15 RENCANA
NOVEMBER 2022
i. Tujuan dan Keperluan Hal ini penting untuk menentukan jenis dron yang akan dipilih kerana aktiviti indoor seperti liputan penggambaran dan aktiviti outdoor seperti sektor perladangan dan pertanian memerlukan saiz dron yang berbeza. Bagi kegunaan aktiviti indoor , jenis dron bersaiz kecil adalah bersesuaian manakala dron yang digunakan untuk kegunaan aktiviti outdoor lebih memerlukan saiz yang lebih besar kerana mengambil kira faktor ketahanan, keluasan jelajah dan faktor kelajuan angin. ii. Kamera atau Video Kamera sebagai alat visual digunakan untuk meninjau keadaan di udara. Adakah anda memerlukan kamera dan video atau tidak? Dron yang tidak mempunyai kamera adalah lebih murah berbanding dengan dron yang mempunyai kamera. Bagi dron yang memerlukan kamera, terdapat dua pilihan iaitu sama ada fungsi kamera itu telah built-in bersama dron atau dron hanya mempunyai satu ruang khas untuk meletakkan sendiri action camera padanya. Kualiti gambar juga berbeza pada setiap dron. Dron yang lebih mahal dan canggih akan menawarkan kamera antigegar dan high- definition video capture (HD) untuk disambungkan dengan kamera aksi HD seperti GoPro manakala dron murah kebiasaannya menggunakan kamera low resolution video yang disimpan dalam internal memory . mempengaruhi semasa dron diterbangkan. Flight Time ialah istilah yang biasa digunakan untuk membandingkan daya ketahanan bateri sesebuah dron. Jangka hayat bateri bertahan selama 7 sehingga 30 minit bergantung kepada harga dron. Kebiasaanya harga dron yang lebih murah akan mempunyai daya tahan bateri yang lebih rendah berbanding dengan dron yang lebih mahal. Bateri tambahan boleh dibeli bagi menambah jangka masa penerbangan tanpa sebarang masalah tetapi melibatkan kos pembelian tambahan bateri. Namun, dron yang murah selalunya didatangkan dengan built-in bateri yang tidak boleh ditukar dengan bateri lain. iv. Sistem Pengesanan Global (GPS) Sistem ini ialah sistem navigasi iii. Bateri Ketahanan bateri akan operasi yang digunakan untuk menunjukkan posisi atau lokasi dron dan gambar yang dirakam. Dron yang mempunyai GPS kebiasaannya mempunyai beberapa mod yang lebih canggih seperti mod navigasi yang membantu untuk ke tempat asal sekiranya tersesat dan mod navigasi yang mengikuti dan merakam objek secara automatik tanpa kawalan ketika melakukan aktiviti seperti sukan lasak. LIMA KEGUNAAN DRON DALAM PERLADANGAN i. Pantauan Pertumbuhan Kamera dron ialah satu fungsi yang sangat berguna untuk proses pemantauan tanaman. Peladang atau petani lebih mudah memantau kawasan sama ada tanaman itu
RUMUSAN Secara keseluruhan, koperasi perlu seiring dengan peredaran teknologi terkini dan dapat memanfaatkan teknologi untuk memajukan perniagaan koperasi. Teknologi dron dalam perladangan merupakan salah satu jenis teknologi yang praktikal dan boleh menjadikan perniagaan lebih berdaya saing. Hal ini turut dapat membantu kerajaan dalam menghadapi isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan di negara kita. RUJUKAN 1. Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. (2018). Pesawat Udara Tanpa Pemandu. Dicapai dari laman web https://ms.wikipedia. org/wiki/Pesawat_udara_tanpa_pemandu 2. Dr. Nazikussabah Zaharudin dan Khairul Amri Abdul Aziz. (2021). Teknologi Dron merevolusikan sektor pertanian, perladangan demi kelestarian sumber makanan negara. Dicapai dari laman web https://news.ump.edu.my/experts/ teknologi-dron-merevolusikan-sektor- pertanian-perladangan-demi-kelestarian- sumber-makanan Penggunaan perkasa sektor pertanian Kelantan. Dicapai dari laman web https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2022/03/826143/penggunaan- dron-mampu-perkasa-sektor-pertanian- kelantan dron mampu 4. Manfaat Penggunaan Dron. Dicapai dari laman web https://www.fotofilio.com/2020/02/26/ Manfaat-Penggunaan-Drone-Apa-Itu-Drone 3. Hidayatidayu Razali. (2022). FotoFilio. (2020). 5. Drone Academy Asia. (2019). Bagaimanakah Dron Digunakan Dalam Pertanian. Dicapai dari laman web https:// www.droneacademy-asia.com/post/ bagaimanakah-drons-digunakan-dalam- pertanian Mohammad Suhaimi. (2020). Dron merevolusikan Pertanian. Dicapai dari laman web https://www.bharian.com.my/rencana/ komentar/2020/02/654242/dron- merevolusikan-pertanian 6. Nurafifah 7. Idzul Shahril. (2013). Penggunaan Teknologi dalam Perniagaan. Dicapai dari laman web https://idzulsyahril.wordpress. com/2013/04/03/penggunaan-teknologi- dalam-perniagaan/
mempunyai pertumbuhan normal atau tidak normal. Sekiranya pertumbuhan tidak normal dapat dikesan, mereka boleh menjalankan proses rawatan dengan segera. Pemantauan pertumbuhan tanaman dapat menggunakan metode Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) di mana citra data diambil dengan menggunakan kamera near- infrared (NIR). Tumbuhan hijau hidup dengan menyerap radiasi matahari melalui proses fotosintesis. Klorofil pada tumbuhan akan memancarkan lebih banyak radiasi matahari ke kamera near-infrared sehingga tanaman yang memiliki pertumbuhan normal akan nampak lebih hijau jika dibandingkan dengan tanaman yang memiliki pertumbuhan tidak normal. ii. Penyemburan Baja Fungsi sensor pada dron dapat mengesan dengan jelas kawasan tanaman yang kekurangan nitrogen. Sensor tersebut berfungsi untuk mengehadkan kesan perubahan paras cahaya matahari dan membolehkan pengesanan yang lebih tepat untuk kawasan hijau. Dron akan mengesan dan merakam imej kemudian imej itu disusun bersama membentuk peta untuk mengenal pasti corak pertumbuhan. Corak pertumbuhan itu akan menentukan program baja yang bersesuaian bagi memadankan keperluan nutrien untuk tanaman di kawasan ladang. iii. Penyemburan racun Penyemburan racun menggunakan dron dapat membantu untuk mengurangkan risiko pencemaran kerana prosesnya adalah lebih tepat. Dron dapat menentukan jumlah optimum bahan semburan yang diperlukan serta memastikan semburan dibuat secara rata pada tanaman. Kebiasaannya, proses penyemburan racun menggunakan teknik Ultra Low Volume (ULV), iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka tanaman supaya bahan kimia sampai ke pangkal tumbuhan. iv. Pengawalan Penyakit Fungsi kamera infrared mampu mengesan tanaman yang dijangkiti penyakit lebih awal daripada dikesan dengan mata kasar petani atau peladang kerana kamera ini dapat mengesan kehadiran kulat dan bakteria dalam tumbuhan. Dron akan berfungsi mengumpul data yang mengiktiraf ciri- ciri tumbuhan yang telah mendapat penyakit. Maka, pengendali dron dapat menilai tahap penyakit secara tepat pada tanaman dan segera menyelesaikan atau mengubati penyakit tanaman sebelum menjangkiti tanaman lain. v. Pemetaan Pokok dan Tanah Dron membantu membuat pemetaan pada kawasan yang besar dengan masa yang lebih singkat. Beratus-ratus hektar boleh dipetakan dalam masa satu hari dengan sistem yang paling canggih dengan tepat. Data yang ditangkap tergambar dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) untuk menyerlahkan ciri-ciri tanah dan menunjukkan kawasan bermasalah.
Gambar hiasan cabaran yang dihadapi dalam industri sawit ialah masalah tenaga kerja dan integriti. Cabaran untuk mendapatkan tenaga kerja atau buruh berlaku kerana koperasi masih mengharapkan tenaga buruh dari Indonesia tetapi kini sukar untuk diperoleh. Penggunaan dron dalam aktiviti koperasi memfokuskan kepada Dron membantu petani menganalisis dan memeriksa bentuk muka bumi di kawasan ladang sebelum musim penanaman semula. Selain itu, dron juga dapat menganalisis pasir atau tanah untuk memastikan tiada ruang tanah yang kosong di dalam kawasan ladang yang luas. Pemetaan ini juga digunakan untuk merancang dari segi penanaman benih dan susunan pokok bagi mencapai kapasiti optimum yang akan dapat mencapai kadar tuaian yang maksimum dan meningkatkan hasil tanaman. PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON: KOPERASI LADANG BERHAD Koperasi ini ditukar nama daripada Sharikat Kerjasama Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad kepada Koperasi Ladang Berhad pada 20 Ogos 2019. Koperasi ini menjalankan pelbagai aktiviti di bawah perkhidmatan pengurusan ladang yang melibatkan pertanian seperti meracun, membaja, menjual peralatan pertanian dan tapak semaian untuk anak sawit. Menurut Pengurus Operasi, antara fungsi pertanian dan perladangan seperti pemetaan fotografi dan videografi. Perkembangan teknologi dunia sentiasa berlaku tanpa henti maka atas faktor cabaran tenaga kerja yang dihadapi, koperasi telah menggunakan teknologi dron dalam perladangan sawitnya bagi memudahkan dan memendekkan masa kerja. Teknologi dron digunakan untuk menilai potensi sumber sedia ada, eksplorasi kawasan baharu, pemetaan ladang sedia ada dan pembangunan ladang. Selain itu, koperasi juga menggunakan dron untuk membaja tanaman dan penyemburan racun dan secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko manusia terdedah kepada bahan kimia, racun perosak dan baja berbahaya.
Rajah 1.0 Pemetaan Ladang Sawit Koperasi Ladang Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease