12 KOPERASI
NOVEMBER 2022
Matlamat AR-RAHNU KOBANAS Bantu Anggota dan Masyarakat
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah melancarkan Ar-Rahnu KOBANAS pada 3 September 2022 bertempat di Wisma KOBANAS, Jelatek Business Park, Kuala Lumpur. Pusat pajak gadai Islam itu dilihat bakal menjadi pemacu perniagaan baharu KOBANAS pada masa akan datang selain untuk terus memberi daya saing dalam arena perniagaan yang kompetitif. Majlis perasmian Ar-Rahnu KOBANAS telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Katanya, penglibatan KOBANAS dalam peniagaan Ar-Rahnu bukan sahaja berpotensi menjana keuntungan yang baik malah perniagaan itu juga dikenal pasti dapat mengubah senario perniagaan koperasi di Malaysia. "Walaupun modal awal yang agak besar, perniagaan tersebut dilihat mampu bersaing kerana caj perkhidmatannya yang lebih rendah dan menarik minat orang ramai," ujar beliau. Pada majlis yang sama, KOBANAS telah menerima penyerahan Memorandum Kerjasama yang memberi indikasi secara rasminya KOBANAS menjadi ejen perkhidmatan wasiat dan hibah dengan MyANGKASA Amanah Berhad. Majlis juga turut menyaksikan KOBANAS melebarkan sayap perniagaannya menerusi satu Memorandum Presefahaman (MoU) dengan Koperasi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad, iaitu koperasi pertama bekerjasama dengan KOBANAS. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian Ar-Rahnu KOBANAS.
Pengerusi KOBANAS, Encik Hamzah Haji Ibrahim.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bergambar bersama Anggota Lembaga KOBANAS.
ialah Pengerusi KOBANAS, Encik Hamzah Haji Ibrahim; Ketua Modal Insan Bank Simpanan Nasional, Encik Izham Abd Wahab; Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dan Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus. Penubuhan Ar-Rahnu KOBANAS bermatlamat mem– berikan perkhidmatan gadaian secara patuh syariah kepada anggota dan masyarakat dengan menawarkan gadaian margin maksimum pembiayaan sehingga 85% daripada nilai barangan gadaian (Nilai Mahrun) dan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000.
Ruang Ar-Rahnu KOBANAS. Ar-Rahnu KOBANAS.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease