18 KOPERASI
FEBRUARI 2022
KOPUTRA sasar 10 Pusat Smart Reader
KOPUTRA dan Smart Reader bersama wakil koperasi yang berminat menubuhkan Pusat Smart Reader Kids.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Alias telah disaksikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. KOPUTRA dan Smart Reader Worldwide turut mengadakan perbincangan untuk mengadakan perkongsian dengan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad, Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad, Koperasi Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Berhad untuk menubuhkan pusat Smart Reader Kids. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Datuk Dr. Radzali Hassan dan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Mohamad Nazer Hashim.
Majlis randum menandatangani persefahaman antara Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dengan Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd. sebagai francais korporat pertama mereka di dalam pendidikan awal kanak-kanak telah berlangsung 29 Januari 2022 lalu di Tamarind Square, Cyberjaya. Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dalam ucapannya berkata, pencapaian signifikan memo yang diharapkan menerusi MoU tersebut diharap dapat membantu meningkatkan standard pendidikan awal milik koperasi. Beliau turut menyasarkan penubuhan 10 pusat
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
baharu pada tahun 2022 selain merancang untuk membuka lebih banyak lagi pada masa hadapan. Menurut beliau, selain di Cyberjaya, KOPUTRA juga akan melancarkan tiga lagi pusat Smart Reader Kids yang terletak di Pusat Bandar Senawang (Negeri Sembilan), Seksyen U13 (Setia Alam, Shah Alam) dan Taman Belimbing (Seri Kembangan) dalam masa terdekat. MoU tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader, Dato' Sri Dr Richard Ong dan KOPUTRA yang diwakili Haji Zaharuddin
MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader, Dato' Sri Dr Richard Ong dan KOPUTRA yang diwakili Tuan Haji Zaharuddin Alias telah disaksikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyempurnakan Majlis Perasmian Smart Reader Kids®️ Tamarind Square, Cyberjaya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease