WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2022

6 ANGKASA

FEBRUARI 2022

Oleh RAHMAT MOHD DID ANGKASA Prihatin Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Pencemaran plastik merupakan masalah serius yang menjejaskan laut dan memberi kesan langsung kepada populasi hidupan marin seperti penyu, ikan paus dan burung laut di mana 100,000 haiwan marin terbunuh setiap tahun. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, dalam mencegah pencemaran plastik dan menggalakkan penyele-saian bagi lautan yang lebih sihat, penekanan hendaklah tertumpu

kepada penghapusan plastik guna sekali sebagai langkah pertama untuk membanteras pencemaran plastik. Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu merasmikan Program Pembersihan Pantai Hiburan, Rompin Sempena Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang pada 21 Januari 2021. Program anjuran ANGKASA Negeri Pahang (Timur, Tengah dan Barat) tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan yang boleh dimainkan masyarakat dan koperasi tentang pengurusan ekosistem dan biodiversiti pesisiran pantai dalam menyokong kelestarian alam sekitar; mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi serta meningkatkan kesedaran masyarakat dan koperasi akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan pantai. Selain itu, program ini juga mendidik masyarakat dan koperasi akan kesan negatif penggunaan plastik terhadap ekosistem marin seiiring dengan inisiatif #bebasplastik dan merekodkan maklumat sampah yang diperoleh di perairan pantai untuk inisiatif konservasi pantai. Tambah Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman lagi, program sebegini bukan sahaja mengingatkan kita tentang pentingnya peranan laut dalam kehidupan, malah bertepatan dengan prinsip koperasi

ketujuh iaitu 'Berprihatin Terhadap Masyarakat'. Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi dan koperasi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Rompin; SWCorp Negeri Pahang; Alam Flora Sdn. Bhd.; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang dan Rompin Beach Resort; Koperasi Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Rompin Berhad; Koperasi Peneroka Felda Selendang 2 Berhad; Koperasi Kolej Komuniti Rompin Berhad; Koperasi SMK Rompin Berhad dan Koperasi SMK Permai Berhad. Seramai 100 orang sukarelawan menyertai program ini. Hadir sama dalam program tersebut adalah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi JPAN Pahang Tengah (Zon 2), Haji Mansor Ab. Rahman; Pengerusi JPAN Pahang Barat (Zon 3), Dato' Syed Ali Syed Mohammad; Wakil Majlis Daerah Rompin, Puan Nurul Ain Ishak; Pegawai SKM Wilayah Muadzam, Puan Zainab Abdul Rasid; Pengurus SWCorp Kuala Rompin, Encik Ridzuan Indam; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Program Pembersihan Pantai Hiburan, Rompin Sempena Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang.

Gimik perasmian Sambutan Jubli Emas ANGKASA Ke-50 Tahun Peringkat Negeri Pahang.

Sebanyak 827 kilogram sampah berjaya dibersihkan dalam masa satu jam setengah.

Pemimpin koperasi dan sukarelawan berganding bahu membersihkan pantai.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease