14 RENCANA
NOVEMBER 2022
Teknologi Dron: Aktiviti Perladangan Koperasi
Gambar hiasan
Oleh SITI NURAINI ABU BAKAR Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan nuraini@ikma.edu.my
Dron atau dikenali juga sebagai unmanned aerial vehicle (UAV) merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya. Dron memiliki dua cara kendalian iaitu dikendalikan secara kawalan jauh atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang telah diprogramkan dengan lebih awal menggunakan sistem automasi dinamik yang sukar. Kini Teknologi dron telah banyak digunakan dalam bidang pertanian dan perladangan. Selaras dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) yang telah dilancarkan pada 1 Julai 2021 yang lalu oleh mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penggunaan robot dan kecerdasan buatan (AI) dijangka dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara. Penggunaan teknologi dron ini disebabkan oleh keberkesanannya dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada, memudahkan urusan, mengurangkan kos tenaga manusia, mengurangan
kos peralatan, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkat– kan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas. Melalui penggunaan alatan terkini juga dapat membantu peladang dari segi proses pemetaan, pembenihan, pemantauan tanaman dan penyemburan racun serta baja. Selain itu, penggunaan dron juga mampu memperkasakan sektor pertanian di Kelantan. Di Kota Bharu, sebanyak 100 unit dron digunakan untuk memperkasakan sektor pertanian di Kelantan selaras dengan Teknologi Evolusi Industri 4.0. Dron tersebut digunakan untuk menyembur racun serangga dan membaja. Sebanyak 80 dron dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), manakala dua unit sedang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, satu dron besar milik kumpulan pertanian dan selebihnya petani. Terdapat pelbagai jenis bentuk dron, saiz ukuran, fungsi dan ciri. Dron juga dilengkapi dengan beberapa kelengkapan sokongan seperti kamera, infra merah, Sistem Pengesanan Global (GPS) dan sensor. Oleh itu, beberapa faktor perlu diberi perhatian dalam pemilihan dron.
Penguatkuasaan dan Keselamatan
Perniagaan
Dron boleh digunakan untuk perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan dan untuk tujuan dokumentasi seperti berkaitan status kerja atau laporan kemalangan di tapak pembinaan sekiranya berlaku.
Dron digunakan untuk membantu pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah dengan lebih pantas dan mudah dengan membuat pantauan dari udara. Dron juga boleh digunakan
untuk misi mencari dan menyelamat, bantuan dalam memadamkan kebakaran serta pemantauan cuaca.
KEGUNAAN DRON DALAM INDUSTRI
Media dan Kewartawanan
Agrikultur dan Pertanian
Dron ialah sejenis alat yang bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa untuk membantu merakam imej, gambar atau video yang sukar dengan resolusi tinggi.
Dron digunakan untuk menabur baja dan menyiram air di kawasan tanaman dengan
lebih mudah dan pantas. Selain itu, dron juga dapat membuat pengesanan awal sekiranya tanaman diserang serangga perosak.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease