WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2022

15 ANGKASA

FEBRUARI 2022

ANGKASA - NAFAS permudah pengeluaran produk makanan dan hasil ladang

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merancang untuk menjalin kerjasama perniagaan bagi memperkasakan aktiviti ekonomi khususnya dalam pengeluaran hasil ladang berskala besar. Kerjasama tersebut diharap dapat membantu meningkatkan impak sosioekonomi sekali gus membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga yang lebih konsisten, bekalan yang lebih mencukupi selain mencipta lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada sektor koperasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sidang media yang berlangsung di bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada 24 Februari 2022. Menurut beliau, inisiatif untuk mem-bangunkan aktiviti ekonomi oleh kedua belah pihak itu lebih

Sesi perbincangan bersama Dato Haji Zamri Yaakob.

Mesyuarat Khas Gabungan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Pahang yang berlangsung di bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang .

Dato' Haji Zamri Yaakob menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

tertumpu kepada industri pengeluaran produk seperti ayam, telur dan minyak masak. Katanya, selain berperanan sebagai pengeluar berskala besar, ANGKASA dan NAFAS juga boleh menjadi antara pemudahcara pengeluaran dan pengimportan hasil ladang utama negara. Inisiatif tersebut diharap dapat membentuk dan mempengaruhi sinergi harga dan faktor bekalan bahan makanan yang lebih stabil terutamanya sewaktu musim perayaan. Pada hari yang sama, Datuk Seri Abdul Fattah turut menghadiri Mesyuarat Khas Gabungan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Pahang bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung yang bakal diadakan pada bulan Mac. Mesyuarat yang berlangsung di Bangunan RISDA Negeri Pahang, Kuantan itu melibatkan penyertaan sembilan gabungan koperasi pekebun kecil negeri tersebut dan dipengerusikan oleh Dato' Haji Zamri Yaakob yang juga merupakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS. Hadir sama dalam sesi mesyuarat tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus ANGKASA Pahang Timur (Zon 1), Puan Subaizah Baharuddin.

Anggota mesyuarat bergambar di perkarangan bangunan RISDA Negeri Pahang.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease