16 KOPERASI
NOVEMBER 2022
Pelancongan Koperasi Sekolah (COOP ISTAC) COOP ISTAC kembali aktif setelah dua tahun menyepi
Oleh NADIAH KAMARUDIN
COOP ISTAC yang mengetengahkan konsep hos dan tamu bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman secara langsung dengan merancang, mengurus dan melaksanakan sesebuah program dari awal hingga akhir. Sepanjang melaksanakan projek, mereka akan mendapat sokongan daripada pengetua, guru koperasi dan ibu bapa serta bimbingan dan latihan daripada ANGKASA. Antara faktor yang menjadikan COOP ISTAC sebagai sebuah program pelancongan yang unik adalah fokus subjek yang terdiri daripada tokoh, tempat sejarah, seni bina dan ekosistem. Hos akan merancang pelbagai aktiviti
sepanjang program dengan menjadikan fokus subjek sebagai tema utama. Menurut Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Sekolah, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, melalui COOP ISTAC, murid didedahkan dengan tiga proses pembelajaran iaitu 'Learning by Doing', 'Doing by Learning' dan 'Doing and Learning'. Tambah beliau, selain membentuk kemenjadian pelajar dan membantu meningkatkan kemahiran ber– komunikasi , pelaksanaan program COOP ISTAC adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) diilhamkan oleh mantan Yang Dipertua ANGKASA, Yang Mulia Almarhum Prof. Diraja Ungku A.Aziz. Projek rintis untuk program PKS telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka yang berperanan sebagai hos. Enam buah koperasi sekolah telah menjadi tamu untuk projek tersebut yang berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober 2003. Pada tahun 2016, penambahbaikan program PKS telah dilaksanakan dengan memberi penjenamaan semula iaitu Inter School Cooperative Tourism of ANGKASA atau ringkasnya, COOP ISTAC.
Program Koperasi Sekolah (COOP ISTAC) di hampir setiap negeri kembali aktif setelah dua tahun menyepi ekoran pandemik COVID-19. ANGKASA melalui Bahagian Sekolah telah melantik sebuah koperasi sekolah disetiap negeri iaitu Perak, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjadi hos bagi program yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Pelantikan lima koperasi sekolah itu dibuat setelah mengambil kira faktor pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam program COOP ISTAC sebelum ini. Pelancongan
Koperasi SMK Pasir Gudang Johor Bahru Berhad
HOS
41 orang dari sembilan (9) buah koperasi sekolah
JUMLAH TAMU
23 Ogos 2022 – 25 Ogos 2022
TARIKH
i. Melawat ke Muzium Nelayan dan Taman Warisan Geologi di Tanjung Balau, Muzium Kota Tinggi, Bangunan Sultan Ismail, Puteri Harbour dan Mall of Medini
AKTIVITI
Koperasi SMK Batu Sepuluh Lekir Berhad
HOS
43 orang dari sembilan (9) buah koperasi sekolah
JUMLAH TAMU
23 September 2022 – 25 September 2022
TARIKH
i. Mengutip kerang di Tanjung Kepah ii. Memasak bubur wadai kipeng iii. Menjelajah Pulau Pangkor
AKTIVITI
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease