WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2022

11

ANGKASA

NOVEMBER 2022

Teknologi Mesin Perahan Susu – Tingkatkan Inovasi Industri Tenusu

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

dan Heifers Park yang terletak di Kluang, Johor bagi melihat pengurusan ternakan di sana," ujar beliau. Sesi taklimat itu juga melibatkan wakil Dairy Master, Pegawai Jualan dan Pemasaran Antarabangsa, China, Encik Lei Zhang. Beliau turut memberi penjelasan kepada koperasi yang terlibat dalam industri penternakan lembu dan tenusu bagi berkongsi maklumat mengenai teknologi tersebut demi meningkatkan inovasi industri tenusu gerakan koperasi Malaysia. Mesin perahan susu (swing milk parlour) 12 unit ini dapat memudahkan proses perahan susu bagi 12 ekor lembu dalam satu masa bagi tempoh 7 – 10 minit dalam satu pusingan. Mesin itu juga telah diguna pakai di negara penternak seperti Australia, China dan Korea Selatan. Data perahan susu secara real time dapat dikumpulkan dalam sistem pangkalan data sekali gus dapat mengurangkan tenaga kerja tambahan bagi pengumpulan data. Hadir sama pada sesi tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Abdul Jalil; kontraktor tunggal Dairy Master Malaysia, Encik Zainal Faruk dari Zal Agro; Konsultan AKDSB, Dato’ Dr Mohd Azizan Haji Ab Rashid; Pegawai Penyelidik MARDI Muadzam Shah, Encik Mohd Shahrizan Mohd Sham; wakil daripada KOMARDI dan beberapa koperasi penternak lembu tenusu.

Satu sesi penerangan lanjut mengenai teknologi mesin perahan susu jenama syarikat Dairy Master telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 17 Oktober 2022 menerusi ANGKASA KOMARDI Dairy Sdn Bhd. ANGKASA KOMARDI Dairy Sdn Bhd kini sedang melaksanakan Projek Heifers Park bagi pembangunan baka baharu lembu tenusu untuk gerakan koperasi Malaysia. Projek ini telah menggunakan beberapa sistem teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan ternakan. Antara teknologi yang sedang diguna pakai bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang adalah penggunaan mesin perahan susu jenama Dairy Master buatan Ireland. Teknologi ini juga menggabungkan sistem teknologi seperti Database System: RFID Collar Tag (Cow Monitoring System & Cow Cooling System) . Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, peralatan teknologi moden itu dapat membantu koperasi penternak lembu tenusu dalam meningkatkan pengeluaran susu secara efektif. "Teknologi ini diharap dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berbangkit dalam kalangan koperasi sekali gus mempelawa koperasi melawat Projek Ternakan Lembu Tenusu

Pekerja ladang sedang memberi minum susu kepada anak lembu menggunakan botol.

Sebahagian 47 ekor lembu betina baka 47 ekor lembu betina baka Friesian Holstien diimport dari Australia kini berada dalam pemantauan rapi serta pengurusan terbaik.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dapat membantu kemudahan infra. Menerusi tawaran tersebut, projek berkenaan mendapat kelulusan balik dari kerajaan bagi pembelian 10 ekor lembu betina (maksimum RM70,000) dan kelulusan bayaran balik dari kerajaan bagi pembelian satu unit Tangki Penyejukan Susu (RFT) baharu berkapasiti 500 liter. ANGKASA turut bekerjasama dengan Persekutuan Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) Korea Selatan dalam aspek pemindahan teknologi dan kepakaran industri tenusu serta penternakan yang lebih bersistematik, produktif dalam meningkatkan pendapatan koperasi sekali gus menggandakan pengeluaran susu negara. Tindakan ujian pengesanan kesihatan secara berkala kerap dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pengesanan punca kematian dan penyakit serta pemberian ubat / vitamin dengan segera dibuat bagi menstabilkan semula ternakan yang sakit. Penguatkuasaan prosedur biosekuriti dilaksanakan bagi menyekat penularan penyakit dari luar yang dibawa dari kandang lain atau dari manusia bagi meningkatkan keselamatan di ladang.

Wakil Dairy Master , Pegawai Jualan dan Pemasaran Antarabangsa, China, Encik Lei Zhang memberi penjelasan kepada koperasi.

Mesin teknologi perahan susu jenama Dairy Master buatan Ireland.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease