7 ANGKASA
FEBRUARI 2022
‘100 Product Champion’ tembusi pasaran BHPetromart
Stesen minyak perniagaan Haji Razali Adanan BHPetrol di Jalan Meru, Klang.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Produk koperasi menerusi ‘100 Product Champion’ ANGKASA terus mendapat tempat dalam industri runcit apabila mula memasuki pasaran 93 outlet BHPetromart di Stesen Minyak BHPetrol (BHP) sekitar Lembah Klang, pada 12 Februari 2022 lalu. Sebanyak 14 produk daripada tujuh (7) buah koperasi ditempatkan di pasaran BHPetromart ini antaranya Berasli Bubur Nasi; Orikel Instant Premix Milk Tea Cup; Yom’s Original Chocolate Chip Cookies; Bijaz Crunchy Nuts Original; KUGO Fish Crackers; COOPIAT Seewed Strawberry Drink dan beberapa produk lain. Tujuh (7) buah koperasi yang mengeluarkan produk berkenaan ialah Koperasi Kakitangan Bernas Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Terengganu Berhad; Koperasi Usahawan Groom Big Negeri Sembilan Berhad; Koperasi Usahawan IAT Berhad; Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Berhad dan Koperasi Pengguna Muslim Klang Berhad. Bertepatan dengan moto ‘Belilah Produk Koperasi Malaysia’ #sapotlokal, ANGKASA melalui Program Pembangunan Produk ‘100 Product Champion’ dijangka akan terus mengembangkan edaran produk koperasi ke rangkaian stesen minyak lain seperti Caltex; Shell dan Petronas pada masa akan datang. Inisiatif kemasukan produk ini ke dalam pasaran BHPetromart adalah komitmen menerusi kerjasama antara ANGKASA dengan Syarikat Red Duck Sdn. Bhd. Sehingga kini, BHPetromart menyediakan 290 outlet yang menawarkan produk mesra pelanggan termasuk makanan ringan, minuman dan kelengkapan harian rumah. ‘100 Product Champion’ merupakan satu program penanda aras bagi produk koperasi untuk diterima masuk ke pasaran dalam dan luar negara melalui usaha pembangunan produk terutama dari sudut persembahan produk (pembungkusan dan pelabelan) supaya sebaris dengan produk yang dipasarkan dalam pasaran terbuka di dalam dan luar negara. Kejayaan produk ini terbukti apabila mula mendapat perhatian pasaran terutama pemain-pemain industri runcit di Pasaraya Besar Giant; AEON Big dan AEON di Lembah Klang termasuk rantaian runcit koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA 100). Manakala bagi pasaran luar negara, ‘100 Product Champion’ mencipta rekod melalui penempatan dalam rangkaian Hao Mart di Singapura pada tahun 2020 dengan mengeksport 30 Stok Penyimpanan Unit (SKU) daripada 12 buah koperasi melalui rakan strategik Amaxmall Sdn. Bhd. serta kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya (SAMAKAYA) Brunei Darussalam pada tahun lalu (2021).
Produk ‘100 Product Champion’ yang memasuki pasaran BHPetromart sekitar Lembah Klang, Februari lalu.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease