3 ANGKASA
FEBRUARI 2022
Sementara Program 'Jualan Keluarga Malaysia dan Koperasi' anjuran Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA turut diadakan Dewan MBIP Taman Nusantara, Gelang Patah dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru sempena Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia. Jualan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung gandum di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) termasuk produk keluaran koperasi yang dijual selama dua hari pada 18 dan 19 Februari 2022 berjaya mencapai angka keseluruhan jualan sebanyak RM89,101.40.
Tan Sri Noh sempat mengunjungi gerai jualan BA100 ANGKASA di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berpeluang berbelanja di gerai jualan BA100 ANGKASA
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkesempatan melayan pelanggan di gerai jualan BA100 ANGKASA.
Masyarakat setempat menyambut baik inisiatif jualan produk barangan asas yang dijalankan oleh ANGKASA dengan kerjasama kerajaan melalui SKM yang benar-benar membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Dari Meja Presiden
ANGKASA terus komited menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan apeks dengan merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi. Usaha tersebut juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang lebih holistik, kondusif dan mampan. Kita amat berharap agar komitmen yang diberikan oleh kerajaan ini dapat menzahirkan kejayaan dalam tadbir urus sektor ekonomi koperasi. Sama-samalah kita mendoakan semoga gerakan koperasi terus berkembang maju dan menjadi platform terbaik dalam membantu dan memperkasakan sosioekonomi anggota serta masyarakat.
Kesungguhan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk membantu merancakkan sektor perniagaan koperasi menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan kejayaan amat dirasai dan dihargai. Seiring dengan usia 100 tahun koperasi di Malaysia, gerakan koperasi sebenarnya telah berkembang dengan begitu pesat dan banyak kejayaan telah dicapai. Namun, cabaran sosioekonomi semasa yang membelenggu tadbir urus koperasi memerlukan sokongan dan dokongan daripada pihak kerajaan khususnya dalam aspek bantuan kewangan dan peraturan undang-undang.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease