WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2022

17 ANGKASA KOPERASI

FEBRUARI 2022

Tambah nilai perniagaan koperasi

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Aktiviti koperasi hendaklah sentiasa dikaji dan ditambah nilai mengikut perkembangan sosioekonomi se- masa bagi menarik minat lebih ramai generasi muda khususnya anak-anak pekebun kecil menyertai gerakan koperasi. Bagi merealisasikannya, kepim- pinan koperasi perlu mencari jalan dengan mewujudkan perniagaan baharu yang lebih relevan dan sesuai dengan jiwa masyarakat sekali gus membentuk lebih ramai usahawan selain peluang pekerjaan baharu dalam sektor koperasi. Demikian ditekankan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB Dato' Mustafa Long dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad (KENDALI) pada 15 Februari 2022. Beliau mewakili Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri 1 Kementerian Luar Bandar, YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman Mohamad. Menurut Dato' Mustafa, generasi muda dilihat lebih cenderung untuk mencari rezeki di bandar dan kurang berminat untuk mewarisi pekerjaan di kebun getah atas faktor kewangan dan perubahan gaya hidup. "Oleh itu, bagi membangunkan ekonomi baharu, saham anggota perlulah ditingkatkan dan jangan hanya berharap kepada pinjaman daripada institusi kewangan semata-mata. Ini bagi mengelakkan risiko beban hutang yang tinggi selain kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan jumlah yang sewajarnya," ujar beliau. Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Barat (Zon 3), Dato’ Syed Ali Syed Mohammad; Pengarah RISDA Negeri Pahang, Encik Esa Rahman; Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Raub, Lipis dan Cameron Highlands, Encik Saffuan Fathi Md Shuhaimi dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Sesi diteruskan sejurus selepas majlis perasmian dengan beberapa siri pembentangan dan pengesahan agenda mesyuarat seperti Minit

Barisan Anggota Lembaga KENDALI dan pengurusan bergambar bersama Encik Saffuan Fathi Md Shuhaimi (duduk tiga dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada YB Dato' Mustafa.

YB Dato' Mustafa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KENDALI.

Mesyuarat lalu bertarikh 15 Julai 2019, Laporan Lembaga bagi tahun 2019, 2020 dan 2021, Penyata Kewangan Beraudit Tahun Berakhir pada 31 Disember Agung yang

menyaksikan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dilantik sebagai Pengerusi bagi penggal seterusnya.

2019 dan 2020 serta pemilihan empat Anggota Lembaga baharu. Mesyuarat Agung yang merekodkan kehadiran anggota seramai 350 orang itu juga turut

Sebahagian daripada 350 perwakilan yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease