sasi untuk gerakan koperasi secara bersama. Justeru, ANGKASA mengharapkan sokongan penuh SKM, IKMa dan UMK/ AURA sebagai rakan strategik dalam membangunkan pelan tersebut sehingga dapat diimplimentasikan untuk koperasi sekali gus ditransformasikan operasi tersebut ke arah digitalisasi. "Saya mengharapkan semua yang terlibat dalam bengkel ini dapat memberi

komitmen dalam penghasilan sebuah dokumen yang komprehensif, inklusif dan mampan dalam men- tranformasikan gerakan koperasi ke arah pengamalan budaya berteknologi tinggi dalam pengurusan, pentadbiran dan perniagaan mereka," ujar beliau. penuh

Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dalam sesi dialog.

Beliau berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah merasmikan Program Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama ANGKASA selama dua hari bermula 27 Januari 2022 di Kuala Lumpur. Antara yang terlibat dalam program tersebut ialah Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengarah Bahagian Pengesanan dan Penilaian Risiko SKM, Haji Effendy O.P Andu; Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Haji Noorashidi

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar merasmikan penutupan program.

Nazari; Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Dr. Noor Raihani Zainol dan Penolong Setiausaha SPKK MEDAC, Puan Nadian Rasali. Sebanyak tiga pembentangan dijalankan sebelum bengkel bermula yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat SKM, Encik Muhammad Kamal Najib Fikrey Najib; Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi IKMa, Puan Azlifah Abas dan Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi. Bengkel Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi yang menggabungkan kerjasama antara SKM, IKMa dan UMK itu dipecahkan kepada tiga kumpulan sebelum berakhir dengan sesi pembentangan kumpulan.

Sebahagian peserta program mewakili SKM, IKMa, UMK dan ANGKASA.

9 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Sepakat berjuang majukan Koperasi Kariah Masjid

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam merangkap Felo Kuwait Foundation for the Advancement of Sciences (KFAS), Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti ke Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 26 Januari 2022. Beliau yang turut diiringi oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah KojiD Prenuer Sdn.Bhd., Haji Mohd Azlan Suhaimi telah disambut oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Kunjungan tersebut ber-tujuan untuk berkongsi idea, pengalaman dan ilmu mengenai pemerkasaan ekonomi ummah menerusi kewujudan koperasi kariah masjid di negara ini. Dalam perbincangan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah memberi gambaran secara terperinci mengenai perkembangan koperasi kariah masjid yang digerakkan oleh ANGKASA serta kejayaan yang telah dicapai oleh gerakan koperasi komuniti tersebut dalam meningkatkan sosioekonomi kariah dan komuniti setempat. Menurut beliau, perkembangan positif koperasi kariah masjid menyaksikan banyak kemajuan dicapai dan jumlah keahlian ANGKASA sehingga Disember 2021 juga telah meningkat sebanyak 400 buah koperasi. Kepelbagaian aktiviti pernia- gaan yang dijalankan oleh koperasi kariah masjid juga berjaya mem- bantu memperkasakan ekonomi ummah selain sekali gus memberi

manfaat dan kebajikan kepada anggota koperasi serta komuniti setempat. Dalam respon yang diberi- kan, Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti telah menyatakan kekaguman terhadap usaha dan inisiatif yang dipacu ANGKASA dalam memajukan koperasi kariah masjid di negara ini. Katanya, usaha pemer-kasaan ekonomi ummah sewajarnya digerakkan secara bersepadu dan berjemaah sesuai dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam koperasi iaitu bersatu hati, perpaduan, kesamaan, kesak- samaan yang menjadi asas kepada nilai dan prinsip koperasi. Beliau juga menyokong penuh usaha murni ANGKASA dan berharap akan terus komited berjuang memajukan ekonomi umat Islam di negara ini melalui kekuatan gerakan koperasi kariah masjid. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Pengerusi Lembaga Pengarah KojiD Prenuer Sdn. Bhd., Haji Abdul Razak Kassim dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti yang berasal dari Batu Gajah, Perak merupakan rakyat Malaysia pertama yang ditawarkan jawatan tetap di Universiti Oxford. Beliau juga turut memiliki kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Latin, Greek, Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris. Beliau juga terlatih sebagai seorang

Duduk dari kiri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti. Berdiri dari kiri, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohd Azlan Suhaimi dan Haji Abdul Razak Kassim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Buku Panduan dan Pembangunan Koperasi Kariah Masjid di Malaysia kepada Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti.

ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Kehebatan beliau terserlah apabila diiktiraf

dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia (The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims) pada tahun 2010.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali bergambar bersama Dato' Dr. Afifi Al-Akiti.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memperkatakan sesuatu kepada Dato' Dr. Afifi Al-Akiti.

10

ANGKASA

FEBRUARI 2022

Kerjasama ANGKASA-CUEPACS atasi masalah kos sara hidup

Oleh RAHMAT MOHD DID

membelenggu kualiti hidup rakyat di negara ini. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya telah menekankan bahawa impak kehadiran sektor ekonomi koperasi di negara ini sebenarnya masih belum cukup kuat

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedia memberikan sokongan terhadap sebarang usaha bagi melindungi anggotanya (penjawat awam) daripada terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Pendekatan berkoperasi antaranya boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah terbaik bagi mengimbangi masalah tersebut. Demikian dinyatakan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Adnan Mat sewaktu berucap merasmikan Bengkel Perbincangan Isu-Isu dan Kaedah Mengatasi Kos Sara Hidup Penjawat Awam (ANGKASA- CUEPACS) di Subang Jaya pada 10 Februari 2022. Menurut beliau, kewujudan kartel dalam sektor pemborongan dan peruncitan yang memonopoli pengedaran dan harga pasaran telah menyebabkan berlakunya masalah harga yang tidak terkawal terutamanya menjelang musim perayaan. Justeru, beliau berharap agar kerjasama yang bakal digerakkan antara CUEPACS dengan ANGKASA dapat mendorong kepada peningkatan sosioekonomi yang lebih baik dalam kalangan penjawat awam di masa akan datang. CUEPACS juga berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula struktur gaji penjawat awam agar lebih seimbang dengan keperluan semasa serta bertindak segera bagi menyelesaikan isu kartel yang

dan

Presiden CUEPACS, Dato' Adnan Mat berucap ketika merasmikan Bengkel Perbincangan Isu-Isu dan Kaedah Mengatasi Kos Sara Hidup Penjawat Awam (ANGKASA-CUEPACS).

dirasai.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya membentangkan kertas kerja berkaitan isu kos sara hidup.

“Di negara seperti

Jepun,

Korea

dan

Singapura, koperasinya

gerakan sangat mampu

amnya dalam menurunkan kos sara hidup. Dalam masa sama, beliau turut mempromosi inisiatif projek Barangan Asas 100 (BA100) sebagai salah satu kaedah untuk memerangi orang tengah dan kartel. BA100 merupakan projek nasional yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan menjadi nadi kepada program pembangunan ekonomi gerakan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang digerakkan secara bersama oleh ANGKASA, SKM dan IKMa. Rancangan pembangunan projek BA100 telah bermula sejak 2019 bagi mencapai matlamat ekonomi dan anggota koperasi khususnya dalam sektor pemborongan dan peruncitan. “Antara matlamat akhir BA100 adalah untuk menurunkan kos sara hidup, membantu koperasi dan IKS memasarkan barangan koperasi dan

besar mengawal pasaran barang asas serta berupaya menaikkan taraf sosioekonomi anggotanya. dan Inilah visi ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia. Kita mahu koperasi berperanan sebagai wahana yang membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menurunkan kos sara hidup. Tetapi untuk menjayakannya, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan", ujar beliau. Katanya, kini terdapat 448 buah koperasi kakitangan kerajaan yang berdaftar namun sebahagian daripadanya masih belum mampu memberikan sebarang impak secara signifikan kepada anggotanya,” jelasnya. Beliau berharap bengkel yang diadakan selama dua hari ini mampu menghasilkan resolusi bermanfaat kepada semua penjawat awam secara khusus dan rakyat Malaysia secara

IKS, membentuk gerakan koperasi yang kuat menerusi ekosistem yang lengkap dan menambah peluang pekerjaan kepada anggota koperasi dan rakyat Malaysia,” jelasnya. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Penasihat CUEPACS, Dato’ Azih Muda; Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA; Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengarah ROBU Consultacy, YM Raja Danir Ikram Raja Shahrome dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Bergambar kenangan bersama semua peserta.

11

ANGKASA

FEBRUARI 2022

RESOLUSI BENGKEL PERBINCANGAN ISU-ISU DAN KAEDAH MENGATASI KOS SARA HIDUP PENJAWAT AWAM (ANGKASA – CEUPACS) HOTEL GRAND DORSETT SUBANG, PETALING JAYA 9 – 10 FEBRUARI 2022 Anjuran ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD MELALUI SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN

Pada 9 – 10 Februari 2022 telah diadakan Bengkel Perbincangan Isu-Isu Dan Kaedah Mengatasi Kos Sara Hidup Penjawat Awam (ANGKASA – CEUPACS) bertempat di Grand Dorsett Subang, Petaling Jaya, Selangor. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kongress Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan ANGKASA. Bengkel ini adalah khusus untuk membincangkan tentang isu-isu dan kaedah mengatasi kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan penjawat awam pada masa kini dan bagaimana koperasi boleh membantu untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Melantik agen pengamanahan sebagai salah satu daripada kaedah untuk meraih pendapatan tambahan kepada ahli kesatuan dan anggota koperasi. CADANGAN

01

Mewujudkan platform produk CUEPACS AMANAH – sebagai peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh semua peringkat di dalam kesatuan dan koperasi serta anggota.

Meluluskan kerjasama ANGKASA dan CUEPACS untuk menjadi pemegang lesen AP bagi barangan asas dan barang kawalan. CADANGAN

02

Mewujudkan platform di antara CUEPACS dan ANGKASA untuk menjadi pemegang lesen AP bagi beberapa jenis barangan asas dan barangan kawalan.

Menyelaras semua outlet kedai BA100 di seluruh Malaysia sebagai outlet rasmi bagi tujuan penebusan e-baucar barangan asas untuk para penjawat awam. CADANGAN

03

Menjadikan e-baucar yang akan digunakan oleh kerajaan kepada ahli kesatuan dan anggota koperasi (penjawat awam) untuk transaksi pembelian barangan asas yang boleh ditebus di dalam platform Jimatshop (Kedai BA100).

Meluluskan kenaikan DSR kepada 65% bagi penjawat awam untuk menikmati faedah pembelian barangan asas melalui platform JimatShop. CADANGAN

04

Meningkatkan peratusan DSR sebanyak 5% dari peratus DSR yang sedia ada (60% kepada 65%) untuk pembelian barangan asas sahaja (USE FIRST PAY LATER) yang hanya boleh digunakan di dalam platform Jimatshop (kedai BA100).

Mewajibkan setiap jabatan kerajaan untuk mewujudkan koperasi dan kakitangan sebagai koperator untuk menjana manfaat dari segi sosial dan ekonomi serta membenarkan penggunaan ruang pejabat untuk pusat operasi koperasi. CADANGAN

05

Mendapatkan persetujuan Ketua Jabatan Kerajaan bagi penglibatan penjawat awam dalam aktitviti koperasi sebagai salah satu pendapatan tambahan yang memberi manfaat kepada organisasi dan kakitangan.

12

KOPERASI

FEBRUARI 2022

Hasanah Cafe tarikan baru Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Perniagaan seperti kafe di perkarangan masjid sememangnya mempunyai prospek yang cerah. Selain dapat menjadi tempat untuk jemaah masjid dan kariah berkumpul, bertemu dan berbincang selepas solat sambil minum-minum, fungsi kafe juga sudah menjadi budaya masyarakat kita yang suka 'mengopi' sambil beramah mesra sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama kariah setempat. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative

Oleh yang demikian, pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan berkoperasi perlu diterapkan dalam kalangan anggota melalui mesyuarat bersama anggota dan seminar yang dianjurkan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi KKM Al Hasanah Bangi Berhad, Haji Yahya Ibrahim; Nazir Masjid Al Hasanah, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

aktiviti yang memberangsangkan dan memberi manfaat kepada anggotanya selain masyarakat setempat. Hal ini bersesuaian dengan peranan masjid sebagai pusat aktiviti bagi umat Islam khususnya. Kepelbagaian aktiviti di bawah institusi masjid menggalakkan penglibatan komuniti dan kariah seterusnya mengeratkan lagi silaturrahim di antara satu sama lain melalui aktiviti ekonomi.

Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan 'Hasanah Cafe' di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 19 Februari 2022 lalu. Katanya, bilangan jemaah yang sentiasa ramai di Masjid Al- Hasanah mampu memberi impak positif kepada kelangsungan perniagaan di kafe tersebut. Hasanah Cafe yang diuruskan oleh Koperasi Kariah Masjid (KKM) Al Hasanah Bangi Berhad

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan 'Hasanah Cafe' di Masjid Al-Hasanah.

Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad, Haji Yahya Ibrahim.

Nazir Masjid Al Hasanah, Ustaz Mohd Masjid Al Hasanah, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman.

terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Kafe tersebut yang berkeluasan 225 kaki persegi juga bertempat di kawasan laluan strategik dan dilalui oleh jemaah. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA juga sedang giat untuk menggalakkan koperasi, terutamanya koperasi kariah masjid supaya terlibat dengan aktiviti peruncitan di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100). "BA100 merupakan projek nasional yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan menjadi nadi kepada program pembangunan ekonomi gerakan koperasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan digerakkan secara bersama oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Instutut Koperasi Malaysia (IKMa)," ujar beliau. Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad mampu menjadi koperasi contoh kerana menunjukkan prestasi dan perkembangan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar di depan kedai coopmart Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada warga asnaf dan anggota Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad.

Hasanah Cafe milik Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad. Cafe milik Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad.

KOPERASI

13

FEBRUARI 2022

BA100 diperluas kepada Koperasi Kariah Masjid

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Pembukaan di kawasan masjid bukan sahaja mampu memenuhi keperluan kariah setempat khsusnya dalam mendapatkan kedai koperasi barangan keperluan seharian, malah turut berperanan sebagai lambang perpaduan dan semangat bekerjasama dalam usaha pengimarahan kariah setempat. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Coopertive Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan lima unit kedai milik Koperasi Kariah Masjid (KKM)Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad pada 22 Februari 2022. Selain lot kedai yang terletak di Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong Pahang, koperasi itu juga turut menjalankan aktiviti perniagaan lain seperti pusat mencuci kenderaan ( car wash ), mengedar alat ganti kenderaan dan jualan kelapa sawit. Menurut beliau, impak pen- capaian daripada perniagaan tersebut dapat membantu membangunkan sektor ekonomi koperasi selain mem- beri kemudahan secara langsung ke- pada masyarakat setempat khususn- ya kariah masjid. Katanya, fungsi koperasi kariah masjid semakin jelas dan diperlukan sebagai antara penyumbang kepada pembangunan masjid termasuklah membantu menjayakan program pengimarahan masjid. "Kedai runcit koperasi kariah masjid juga boleh menjadi plat-form yang sangat baik dalam memberi galakan kepada kariah untuk berniaga selain berperanan sebagai pusat penjanaan ekonomi seterusnya menarik minat kariah untuk mengunjungi masjid. Projek Pembekalan Barangan Asas 100 atau lebih dikenali sebagai BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan," jelas beliau. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Wakil Bahagian Pembangunan Koperasi Suruhan- jaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pahang, Encik Mohd Raffizan Mahad; Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad, Haji Razali Zainal dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Barat (Zon 3), Dato’ Syed Ali Syed Mohammad.

D atuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap pada Mesyuarat Agung KKM Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.

Encik Mohd Raffizan Mahad, Wakil Bahagian Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pahang.

Anggota KKM Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad menghadiri Mesyuarat Agung koperasi tersebut bagi sesi 2021-2022.

Pengerusi KKM Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad, Haji Razali Zainal.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah meluangkan masa melawat Kedai Runcit KKM Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merasmikan lima unit kedai milik KKM Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.

Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.

14 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Mahasiswa perlu kreatif dalam mencipta kerjaya pilihan

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Pemupukan budaya dan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar amat penting bagi membentuk keserasian dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan masa depan. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bidang keusahawanan bukan sahaja perlu dipelajari sebagai persiapan membentuk kerjaya pilihan, malah ilmu tersebut mampu memberi sumbangan secara lebih signifikan dalam membantu majikan atau koperasi menguruskan perniagaan. Menurut beliau, bidang keusahawanan juga mampu membentuk pelajar supaya lebih kreatif dalam mencipta idea perniagaan dan lebih banyak peluang pekerjaan baharu. "Inisiatif tersebut diharap mampu menyumbang kepada keberhasilan pencapaian Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Dasar tersebut

bermatlamat

supaya

Malaysia

koperasi negara pada masa hadapan. Mereka digalakkan supaya menubuhkan koperasi dalam mengembangkan perniagaan masing-masing, selain menjadi lebih kreatif serta mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji

Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Ahmad Jamil Hashim; Ahli- Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA; Ketua Pembangunan Latihan INSKEN, Puan Norasiah Harun dan Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Hajah Haslinda Haji Ahmad.

menjadi keusahawanan menjelang tahun 2030," ujar beliau. Kursus Kerjaya dan negara Keusahawanan Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022 berlangsung selama empat hari di Port Dickson bermula 25 Februari 2022. Seramai 55 pelajar daripada pelbagai universiti seluruh negara menyertai program bermanfaat ini bagi melahirkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi yang dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan gerakan koperasi dan negara. Objektif kursus tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam mempersiapkan diri menempuh alam pekerjaan di samping menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya apabila tamat pengajian. Kursus tersebut juga dijalankan menerusi inisiatif dan sokongan dari­ pada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) iaitu sebuah agensi naungan

Tetamu yang hadir pada majlis perasmian program.

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC). 'Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan' dipilih sebagai modul utama sesuai dengan tagline INSKEN, 'Memperkasakan Usahawan Hari Esok'. Terdahulu, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta menyeru pelajar supaya menjadi pelapis pemimpin gerakan

Puan Siti Azlin Ahmad Dauta berucap merasmikan Program Kursus.

Pelajar menerima hadiah daripada Puan Siti Azlin.

Sebahagian daripada peserta program.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama peserta.

15 ANGKASA

FEBRUARI 2022

ANGKASA - NAFAS permudah pengeluaran produk makanan dan hasil ladang

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merancang untuk menjalin kerjasama perniagaan bagi memperkasakan aktiviti ekonomi khususnya dalam pengeluaran hasil ladang berskala besar. Kerjasama tersebut diharap dapat membantu meningkatkan impak sosioekonomi sekali gus membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga yang lebih konsisten, bekalan yang lebih mencukupi selain mencipta lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada sektor koperasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sidang media yang berlangsung di bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada 24 Februari 2022. Menurut beliau, inisiatif untuk mem-bangunkan aktiviti ekonomi oleh kedua belah pihak itu lebih

Sesi perbincangan bersama Dato Haji Zamri Yaakob.

Mesyuarat Khas Gabungan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Pahang yang berlangsung di bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang .

Dato' Haji Zamri Yaakob menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

tertumpu kepada industri pengeluaran produk seperti ayam, telur dan minyak masak. Katanya, selain berperanan sebagai pengeluar berskala besar, ANGKASA dan NAFAS juga boleh menjadi antara pemudahcara pengeluaran dan pengimportan hasil ladang utama negara. Inisiatif tersebut diharap dapat membentuk dan mempengaruhi sinergi harga dan faktor bekalan bahan makanan yang lebih stabil terutamanya sewaktu musim perayaan. Pada hari yang sama, Datuk Seri Abdul Fattah turut menghadiri Mesyuarat Khas Gabungan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Pahang bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung yang bakal diadakan pada bulan Mac. Mesyuarat yang berlangsung di Bangunan RISDA Negeri Pahang, Kuantan itu melibatkan penyertaan sembilan gabungan koperasi pekebun kecil negeri tersebut dan dipengerusikan oleh Dato' Haji Zamri Yaakob yang juga merupakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS. Hadir sama dalam sesi mesyuarat tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus ANGKASA Pahang Timur (Zon 1), Puan Subaizah Baharuddin.

Anggota mesyuarat bergambar di perkarangan bangunan RISDA Negeri Pahang.

16 ANGKASA

FEBRUARI 2022

ANGKASA jalin kerjasama dengan Biovet dalam industri penternakan

Oleh RAHMAT MOHD DID

"Koperasi ahli ANGKASA yang berminat dan mempunyai dana mencukupi perlu merebut peluang ini dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Biovet International bagi mendapatkan kepakaran dan bekalan daging tempatan pada harga berpatutan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan daging import. "Pakej yang mereka tawarkan adalah projek ternakan secara pasaran tetap dengan kepakaran teknikal di atas tanah sendiri dengan modal minimum RM75,000 hingga RM500,000," jelasnya. Terdahulu, Pengasas Biovet International Sdn. Bhd., Encik Syed Naufal Putra Syed Jaafar dalam ucapannya memberitahu, Hotel Veterinar Biovet Kuala Tekal di Temerloh kini memiliki hampir 600 ekor kambing daripada pelbagai jenis baka hasil daripada 345 peserta di seluruh negara. "Biovet juga berjaya menarik minat peserta dari Belanda, Indonesia, Singapura dan Yaman yang telah menyertai program ternakan ber- sama kami," katanya. Hotel Veterinar Biovet mula ditubuhkan pada tahun 2019 bertapak

Angkatan Malaysia

Koperasi Berhad

Kebangsaan

(ANGKASA) mengorak langkah ke hadapan melalui jalinan kerjasama dengan Biovet International Sdn. Bhd. pada 26 Februari 2022. Kerjasama ini dimulakan dengan penyerahan 83 ekor kambing kepada tiga koperasi ahli ANGKASA iaitu Koperasi Bimbingan Ihsan Temerloh Berhad (KOBI), Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab Temerloh Berhad (KOGURU) dan Koperasi Keluarga Haji Mohd Ilyas (KOPMAI). Ini merupakan simbolik kepada jalinan kerjasama yang telah diikat. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kerjasama dengan pihak Biovet International ini membuka jalan kepada koperasi yang mempunyai dana mencukupi untuk melabur dalam industri penternakan. "Ini adalah langkah yang tepat pada masanya dan diharap dapat menyumbang kepada Pertubuhan Kadar Sara Diri (SSL) untuk pengeluaran daging ruminan sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2030.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menandatangani plak sebagai gimik perasmian.

di Kuala Tekal, Temerloh Pahang bermula dengan dua ekor kambing. Kini, mereka sudah mempunyai 17 buah ladang dan lebih daripada 900 ekor bebiri di seluruh negara. Tujuan utama Biovet ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kadar pengeluaran bebiri di Malaysia setan- ding dengan negara maju yang lain. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Operasi Biovet International Sdn. Bhd., Puan Sharifah

Hafidha Syed Omar, Pegawai Penyelia Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM)Temerloh,EncikMohd Hafizu Sulaiman; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Tengah (Zon 2), Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengerusi JPAN Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.

Tiga buah koperasi yang menerima sumbangan kambing biri-biri daripada Biovet.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease