WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2022

5

FEBRUARI 2022

Penggerak Utama Aspirasi Koperasi Malaysia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Datuk Mohd Ali Mansor Ketua Pengarah IKMa

Aspirasi Koperasi Malaysia bakal menjadi simbol penyatuan dan persefahaman keluarga koperasi di Malaysia menerusi bimbingan dan panduan daripada ketiga-tiga cabang iaitu SKM, IKMa dan ANGKASA. Aspirasi ini merupakan pembaharuan terhadap dokumen kerjasama yang mula dibentuk daripada Deklarasi Putrajaya pada tahun 2012. Menerusi pembaharuan tersebut, penye-larasan tugas antara SKM, IKMa dan ANGKASA akan direalisasikan mengikut justifikasi dan pendekatan tadbir urus yang baharu sesuai dengan perkembangan gerakan koperasi pada masa kini. Semoga dengan adanya penyelarasan menerusi aspirasi yang ditandatangani ini, segala program dan aktiviti akan dapat digerakkan secara lebih efisien, efektif dan berkesan dalam usaha kita untuk membantu memperkasakan gerakan koperasi. SKM dengan panduan daripada barisan lembaga pengarahnya dan pengurusan tertinggi MEDAC akan memastikan koperasi terus dibantu dan diperbaiki, dipermudahkan urusan mereka menerusi pelbagai aktiviti berkaitan serta memastikan pengawalseliaan dapat dijalankan dengan lebih baik.

Penyelarasan tugas dan peranan antara SKM, IKMa dan ANGKASA sangat perlu bagi bersama-sama memainkan peranan dengan lebih cemerlang demi merealisasikan matlamat Dasar Koperasi Negara (DKN). Tidak ada masalah untuk kita menjalankan peranan atau perkara yang sama kerana masing-masing sudah mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam bidang yang digerakkan. Namun, setiap peranan yang digerakkan itu memerlukan penyelarasan yang lebih seimbang. Sekiranya gerak kerja tersebut dapat dijalankan secara bersepadu, usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi momentum pembangunan gerakan koperasi yang dapat dicapai. IKMa akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan koperasi dan juga memperkasakan sumber manusia untuk dibekalkan dalam gerakan ini. Kerjasama itu juga amat penting, khususnya dalam aspek sokongan dan promosi aktiviti IKMa yang boleh dibantu oleh ANGKASA kepada koperasi ahlinya yang besar. Begitu juga dengan SKM yang boleh membantu dari segi khidmat nasihat dan panduan mengenai penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan menerusi Akta Koperasi.

Pembaharuan akan diselaraskan semula menerusi Aspirasi Koperasi Negara mampu memberi kesan kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan matlamat Dasar Koperasi Negara dapat dicapai. yang ANGKASA akan terus memainkan peranannya untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi menerusi aktiviti dan program yang dipertingkatkan sesuai dengan peredaran dan perkembangan sosioekonomi semasa. Aspirasi ini juga turut memberikan satu semangat baharu kepada ANGKASA dalam usahanya untuk mengatur seluruh jentera bagi membantu memperkasakan perniagaan koperasi. ANGKASA juga boleh berperanan sebagai ejen penyampai terhadap kepelbagaian sumber maklumat terkini terutamanya dalam aspek sokongan teknikal serta bantuan yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC untuk membangunkan perniagaan koperasi. Integrasi tugas seperti ini penting bagi membantu melancarkan lagi gerak kerja sekali gus membantu perniagaan koperasi untuk kekal berdaya saing di pasaran.

Penyerahan dokumen 'Aspirasi Koperasi Malaysia' kepada SKM, IKMa dan ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease