18 KOPERASI
NOVEMBER 2022
Perniagaan Koperasi Bantu Rancakkan Aktiviti Sosioekonomi Komuniti Setempat
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengunjungi sebuah gerai yang mengambil bahagian. Turut kelihatan ialah YB Tuan Shatiri Mansor (dua dari kanan), Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (dua dari kiri) dan Tuan Syed Mohd Aznan (kiri sekali).
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengunjungi gerai BA100 ANGKASA. Turut sama ialah Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kiri sekali), Tuan Syed Mohd Aznan (dua dari kanan) dan Encik Hasnan Haji Mustapha (kanan sekali) .
Koperasi (EKSKOM), Sambutan Hari Guru Negara, Jualan Harga Patut Koperasi BA100 dengan jumlah jualan melebihi RM1 juta (RM1,072,847.05),” katanya. Malaysia Program Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan Sukan Perpaduan Ummah yang berlangsung selama dua hari (24-25 September 2022) berlangsung meriah dengan penyertaan dan sokongan komuniti setempat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022. Karnival anjuran ANGKASA Negeri Selangor tersebut turut mendapat kerjasama Masjid Saujana Utama, Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad, Kawasan Rukun Tetangga Saujana Utama 2 dan
Oleh WAN ADLINA WAN AB.AZIZ
Inisiatif
ANGKASA
membantu
membangunkan perniagaan koperasi melalui pelbagai program kemasyarakatan membuktikan gerakan koperasi mampu memberikan sumbangan berkesan kepada komuniti dan ekonomi negara, selain menyokong usaha kerajaan meringankan kos sara hidup masyarakat. Usaha ini merupakan langkah strategik ke arah merancakkan aktiviti sosioekonomi koperasi melalui penglibatan pelbagai pertubuhan komuniti, selaras dengan prinsip koperasi iaitu menggalakkan pencapaian bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan sektor peruncitan adalah signifikan dalam memulihkan ekonomi negara. Katanya, kini adalah masa terbaik sektor koperasi merancakkan perniagaan dengan menawarkan jualan barangan asas dengan harga berpatutan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan Sukan Perpaduan Ummah Saujana Utama bertempat di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor pada 25 September 2022. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, institusi masjid menjadi platform dan instrumen terbaik kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat kerana penglibatan menyeluruh komuniti berupaya meningkatkan kerjasama semua pihak. "Melalui program BA100, ANGKASA tidak ketinggalan terlibat dalam karnival jualan harga patut di seluruh Malaysia. Sepanjang tahun ini, BA100 telah menyertai sejumlah 44 karnival seperti Hari Koperasi Negara (HKN), Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK), Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), Karnival Keluarga Koperasi,Ekspo
Komuniti sekitar mengunjungi Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan Sukan Perpaduan Ummah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh.
Permainan futsal dan ping pong memeriahkan karnival .
Persatuan Penduduk Saujana Utama 2 Sungai Buloh. Melalui payung Program COOPCARE ANGKASA, sebanyak 50 pek barangan asas keperluan harian turut disumbangkan kepada asnaf sebagai tanda keprihatinan ANGKASA terhadap komuniti tersebut. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Jualan BA100 serta penyertaan 30 gerai pempamer, ceramah, taklimat produk serta cabutan bertuah dan Sukan Perpaduan Ummah seperti futsal, bola jaring, sepak takraw dan ping pong. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Sungai Buloh, YB Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Tuan Shatiri Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor,
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan pek barangan asas keperluan harian BA100 kepada seorang asnaf menerusi payung COOPCARE ANGKASA.
Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Nazir Masjid Saujana Utama Sungai Buloh, Tuan Syed Mohd Aznan Syed Salim Barakbah, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad, Encik Hasnan Haji Mustapha,
Pengerusi Penduduk Saujana Utama 2, Encik Norul Ashikin Nadzir, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan barisan anggota jawatankuasa JPAN Selangor. Persatuan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease