WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2022

NOVEMBER 2022 JILID: WP04 /11

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

SKM-IKMa-ANGKASA Komited Perkukuh AsKOM

Konvensyen Aspirasi Koperasi Malaysia (AsKOM) yang telah berlangsung pada 18 Oktober 2022 di Wisma Ungku A. Aziz mengumpulkan beberapa pegawai atasan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Ketua Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh; Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Amran Abd Kadir; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Setiausaha (Pembangunan Tan Sri Noh dalam ucapannya berkata, barisan Anggota Lembaga Pengarah dalam setiap organisasi perlu mempunyai wakil daripada dua organisasi yang lain dalam usaha untuk memastikan kerjasama itu sentiasa kukuh dan terpelihara. “Sebagai contoh, dalam SKM ada wakil daripada IKMa dan ANGKASA. Begitu juga sebaliknya untuk IKMa dan ANGKASA yang perlu ada wakil daripada SKM" ujar beliau. Tambah beliau, kerajaan sentiasa menumpukan usaha memanfaatkan gerakan koperasi dalam

pembangunan usahawan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025). Katanya juga, melalui federasi koperasi pertanian dan industri asas tani, koperasi boleh menggalas peranan lebih aktif dalam industri agromakanan negara dengan mengambil pendekatan pemasaran kontrak atau ‘contract farming’. Tan Sri Noh turut menyatakan harapannya untuk melihat Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia direalisasikan, penggunaan logo "Coop Sejak 1922" yang lebih meluas pada produk keluaran koperasi dan memperluas lagi modul koperasi kariah masjid di peringkat global.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA komited dalam memperkukuh kerjasama untuk memastikan Sektor Koperasi terus memberi sumbangan signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Komitmen yang dipersetujui antara tiga organisasi tersebut tercapai melalui Konvensyen Aspirasi Koperasi Malaysia (AsKOM) yang telah berlangsung pada 18 Oktober 2022 di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya. Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar. Hadir sama ialah Timbalan

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2

Tan Sri Noh Haji Omar menunjukkan buku Ulang Tahun Ke-50 Jubli Emas ANGKASA 2021. Turut sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, (kiri sekali), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (dua dari kanan), Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan), Encik Amran Haji Abd. Kadir (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor (kanan sekali).

DARI MUKA 1

AsKOM yang telah ditandatangani oleh SKM, IKMa dan ANGKASA pada 12 Februari 2022, merupakan kesinambungan daripada Deklarasi Putrajaya yang telah ditandatangani oleh tiga organisasi itu pada 13 Julai 2012. Hadir sama dalam program ialah Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa (secara maya) dan Encik Azizul Alias, barisan Pengerusi Federasi, barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan barisan pengurusan kanan ANGKASA.

Beliau juga berharap untuk melihat penubuhan sebuah koperasi yang setaraf dengan Bank Rakyat dan wujudnya sebuah bursa saham koperasi pada masa hadapan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata ekosistem yang mantap iaitu dasar, polisi dan undang-undang yang mesra koperasi serta sokongan daripada kerajaan mampu membantu Sektor Koperasi untuk meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut beliau, antara objektif utama konvensyen tersebut diadakan adalah untuk menyelaras fungsi, peranan dan tindakan ketiga-tiga organisasi untuk memastikan sumber penggunaan tenaga yang cekap, berkesan dan berprestasi tinggi. Turut berlangsung ialah pembentangan kertas kerja oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi SKM, Encik Mohd Firdaus Hussin; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh. Satu sesi penyelarasan AsKOM pula menampilkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Encik Amran Abd Kadir, Datuk Mohd Ali Mansor dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator.

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada Konvensyen AsKOM. daripada peserta yang hadir pada Konvensyen AsKOM.

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi

Muat Turun Aplikasi

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

3

PENYELARASAN ASPIRASI KOPERASI MALAYSIA (AsKOM)

Sesi penyelarasan Aspirasi Koperasi Malaysia (AskOM) menampilkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik penyelarasan Aspirasi Koperasi Malaysia (AskOM) menampilkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Amran Abd Kadir (dua dari kanan), Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor (kanan sekali) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kiri) sebagai moderator. Pembentangan Kertas Kerja

Pembentangan KERTAS KERJA 1

Pembentangan KERTAS KERJA 2

Pembentangan KERTAS KERJA 3

Tajuk: Pelan Pelaksanaan & Pencapaian Pembangunan Sosioekonomi Koperasi Dibentangkan oleh: Encik Mohd Firdaus Bin Hussin Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Tajuk: Pelan Pelaksanaan & Pencapaian Program Latihan dan Pendidikan Dibentangkan oleh: Encik Mohd Zaib bin Mat Yunus Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

Tajuk: Pelan Pelaksanaan & Pencapaian Pembangunan dan Jaringan Perniagaan Koperasi Dibentangkan oleh: YBhg. Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Dari Meja Presiden

boleh dilaksanakan menerusi penyelarasan ketiga-tiga agensi (SKM - IKMa - ANGKASA) seperti yang terkandung di dalam AsKOM. Justeru, koperasi wajar mengambil peluang yang disediakan dengan mengembangkan lagi aktiviti perniagaan berteraskan agromakanan. Peluang tersebut dilihat sebagai wajar dan perlu diberi keutamaan bagi memperkasakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ke arah bekalan barangan makanan dan keperluan pengguna secara lebih terkawal. Kita mahu memastikan sektor pembuatan, peruncitan dan pemborongan koperasi terutamanya produk asas dapat menguasai pasaran sekurang-kurangnya membantu anggota dengan memastikan harga jualan yang lebih rendah dan berpatutan.

Usaha untuk terus memayungi koperasi menerusi Bajet 2023 dengan peruntukan RM100 juta di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) membuktikan keprihatinan berterusan kerajaan demi melestarikan gerakan koperasi dan seluruh anggotanya. Sejajar dengan perkembangan sosioekonomi yang menyaksikan pelbagai cabaran terutamanya dalam aspek kawalan harga produk asas, Bajet 2023 memberi fokus kepada pembiayaan untuk membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan. Inisiatif ini dilihat mampu merangsang pembangunan 14,834 koperasi di negara ini menerusi pelbagai aktiviti perniagaan yang

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4

ANGKASA

NOVEMBER 2022

Bajet 2023: Manifestasi Usaha Kerajaan Bantu Usahawan dan Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri sekali), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh (tengah) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad (kanan sekali).

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan gerakan koperasi diberi perhatian sewajarnya dalam Bajet 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) pada tahun hadapan bagi menyediakan pembiayaan kepada koperasi dalam mengembangkan industri agromakanan. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa usaha tersebut turut disokong oleh Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ke arah memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan pengguna sentiasa konsisten pada harga yang lebih murah. “Awal bulan ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz telah membentangkan bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang memperuntukkan RM668.4 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi pembangunan usahawan dan koperasi. “Peruntukan ini juga mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia tertinggal sama ada mereka yang tinggal di ceruk desa sehingga ke tengah kota, semuanya mendapat manfaat.” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor yang berlangsung selama sehari di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 20 Oktober 2022. Program yang dianjurkan secara bersama oleh KUSKOP dan Kementerian Kewangan tersebut melibatkan hampir 10,000 orang usahawan dan koperasi yang menawarkan pelbagai produk dan barangan pada harga berpatutan. Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri lagi, penganjuran karnival ini merupakan manifestasi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dalam menyediakan sebuah

Dif kehormat bergambar bersama kira-kira 10,000 orang yang hadir.

Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021 hingga 2025 dalam memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing,” jelasnya. Dalam acara sama, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut melawat dan memberi sokongan kepada Kedai Harga Patut BA100 yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz; Timbalan Menteri KUSKOP, Tuan Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Jahaya Ibrahim.

ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif dan berharap dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada semua yang terlibat untuk memantapkan dan mengembangkan perniagaan masing-masing. Sebelum itu, Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar dalam ucapan aluannya berkata, KUSKOP komited dalam membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), usahawan informal dan koperasi dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan. Katanya, bagi menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan usahawan Keluarga Malaysia pula, syarat penubuhan koperasi telah dipermudahkan dengan mengurangkan jumlah anggota daripada 50 orang kepada 20 orang dan juga membenarkan penubuhan koperasi dengan hanya lima orang anggota sahaja khusus bagi kumpulan profesional seperti doktor, arkitek dan akauntan.

5

ANGKASA

NOVEMBER 2022

ANGKASA Terima Cek Dividen ARC

Majlis penyerahan cek tersebut yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya disampaikan oleh Pengerusi Lembaga ARC yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. ARC yang merupakan anak syarikat milik penuh ANGKASA adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman antara ANGKASA dengan Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) yang ditandatangani pada 9 Mac 2018. ARC menawarkan kursus-kursus yang boleh meningkatkan kompetansi dan profesional dalam kalangan anggota koperasi. Pada masa kini, ARC telah menjalankan kursus-kursus keselamatan dan kesihatan serta kursus pelaksanaan audit dalaman kepada Anggota Lembaga Koperasi dan kakitangan koperasi. ARC juga turut menawarkan perkhidmatan perundingan kepada koperasi perladangan yang hendak mendapatkan Pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) MS2530- 3:2013. Pada tahun 2022, koperasi yang menggunakan ARC sebagai perunding

untuk mengekalkan pensijilan MSPO telah meningkat kepada 31 buah koperasi. ARC kini dalam proses membantu 10 buah koperasi yang mempunyai produk makanan untuk mendapatkan pensijilan halal. Sebanyak tiga buah koperasi telah pun mencapai Pensijilan Halal iaitu Koperasi Keluarga Haji Abul Latif Seremban Berhad, Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad dan Koperasi Keluarga Nik Meriam Berhad Untuk tahun 2022, sebanyak lima buah koperasi di Sabah dilibatkan untuk program pemetaan ladang. Selaras dengan masalah kekurangan pekerja di ladang kelapa sawit, program mekanisasi telah ditawarkan kepada koperasi yang memerlukan penggunaan peralatan dan jentera pada tahun 2022. Hadir sama dalam majlis penyerahan cek tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah menerima cek daripada Pengerusi Lembaga ARC, Dr. Mohd Azlan Yahya. Turut sama ialah Encik Hasnan Haji Mustapha (kanan) dan Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri).

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menerima cek ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) sebanyak RM31,370.00 sebagai dividen kepada ANGKASA pada 13 Oktober 2022 yang lalu.

Santuni Golongan Asnaf Ringankan Beban

anak yatim dan ibu tunggal di samping meningkatkan kemahiran diri. Persatuan ini diasaskan oleh Allahyarhamah Hajah Kamariah dan kini diambil alih sepenuhnya oleh anak beliau, Puan Noorsidah Yahya selaku Pengurus setelah pemergian ibunya sejak lima tahun lalu. Puan Noorsidah berkata, rumah berkenaan kini menjadi tempat perlindungan mereka yang kurang bernasib baik dan jumlahnya kini semakin bertambah setiap tahun sehingga mencecah 40 orang yang datang pada hujung minggu mahu pun hari tertentu mengikut program yang diatur. Menurut Puan Noorsidah, aktiviti keagamaan seperti pengajian al- Quran, tazkirah dan ceramah agama menjadi keutamaan program buat penghuni warga emas dan ibu tunggal di rumah berkenaan selain aktiviti kelas jahitan dan perbincangan. Sementara itu, pada hujung minggu pula, anak-anak yatim akan menghadiri kelas tambahan, kelas mengaji al- Quran dan ceramah mingguan selain mengikuti program lawatan di lokasi bersejarah yang dianjurkan persatuan ini pada cuti sekolah. Puan Noorsidah berkata, kebanyakan bantuan yang diterima persatuan ini adalah hasil sumbangan penderma persendirian, syarikat swasta dan juga badan-badan kerajaan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah cuba mengenakan Seri Dr. Abdul Fattah cuba mengenakan pakaian sekolah salah seorang penghuni Persatuan Rumah Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah.

Puan Noorsidah menerima sumbangan berupa barangan asas melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) dan keperluan sekolah seperti pakaian sekolah.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

kehidupan mereka lebih baik dan terbela selain membantu meringankan beban mereka,” katanya. Presiden ANGKASA juga menyeru kepada semua koperasi untuk turut sama memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan kerana ada keberkatan di sebalik setiap sumbangan yang disampaikan. Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah yang bertapak di Taman Medan lebih 35 tahun lalu kini dijadikan tempat berkumpul dan aktiviti pengurusan diri serta pembelajaran bagi anak-

dan seperti pakaian kepada penghuni persatuan berkenaan. keperluan sekolah Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, selain berperanan menjana ekonomi koperasi, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi turut mengambil berat soal kepentingan tanggungjawab sosial serta menjaga kebajikan masyarakat setempat yang memerlukan bertepatan dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat.’ “Ibu tunggal dan anak yatim perlu diberikan perhatian bagi memastikan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada 21 September 2022 berkesempatan melawat dan menyalurkan bantuan kepada Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di Taman Medan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Program COOPCARE ANGKASA seikhlas hati memberi sumbangan berupa barangan asas melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100)

6 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

NOVEMBER 2022

Kerjasama NCMF, BMEA dan ANGKASA Bantu Perkukuh Sosioekonomi Koperasi di Filipina

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

(Sektor ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Karporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Pengarah NCMF iaitu Ms. Kerajaan) Saleha P. Sacar yang turut sama dalam perbincangan tersebut telah membentangkan mengenai situasi tahap sosioekonomi koperasi dan anggota koperasi khususnya dalam kalangan masyarakat Islam di Filipina. Sementara itu, wakil NCMF iaitu ArhamPangadapantelahmenjemput ANGKASA untuk menghadiri Hari Koperasi di Filipina. Pihak NCMF juga turut meminta pandangan dan bantuan daripada ANGKASA mengenai model Koperasi Kariah Masjid selain menyatakan keinginan menjadi rakan sekutu dalam ACO.

Wakil ANGKASA yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Satu pertemuan telah diadakan secara dalam talian pada 13 Oktober 2022 antara ANGKASA dengan National Commission of Muslim Filipinos (NCMF) serta Bureau of Muslim Economic Affairs (BMEA) mengenai peluang kerjasama dalam memperkukuh gerakan koperasi di Filipina. Perbincangan yang dipengerusi– kan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah itu turut disertai oleh Anggota Lembaga ANGKASA Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato' Haji Abdullah Jusoh; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, En. Hasnan Haji Mustapha, Penasihat Korporat

Wakil NCMF yang menyertai perbincangan secara maya.

ANGKASA dan CIMT-GT Jalin Kerjasama Tingkatkan Ekonomi Gerakan Koperasi Negara Rantau ASEAN

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Presiden Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika sesi perbincangan bersama Pengarah CIMT-GT, Bapak Firdaus Dahlan bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA pada 12 Oktober 2022. Pertemuan yang turut disertai Timbalan Pengarah CIMT-GT, Puan Melissa Mokhtar bersama pegawainya, Puan Hamiliana ASEAN Mohd Ali itu membincangkan beberapa perkara mengenai potensi kerjasama kedua-dua pihak yang antara lain mahu ANGKASA menjadi rakan strategik dalam meneroka kerjasama jangka panjang melalui memorandum persefahaman (MoU) yang bakal dijalankan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yakin dengan penglibatan ANGKASA dalam CIMT-GT tersebut, gerakan koperasi di Malaysia dapat menyumbang dan meningkatkan

ANGKASA bersedia membentuk kerjasama strategik bersama Segitiga Pertumbuhan - Pusat Serantau Indonesia-Malaysia- Thailand (CIMT-GT) ke arah memperkukuh gerakan koperasi di Rantau Asia Tenggara dalam usaha merancakkan sektor ekonomi gerakan koperasi di Malaysia. Bentuk kerjasama berkenaan diharap dapat membentuk satu peluang dan potensi besar yang kini sedang giat dilaksanakan CIMT-GT iaitu melibatkan Sektor Pertanian, Perdagangan dan Pelaburan, Pelancongan, Produk dan Perkhidmatan Halal, Pengangkutan, Transformasi Digital, Pembangunan Sumber Manusia dan Alam Sekitar. Kesediaan itu disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap

pembangunan sosioekonomi koperasi melalui penglibatan dalam perniagaan berimpak tinggi seterusnya mencari peluang terbaik menerusi jaringan kerjasama yang dijalankan. IMT-GT adalah rangka strategik kerjasama ekonomi antarabangsa dengan persetujuan pemimpin dari tiga negara untuk membangunkan 35 wilayah dan negeri melibatkan 14 kawasan di bahagian Selatan Thailand, 11 kawasan di Malaysia dan 10 kawasan di Kepulauan Sumatera di Indonesia. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (secara maya) dan barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (secara maya). Pengarah CIMT-GT, Bapak Firdaus menyampaikan Buku IMT-GT Vision 2036 kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Turut sama ialah Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman (kanan sekali) dan Dr. Mohd. Azlan (kiri sekali).

7 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

NOVEMBER 2022

ANGKASA Terima Lawatan Rasmi Vietnam Association Of People’s Credit Fund

Perbincangan antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dengan Mrs. Kim.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima cenderamata daripada Naib Setiausaha Vietnam Association of People’s Credit Fund (VAPCF), Mrs. Nguyen Kim Thanh.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya memberi penerangan mengenai proses Biro Perkhidmatan ANGKASA kepada Mrs. Kim.

Oleh NADIAH KAMARUDIN dan ILAVARASAN A/L TAMILCHELVAN

Sementara itu, Mrs. Kim dalam ucapannya meluahkan rasa kagum dengan usaha ANGKASA dalam membangunkan sebuah platform ekosistem yang komprehensif untuk koperasi kredit di Malaysia sekaligus mampu meletakkan perkhidmatan kredit koperasi ke tahap standard dan kualiti yang setara dengan institusi pembiayaan lain. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Encik S.Ahlaimuniandy; Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim. ANGKASA juga menerima lawatan kedua delegasi VAPCF yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Mr. Nguyen Duc Dzung pada 20 Oktober 2022. Ketibaan delegasi seramai

Lawatan rasmi seramai 38 delegasi Vietnam Association of People’s Credit Fund (VAPCF) ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya pada 14 Oktober 2022 memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama antara dua organisasi tersebut. Dalam lawatan itu, delegasi organisasi kredit tersebut yang diketuai oleh Naib Setiausahanya, Mrs. Nguyen Kim Thanh, telah bertemu dengan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan harapannya agar lawatan itu menjadi permulaan kepada kerjasama antara ANGKASA dengan VAPCF dalam pelbagai kegiatan ekonomi pada masa hadapan. Beliau turut berkata ANGKASA bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan organisasi tersebut khususnya dalam menguruskan potongan Biro Perkhidmatan ANGKASA.

Delegasi VAPCF melawat ‘terowong masa’ ANGKASA. VAPCF melawat ‘terowong masa’ ANGKASA.

50 orang itu telah disambut oleh Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa. Turut hadir dalam program tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad. VAPCF yang telah ditubuhkan pada 14 Jun 2005 merupakan sebuah organisasi sosial profesional yang dikendalikan dalam sektor perbankan oleh People’s Credit Funds dan Vietnam Cooperative Bank dengan tujuan untuk menyatukan ahli-ahlinya serta melindungi kepentingan dan hak undang-undang mereka.

Dato’ Haji Che Mohd. Shukree bersama delegasi VAPCF yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Mr. Nguyen Duc Dzung (lapan dari kanan) pada 20 Oktober 2022.

Dr. Mohd Azlan bersama delegasi VAPCF pada 14 Oktober 2022.

8 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

NOVEMBER 2022

ICA-AP Cadangkan Jati Diri Koperasi sebagai Bentuk Model Perniagaan

Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan ucapan pembukaan.

Pengerusi ICEI merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya ICEI merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya memberikan ucapan pada Majlis penutupan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Model perniagaan yang dibentuk oleh sesebuah koperasi seharusnya berpandukan 'Jati Diri Koperasi' yang merangkumi definisi koperasi, nilai koperasi dan tujuh prinsip koperasi serta mengutamakan kepentingan anggota dan masyarakat daripada keuntungan. Mempunyai kefahaman yang jelas terhadap Jati Diri Koperasi adalah signifikan dalam usaha mana-mana koperasi untuk memberi manfaat kepada anggotanya dan impak kepada pembangunan ekonomi negara serta secara asasnya menyokong pembangunan sosial masyarakat. Demikian intipati ucapan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada persidangan meja bulat bertajuk ‘Cooperative Identity in Practice and Road Ahead for Cooperation’ yang telah diadakan secara dalam talian pada 21 September 2022. Persidangan itu yang dianjurkan oleh ICA-AP Committee on

Kakitangan ANGKASA menyertai persidangan secara dalam talian. ANGKASA menyertai persidangan secara dalam talian.

Cooperatives in Educational Institutions (ICEI) dan ICA-AP Committee on Consumer Cooperation serta ANGKASA telah disertai oleh lebih 80 peserta dari 18 negara. Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyeru warga koperasi agar berpegang teguh pada Jati Diri Koperasi terutama ketika dunia sedang berusaha untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19 serta mengatasi krisis seperti jurang ketidaksamaan dari segi taraf hidup, sekuriti makanan dan impak perubahan iklim. Persidangan tersebut terbahagi kepada dua bahagian yang membincangkan isu identiti koperasi (bahagian pertama) oleh Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan prinsip koperasi keenam iaitu kerjasama antara koperasi (bahagian kedua) oleh Naib Pengerusi ICEI, Mr. Ichiro Nakamori. Peserta turut diberikan lawatan secara maya (virtual tour) ke Rochdale Pioneers Museum di United Kingdom dan menyaksikan persembahan video mengenai kajian kes koperasi di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, peserta perlu menoleh kepada sejarah gerakan koperasi dunia yang bermula dengan penubuhan Rochdale Equitable Pioneers Society pada kurun ke-18 yang telah menggerakkan pelbagai usaha untuk menetapkan ‘peraturan’ dalam kerjasama dan kebersamaan. 'Peraturan’ itulah yang diguna pakai oleh koperasi di seluruh dunia sebagai prinsip koperasi sehingga kini.

Lebih 80 peserta dari 18 negara telah menyertai persidangan meja bulat bertajuk 80 peserta dari 18 negara telah menyertai persidangan meja bulat bertajuk ‘Cooperative Identity in Practice and Road Ahead for Cooperation’ yang telah diadakan secara dalam talian pada 21 September 2022.

9 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

NOVEMBER 2022

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer mengetuai perbincangan mengenai identiti koperasi.

Naib Pengerusi ICEI merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Pengerusi ICEI merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif National Federation of University Cooperative Associations , Mr. Ichiro Nakamori.

Sementara itu, Pengerusi ICEI Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, antara cabaran sedia ada yang perlu dititikberatkan oleh warga koperasi adalah menerapkan pemahaman yang kukuh mengenai Jati Diri Koperasi dalam kalangan masyarakat. Katanya, identiti koperasi sewajarnya dijadikan sebagai mekanisme yang berkesan untuk memperkukuh daya saing koperasi supaya kekal relevan dan signifikan dalam menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara. merangkap Anggota

Pengerusi Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad, Prof. Ts. Dr. Haji Razali Hassan.

Pengarah Serantau dan Ketua Serantau dan Ketua Pegawai Eksekutif ICA-Afrika, Dr. Dr. Chiyoge B. Sifa.

Dr. Sunil Silva dari National Co-operative Council of Sri Lanka .

Republik Guinea Minat Pelajari Model Gerakan Koperasi Malaysia

ANGKASA khususnya dalam membangunkan gerakan koperasi di Malaysia merangkumi pembangunanan gerakan koperasi sekolah dan koperasi masjid yang kini telah membuktikan kejayaan membanggakan di peringkat global. Katanya, sebagai permulaan, model kejayaan sistem potongan gaji ANGKASA bakal diperkenalkan kepada koperasi milik Kementerian Perlombongan Republik Guinea seterusnya akan diperluas kepada kementerian lain di negara berkenaan. Ini kerana katanya, banyak perkara boleh dipelajari daripada model dan konsep dilaksanakan ANGKASA yang memiliki pakej lengkap dalam pelbagai aspek merangkumi struktur organisasi kukuh, penghayatan prinsip koperasi dan pengamalan undang-undang koperasi serta tadbir urus bekesan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menzahirkan rasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Republik Guinea terhadap minat mereka untuk mempelajari model yang dipraktikkan ANGKASA. Katanya, ANGKASA bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada gerakan koperasi di Republik Guinea selaras dengan Prinsip Koperasi yang menekankan kerjasama antara koperasi ke arah memperkukuhkan gerakan di peringkat serantau dan antarabangsa. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Penolong Pengurus Unit Pengurusan Mesyuarat, Bahagian Sekretariat, Encik Azman Ahamad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Mr. Oumar Conde (duduk,kanan) dan Mr. Abubacar Bady Toure (duduk, kiri) selepas sesi pertemuan antara ANGKASA dengan wakil Kedutaan Republik Guinea Ke Malaysia di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya.

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Hasrat tersebut disuarakan oleh Setiausaha Kanan Pembangunan, Kedutaan Republik Guinea Ke Malaysia iaitu Mr. Oumar Conde dalam satu pertemuan ringkas beliau bersama Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, pada 20 September 2022.

Kunjungan delegasi Mr. Oumar bersama rakan sekerjanya iaitu Pegawai Perhubungan Kedutaan berkenaan, Mr. Abubacar Bady Toure dan Pegawai Perhubungan Awam, Datin Noraini Mohd Nor turut disertai oleh Reich Venture Sdn. Bhd. yang diketuai Datuk Mohd Razif Misran. Menurut Mr. Oumar, Republik Guineasangatmengagumikejayaan dan konsep yang diketengahkan

Kejayaan sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia telah berjaya menarik minat Republik Guinea untuk mempelajari model gerakan yang dipraktikkan ANGKASA sehingga mencipta nama di persada antarabangsa. ANGKASA

10

ANGKASA

NOVEMBER 2022

Projek Heifers Park ANGKASA: Contoh Terbaik Pengurusan Lembu Tenusu

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Projek Heifers Park ANGKASA yang dirintis sejak 2019 membuahkan kejayaan, apabila sejumlah 47 daripada 50 ekor lembu betina baka Friesian Holstein yang diimport dari Australia yang tiba di Malaysia pada April 2022 lalu, kini berada dalam keadaan sihat dan stabil hasil pemantauan rapi serta pengurusan terbaik. Daripada 47 ekor lembu yang dipantau rapi, sebanyak 19 ekor anak lembu (9 betina dan 10 jantan) dilahirkan daripada 18 ekor lembu induk, manakala sejumlah 23 ekor lembu lagi dijangka bakal menjalani proses kelahiran sehingga pertengahan bulan November depan. Enam unit mesin pemerahan susu jenis Swing Milk Parlour buatan Ireland bakal digunakan apabila siap pemasangannya dalam masa terdekat yang dapat memerah susu bagi keperluan 12 ekor lembu dalam satu masa. Mesin buatan Ireland tersebut dapat membantu membuat perahan susu dengan lebih cepat, bersih, efisien dan juga dapat mengumpul data hasil susu pada masa itu (real time) . Buat masa ini, penggunaan mesin mudah alih (portable) digunakan sementara menunggu pemasangan mesin tersebut siap. Projek yang diusahakan menerusi anak syarikat ANGKASA iaitu ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. (AKDSB) kini sedang bergerak cergas melakukan proses persediaan pengurusan ladang ternakan tenusu yang cekap. Operasi projek di bawah pemantauan Bahagian Perniagaan ANGKASA itu juga melibatkan penyediaan Rumput Napier Pakchong yang diformulasikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai makanan haiwan ternakan lembu serta formulasi makanan khas yang disediakan oleh konsultan sebagai makanan seimbang kepada ternakan. Pemberian makanan seimbang tersebut dapat meningkatkan kadar pengeluaran susu ke tahap optimum serta meningkatkan antibodi ternakan lembu. Selain itu, pengurusan bersistematik untuk kelahiran dan pembesaran penting kepada ternakan lembu bagi mengekal dan mengembangkan aktiviti pembakaan ternakan. Pengerusi Lembaga Pengarah AKDSB yang juga Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dalam sesi lawatan ringkasnya ke kandang tenusu di Kluang, Johor pada 4 Oktober 2022 sempat meninjau pengurusan dan status perkembangan terkini keadaan kelahiran anak lembu. Projek Heifers Park ANGKASA di ladang AKDSB

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika melawat di ladang AKDSB, Kluang, Johor.

bertempat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Ayer Hitam, Johor menggunakan sistem teknologi Database System; RFID Collar Tag (sistem pemantauan aktiviti dan kesihatan ternakan); dan Cow Monitoring System (Cow Cooling System) iaitu sistem kawalan tekanan suhu pada lembu yang terdiri daripada penggunaan kipas serta sistem pemercik air automatik. Projek berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad (KOMARDI) yang memberi fokus kepada pembakaan. Hasil daripada perkembangan positif tersebut, projek ini telah menerima tawaran untuk menyertai Program Pembangunan Industri Tenusu Negara: Skop Program Transformasi Penternak Kecil daripada

Sebahagian anak lembu yang dipantau dengan rapi selepas dilahirkan.

11

ANGKASA

NOVEMBER 2022

Teknologi Mesin Perahan Susu – Tingkatkan Inovasi Industri Tenusu

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

dan Heifers Park yang terletak di Kluang, Johor bagi melihat pengurusan ternakan di sana," ujar beliau. Sesi taklimat itu juga melibatkan wakil Dairy Master, Pegawai Jualan dan Pemasaran Antarabangsa, China, Encik Lei Zhang. Beliau turut memberi penjelasan kepada koperasi yang terlibat dalam industri penternakan lembu dan tenusu bagi berkongsi maklumat mengenai teknologi tersebut demi meningkatkan inovasi industri tenusu gerakan koperasi Malaysia. Mesin perahan susu (swing milk parlour) 12 unit ini dapat memudahkan proses perahan susu bagi 12 ekor lembu dalam satu masa bagi tempoh 7 – 10 minit dalam satu pusingan. Mesin itu juga telah diguna pakai di negara penternak seperti Australia, China dan Korea Selatan. Data perahan susu secara real time dapat dikumpulkan dalam sistem pangkalan data sekali gus dapat mengurangkan tenaga kerja tambahan bagi pengumpulan data. Hadir sama pada sesi tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Abdul Jalil; kontraktor tunggal Dairy Master Malaysia, Encik Zainal Faruk dari Zal Agro; Konsultan AKDSB, Dato’ Dr Mohd Azizan Haji Ab Rashid; Pegawai Penyelidik MARDI Muadzam Shah, Encik Mohd Shahrizan Mohd Sham; wakil daripada KOMARDI dan beberapa koperasi penternak lembu tenusu.

Satu sesi penerangan lanjut mengenai teknologi mesin perahan susu jenama syarikat Dairy Master telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 17 Oktober 2022 menerusi ANGKASA KOMARDI Dairy Sdn Bhd. ANGKASA KOMARDI Dairy Sdn Bhd kini sedang melaksanakan Projek Heifers Park bagi pembangunan baka baharu lembu tenusu untuk gerakan koperasi Malaysia. Projek ini telah menggunakan beberapa sistem teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan ternakan. Antara teknologi yang sedang diguna pakai bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang adalah penggunaan mesin perahan susu jenama Dairy Master buatan Ireland. Teknologi ini juga menggabungkan sistem teknologi seperti Database System: RFID Collar Tag (Cow Monitoring System & Cow Cooling System) . Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, peralatan teknologi moden itu dapat membantu koperasi penternak lembu tenusu dalam meningkatkan pengeluaran susu secara efektif. "Teknologi ini diharap dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berbangkit dalam kalangan koperasi sekali gus mempelawa koperasi melawat Projek Ternakan Lembu Tenusu

Pekerja ladang sedang memberi minum susu kepada anak lembu menggunakan botol.

Sebahagian 47 ekor lembu betina baka 47 ekor lembu betina baka Friesian Holstien diimport dari Australia kini berada dalam pemantauan rapi serta pengurusan terbaik.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dapat membantu kemudahan infra. Menerusi tawaran tersebut, projek berkenaan mendapat kelulusan balik dari kerajaan bagi pembelian 10 ekor lembu betina (maksimum RM70,000) dan kelulusan bayaran balik dari kerajaan bagi pembelian satu unit Tangki Penyejukan Susu (RFT) baharu berkapasiti 500 liter. ANGKASA turut bekerjasama dengan Persekutuan Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) Korea Selatan dalam aspek pemindahan teknologi dan kepakaran industri tenusu serta penternakan yang lebih bersistematik, produktif dalam meningkatkan pendapatan koperasi sekali gus menggandakan pengeluaran susu negara. Tindakan ujian pengesanan kesihatan secara berkala kerap dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pengesanan punca kematian dan penyakit serta pemberian ubat / vitamin dengan segera dibuat bagi menstabilkan semula ternakan yang sakit. Penguatkuasaan prosedur biosekuriti dilaksanakan bagi menyekat penularan penyakit dari luar yang dibawa dari kandang lain atau dari manusia bagi meningkatkan keselamatan di ladang.

Wakil Dairy Master , Pegawai Jualan dan Pemasaran Antarabangsa, China, Encik Lei Zhang memberi penjelasan kepada koperasi.

Mesin teknologi perahan susu jenama Dairy Master buatan Ireland.

12 KOPERASI

NOVEMBER 2022

Matlamat AR-RAHNU KOBANAS Bantu Anggota dan Masyarakat

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah melancarkan Ar-Rahnu KOBANAS pada 3 September 2022 bertempat di Wisma KOBANAS, Jelatek Business Park, Kuala Lumpur. Pusat pajak gadai Islam itu dilihat bakal menjadi pemacu perniagaan baharu KOBANAS pada masa akan datang selain untuk terus memberi daya saing dalam arena perniagaan yang kompetitif. Majlis perasmian Ar-Rahnu KOBANAS telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Katanya, penglibatan KOBANAS dalam peniagaan Ar-Rahnu bukan sahaja berpotensi menjana keuntungan yang baik malah perniagaan itu juga dikenal pasti dapat mengubah senario perniagaan koperasi di Malaysia. "Walaupun modal awal yang agak besar, perniagaan tersebut dilihat mampu bersaing kerana caj perkhidmatannya yang lebih rendah dan menarik minat orang ramai," ujar beliau. Pada majlis yang sama, KOBANAS telah menerima penyerahan Memorandum Kerjasama yang memberi indikasi secara rasminya KOBANAS menjadi ejen perkhidmatan wasiat dan hibah dengan MyANGKASA Amanah Berhad. Majlis juga turut menyaksikan KOBANAS melebarkan sayap perniagaannya menerusi satu Memorandum Presefahaman (MoU) dengan Koperasi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, iaitu koperasi pertama bekerjasama dengan KOBANAS. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian Ar-Rahnu KOBANAS.

Pengerusi KOBANAS, Encik Hamzah Haji Ibrahim.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bergambar bersama Anggota Lembaga KOBANAS.

ialah Pengerusi KOBANAS, Encik Hamzah Haji Ibrahim; Ketua Modal Insan Bank Simpanan Nasional, Encik Izham Abd Wahab; Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dan Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus. Penubuhan Ar-Rahnu KOBANAS bermatlamat mem– berikan perkhidmatan gadaian secara patuh syariah kepada anggota dan masyarakat dengan menawarkan gadaian margin maksimum pembiayaan sehingga 85% daripada nilai barangan gadaian (Nilai Mahrun) dan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000.

Ruang Ar-Rahnu KOBANAS. Ar-Rahnu KOBANAS.

13

ANGKASA

NOVEMBER 2022

MoU MAAB-CBP Perkenal Produk Hibah Saham Koperasi dan Hibah Hartanah

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) bersama Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah), Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (tiga dari kiri), Encik Norsyah Sharipuddin (dua dari kiri), Encik Muhammad Al-Jauharie Moharam (kiri sekali) dan Puan Halimah Ismail (kanan sekali).

Sesi pertukaran dokumen MoU antara MAAB dengan CBP yang diwakili Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Datuk Baharom Embi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Oleh WAN WAN ADLINA WAN AB AZIZ ADLINA WAN AB AZIZ

Dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi MAAB, Dato' Haji Kamarudin Ismail, manakala CBP diwakili Pengerusinya iaitu Datuk Baharom Embi. Majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad

Darulnizam Mat Darus, Pengurus Unit Hibah dan Amanah MAAB, En. Norsyah Sharipuddin, Pengurus Unit Wasiat MAAB, Encik Muhammad Al-Jauharie Moharam dan Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan MAAB, dan Puan Halimah Ismail. Berdasarkan rekod, MAAB dan CBP telah menjalinkan kerjasama strategik sejak 2017 lalu melibatkan

dua produk iaitu Penulisan Wasiat dan Rujukan Pentadbiran Pusaka. CBP menyasarkan produk tambahan tersebut iaitu Hibah Saham Koperasi dan Hibah Hartanah kepada lebih 92,000 anggota koperasi CBP dan berharap produk yang bakal dilancarkan nanti dapat memberi manfaat kepada anggota koperasi serta waris mereka.

Satu Majlis Pertukaran Memo– randum Persefahaman (MoU) antara MYANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan Co-opbank Pertama (CBP) melibatkan dua produk tambahan baharu iaitu Produk Hibah Saham Koperasi dan Hibah Hartanah telah diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada 19 September 2022.

MyANGKASA Farmasi Meterai MoA dengan Jardin Pharma

Menurut Dato’ Haji Che Mohd. Shukree, kerjasama itu adalah selaras dengan misi MyANGKASA Farmasi yang mahu menjalankan kerjasama dengan syarikat pengeluar ubat-ubatan, produk farmaseutikal dan kosmetik dalam usahanya untuk memastikan anggota koperasi dan masyarakat mendapat produk yang berkualiti pada harga berpatutan. Beliau yang juga Anggota Lembaga ANGKASA berkata, sasaran ANGKASA adalah untuk membuka sebanyak 200 kedai COOP Farmasi dalam tempoh lima tahun supaya anggota koperasi dan masyarakat mendapat akses perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terbaik daripada gerakan koperasi. Sementara itu, Dr.

Tambah Jardin Pharma pada tahun 2023 adalah untuk mula menghasilkan ubat-ubatan beliau, fokus dalam bentuk biji dan dalam usaha merealisasikan hasrat itu, syarikat tersebut akan membangunkan sebuah hab farmaseutikal di Dungun, Terengganu dengan kerjasama daripada kerajaan negeri serta ANGKASA. Hadir sama ke majlis itu ialah Lembaga Pengarah MyANGKASA Farmasi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Jardin Pharma, Encik Mohammad Athiq Marzuki dan Pengurus MyANGKASA Farmasi, Encik Mohamad Afif Ahmad Sedek.

Pengerusi MyANGKASA Farmasi Sdn Bhd merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Jardin Pharma Berhad, Dr. Maryam Aziz menunjukkan dokumen memorandum perjanjian (MoA) yang telah ditandatangani pada 3 Oktober 2022 di Kelana Jaya, Selangor.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Jardin Pharma Berhad di Kelana Jaya, Selangor pada 3 Oktober 2022. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Pengerusi MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd., Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Jardin Pharma Berhad, Dr. Maryam Aziz. Pemeteraian perjanjian tersebut menjadikan Jardin Pharma sebagai syarikat pengilang produk farmaseutikal yang pertama dan syarikat bumiputera keenam telah menjalinkan kerjasama dengan MyANGKASA Farmasi.

Maryam berkata, kerjasama tersebut turut merangkumi Jardin Pharma membantu ANGKASA mengeluarkan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal jenamanya sendiri dengan memberi bantuan dan sokongan dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendaftaran ubat-ubatan serta pemasaran.

Kedai farmasi dalam rangkaian COOP Farmasi di lima negeri akan mula menawarkan pelbagai produk keluaran syarikat eko farmaseutikal, Jardin Pharma Berhad pada pertengahan Oktober 2022. Usaha tersebut mampu direalisasikan melalui memorandum perjanjian (MoA) yang telah dimeterai antara anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd dengan

Antara produk keluaran Jardin Pharma Berhad yang boleh didapati di kedai COOP Farmasi.

14 RENCANA

NOVEMBER 2022

Teknologi Dron: Aktiviti Perladangan Koperasi

Gambar hiasan

Oleh SITI NURAINI ABU BAKAR Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan nuraini@ikma.edu.my

Dron atau dikenali juga sebagai unmanned aerial vehicle (UAV) merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya. Dron memiliki dua cara kendalian iaitu dikendalikan secara kawalan jauh atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang telah diprogramkan dengan lebih awal menggunakan sistem automasi dinamik yang sukar. Kini Teknologi dron telah banyak digunakan dalam bidang pertanian dan perladangan. Selaras dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) yang telah dilancarkan pada 1 Julai 2021 yang lalu oleh mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penggunaan robot dan kecerdasan buatan (AI) dijangka dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara. Penggunaan teknologi dron ini disebabkan oleh keberkesanannya dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada, memudahkan urusan, mengurangkan kos tenaga manusia, mengurangan

kos peralatan, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkat– kan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas. Melalui penggunaan alatan terkini juga dapat membantu peladang dari segi proses pemetaan, pembenihan, pemantauan tanaman dan penyemburan racun serta baja. Selain itu, penggunaan dron juga mampu memperkasakan sektor pertanian di Kelantan. Di Kota Bharu, sebanyak 100 unit dron digunakan untuk memperkasakan sektor pertanian di Kelantan selaras dengan Teknologi Evolusi Industri 4.0. Dron tersebut digunakan untuk menyembur racun serangga dan membaja. Sebanyak 80 dron dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), manakala dua unit sedang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, satu dron besar milik kumpulan pertanian dan selebihnya petani. Terdapat pelbagai jenis bentuk dron, saiz ukuran, fungsi dan ciri. Dron juga dilengkapi dengan beberapa kelengkapan sokongan seperti kamera, infra merah, Sistem Pengesanan Global (GPS) dan sensor. Oleh itu, beberapa faktor perlu diberi perhatian dalam pemilihan dron.

Penguatkuasaan dan Keselamatan

Perniagaan

Dron boleh digunakan untuk perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan dan untuk tujuan dokumentasi seperti berkaitan status kerja atau laporan kemalangan di tapak pembinaan sekiranya berlaku.

Dron digunakan untuk membantu pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah dengan lebih pantas dan mudah dengan membuat pantauan dari udara. Dron juga boleh digunakan

untuk misi mencari dan menyelamat, bantuan dalam memadamkan kebakaran serta pemantauan cuaca.

KEGUNAAN DRON DALAM INDUSTRI

Media dan Kewartawanan

Agrikultur dan Pertanian

Dron ialah sejenis alat yang bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa untuk membantu merakam imej, gambar atau video yang sukar dengan resolusi tinggi.

Dron digunakan untuk menabur baja dan menyiram air di kawasan tanaman dengan

lebih mudah dan pantas. Selain itu, dron juga dapat membuat pengesanan awal sekiranya tanaman diserang serangga perosak.

15 RENCANA

NOVEMBER 2022

i. Tujuan dan Keperluan Hal ini penting untuk menentukan jenis dron yang akan dipilih kerana aktiviti indoor seperti liputan penggambaran dan aktiviti outdoor seperti sektor perladangan dan pertanian memerlukan saiz dron yang berbeza. Bagi kegunaan aktiviti indoor , jenis dron bersaiz kecil adalah bersesuaian manakala dron yang digunakan untuk kegunaan aktiviti outdoor lebih memerlukan saiz yang lebih besar kerana mengambil kira faktor ketahanan, keluasan jelajah dan faktor kelajuan angin. ii. Kamera atau Video Kamera sebagai alat visual digunakan untuk meninjau keadaan di udara. Adakah anda memerlukan kamera dan video atau tidak? Dron yang tidak mempunyai kamera adalah lebih murah berbanding dengan dron yang mempunyai kamera. Bagi dron yang memerlukan kamera, terdapat dua pilihan iaitu sama ada fungsi kamera itu telah built-in bersama dron atau dron hanya mempunyai satu ruang khas untuk meletakkan sendiri action camera padanya. Kualiti gambar juga berbeza pada setiap dron. Dron yang lebih mahal dan canggih akan menawarkan kamera antigegar dan high- definition video capture (HD) untuk disambungkan dengan kamera aksi HD seperti GoPro manakala dron murah kebiasaannya menggunakan kamera low resolution video yang disimpan dalam internal memory . mempengaruhi semasa dron diterbangkan. Flight Time ialah istilah yang biasa digunakan untuk membandingkan daya ketahanan bateri sesebuah dron. Jangka hayat bateri bertahan selama 7 sehingga 30 minit bergantung kepada harga dron. Kebiasaanya harga dron yang lebih murah akan mempunyai daya tahan bateri yang lebih rendah berbanding dengan dron yang lebih mahal. Bateri tambahan boleh dibeli bagi menambah jangka masa penerbangan tanpa sebarang masalah tetapi melibatkan kos pembelian tambahan bateri. Namun, dron yang murah selalunya didatangkan dengan built-in bateri yang tidak boleh ditukar dengan bateri lain. iv. Sistem Pengesanan Global (GPS) Sistem ini ialah sistem navigasi iii. Bateri Ketahanan bateri akan operasi yang digunakan untuk menunjukkan posisi atau lokasi dron dan gambar yang dirakam. Dron yang mempunyai GPS kebiasaannya mempunyai beberapa mod yang lebih canggih seperti mod navigasi yang membantu untuk ke tempat asal sekiranya tersesat dan mod navigasi yang mengikuti dan merakam objek secara automatik tanpa kawalan ketika melakukan aktiviti seperti sukan lasak. LIMA KEGUNAAN DRON DALAM PERLADANGAN i. Pantauan Pertumbuhan Kamera dron ialah satu fungsi yang sangat berguna untuk proses pemantauan tanaman. Peladang atau petani lebih mudah memantau kawasan sama ada tanaman itu

RUMUSAN Secara keseluruhan, koperasi perlu seiring dengan peredaran teknologi terkini dan dapat memanfaatkan teknologi untuk memajukan perniagaan koperasi. Teknologi dron dalam perladangan merupakan salah satu jenis teknologi yang praktikal dan boleh menjadikan perniagaan lebih berdaya saing. Hal ini turut dapat membantu kerajaan dalam menghadapi isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan di negara kita. RUJUKAN 1. Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. (2018). Pesawat Udara Tanpa Pemandu. Dicapai dari laman web https://ms.wikipedia. org/wiki/Pesawat_udara_tanpa_pemandu 2. Dr. Nazikussabah Zaharudin dan Khairul Amri Abdul Aziz. (2021). Teknologi Dron merevolusikan sektor pertanian, perladangan demi kelestarian sumber makanan negara. Dicapai dari laman web https://news.ump.edu.my/experts/ teknologi-dron-merevolusikan-sektor- pertanian-perladangan-demi-kelestarian- sumber-makanan Penggunaan perkasa sektor pertanian Kelantan. Dicapai dari laman web https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2022/03/826143/penggunaan- dron-mampu-perkasa-sektor-pertanian- kelantan dron mampu 4. Manfaat Penggunaan Dron. Dicapai dari laman web https://www.fotofilio.com/2020/02/26/ Manfaat-Penggunaan-Drone-Apa-Itu-Drone 3. Hidayatidayu Razali. (2022). FotoFilio. (2020). 5. Drone Academy Asia. (2019). Bagaimanakah Dron Digunakan Dalam Pertanian. Dicapai dari laman web https:// www.droneacademy-asia.com/post/ bagaimanakah-drons-digunakan-dalam- pertanian Mohammad Suhaimi. (2020). Dron merevolusikan Pertanian. Dicapai dari laman web https://www.bharian.com.my/rencana/ komentar/2020/02/654242/dron- merevolusikan-pertanian 6. Nurafifah 7. Idzul Shahril. (2013). Penggunaan Teknologi dalam Perniagaan. Dicapai dari laman web https://idzulsyahril.wordpress. com/2013/04/03/penggunaan-teknologi- dalam-perniagaan/

mempunyai pertumbuhan normal atau tidak normal. Sekiranya pertumbuhan tidak normal dapat dikesan, mereka boleh menjalankan proses rawatan dengan segera. Pemantauan pertumbuhan tanaman dapat menggunakan metode Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) di mana citra data diambil dengan menggunakan kamera near- infrared (NIR). Tumbuhan hijau hidup dengan menyerap radiasi matahari melalui proses fotosintesis. Klorofil pada tumbuhan akan memancarkan lebih banyak radiasi matahari ke kamera near-infrared sehingga tanaman yang memiliki pertumbuhan normal akan nampak lebih hijau jika dibandingkan dengan tanaman yang memiliki pertumbuhan tidak normal. ii. Penyemburan Baja Fungsi sensor pada dron dapat mengesan dengan jelas kawasan tanaman yang kekurangan nitrogen. Sensor tersebut berfungsi untuk mengehadkan kesan perubahan paras cahaya matahari dan membolehkan pengesanan yang lebih tepat untuk kawasan hijau. Dron akan mengesan dan merakam imej kemudian imej itu disusun bersama membentuk peta untuk mengenal pasti corak pertumbuhan. Corak pertumbuhan itu akan menentukan program baja yang bersesuaian bagi memadankan keperluan nutrien untuk tanaman di kawasan ladang. iii. Penyemburan racun Penyemburan racun menggunakan dron dapat membantu untuk mengurangkan risiko pencemaran kerana prosesnya adalah lebih tepat. Dron dapat menentukan jumlah optimum bahan semburan yang diperlukan serta memastikan semburan dibuat secara rata pada tanaman. Kebiasaannya, proses penyemburan racun menggunakan teknik Ultra Low Volume (ULV), iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka tanaman supaya bahan kimia sampai ke pangkal tumbuhan. iv. Pengawalan Penyakit Fungsi kamera infrared mampu mengesan tanaman yang dijangkiti penyakit lebih awal daripada dikesan dengan mata kasar petani atau peladang kerana kamera ini dapat mengesan kehadiran kulat dan bakteria dalam tumbuhan. Dron akan berfungsi mengumpul data yang mengiktiraf ciri- ciri tumbuhan yang telah mendapat penyakit. Maka, pengendali dron dapat menilai tahap penyakit secara tepat pada tanaman dan segera menyelesaikan atau mengubati penyakit tanaman sebelum menjangkiti tanaman lain. v. Pemetaan Pokok dan Tanah Dron membantu membuat pemetaan pada kawasan yang besar dengan masa yang lebih singkat. Beratus-ratus hektar boleh dipetakan dalam masa satu hari dengan sistem yang paling canggih dengan tepat. Data yang ditangkap tergambar dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) untuk menyerlahkan ciri-ciri tanah dan menunjukkan kawasan bermasalah.

Gambar hiasan cabaran yang dihadapi dalam industri sawit ialah masalah tenaga kerja dan integriti. Cabaran untuk mendapatkan tenaga kerja atau buruh berlaku kerana koperasi masih mengharapkan tenaga buruh dari Indonesia tetapi kini sukar untuk diperoleh. Penggunaan dron dalam aktiviti koperasi memfokuskan kepada Dron membantu petani menganalisis dan memeriksa bentuk muka bumi di kawasan ladang sebelum musim penanaman semula. Selain itu, dron juga dapat menganalisis pasir atau tanah untuk memastikan tiada ruang tanah yang kosong di dalam kawasan ladang yang luas. Pemetaan ini juga digunakan untuk merancang dari segi penanaman benih dan susunan pokok bagi mencapai kapasiti optimum yang akan dapat mencapai kadar tuaian yang maksimum dan meningkatkan hasil tanaman. PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON: KOPERASI LADANG BERHAD Koperasi ini ditukar nama daripada Sharikat Kerjasama Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad kepada Koperasi Ladang Berhad pada 20 Ogos 2019. Koperasi ini menjalankan pelbagai aktiviti di bawah perkhidmatan pengurusan ladang yang melibatkan pertanian seperti meracun, membaja, menjual peralatan pertanian dan tapak semaian untuk anak sawit. Menurut Pengurus Operasi, antara fungsi pertanian dan perladangan seperti pemetaan fotografi dan videografi. Perkembangan teknologi dunia sentiasa berlaku tanpa henti maka atas faktor cabaran tenaga kerja yang dihadapi, koperasi telah menggunakan teknologi dron dalam perladangan sawitnya bagi memudahkan dan memendekkan masa kerja. Teknologi dron digunakan untuk menilai potensi sumber sedia ada, eksplorasi kawasan baharu, pemetaan ladang sedia ada dan pembangunan ladang. Selain itu, koperasi juga menggunakan dron untuk membaja tanaman dan penyemburan racun dan secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko manusia terdedah kepada bahan kimia, racun perosak dan baja berbahaya.

Rajah 1.0 Pemetaan Ladang Sawit Koperasi Ladang Berhad

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease